Mengelak Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sambil-ambail aku melayari laman social Facebook, aku terlintas sebuah video dari Ustaz Kazim Elias yang berjudul “Apa Itu Sihir”. Yang menarik perhatian aku adalah sejak kebelakangan ini, sekali lagi isteriku mengalami gangguan. AKu sendiri tidak pasti mengapakah beliau sering kali diganggu. Aku sendiri hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya mengapa,??

Namun kali ini beliau diganggu, aku terpaksa tegas, aku sudah tidak dapat membendung lagi gangguan yang sering menganggu isteriku. Sambil aku menonton video dari ceramah Ustaz Kazim, terlintas dihatiku ada sebuah buku yang aku beli iaitu hasil penulisan dari Dato’ Hj. Ismail Kamus dan diakuhir buku tersebut ada beliau memberi petua untuk menghindar jin, syaitan dan sihir. Aku ingin berkongsi bersama:

  1. Sentiasa berzikir kepada Allah
  2. Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca “Isti’azah” atau membaca “Basmalah”. Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).
  3. Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.
  4. Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah “Basmalah”.
  5. Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah “Basmalah”.
  6. Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah “Basmalah”.
  7. Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin
  8. Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
  9. Jangan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.
  11. Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
  12. Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.
  13. Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.
  14. Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:
    “Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”. maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari).
  15. Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf (118 – 119) dan surah Taha (69).
  16. Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari” (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim).

Isti’azah

Surah Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;” “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;” “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;” “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Surah Al-Falaq

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Surah Al-Nas

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Ayatul Kursi

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”

Surah A’raf (7:118 – 119)

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.”

Surah Taha (20:69)

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Topik berkaitan Isti’azah: http://ashboi.wordpress.com/2008/08/10/istiazah-elak-gangguan-syaitan/

About these ads

3 thoughts on “Mengelak Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s