Amalan Ayat-ayat dan Surah Khursus


Assalamualaikum,

Indahnya Hidup Bersyariat - Keluaran Telaga Biru

Alhamdulillah, baru2 ini aku ada membeli sebuah buku yang laris di pasaran, “Indahnya Hidup Bersyariat” hasil penulisan dari Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid keluaran Telaga Biru. Ada banyak tajuk yang menarik di dalam buku ini. Buku ini memberi penerangan berkenaan fardu kifayah dan fardu ain yang harus kita fahami. Walaupun ianya diterangkan secara ringkas, namun bagi aku ianya sudah memadai bagi kita untuk mengetahui dari “basic” dan kemudian atas daya usaha sendiri untuk menambah lagi ilmu kita.

Tajuk yang dimuatkan:

  1. Syariat Kelahiran
  2. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  3. Syariat Berkaitan Remaja
  4. Fardu Ain Asas
  5. Munahakat (Hukum Perkahwinan)
  6. Syariat Dalam Bermasyarakat
  7. Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa
  8. Amalan-amalan Sunat Mengikut Takwim Islam (Bonus)

Tapi bagi penulisan aku kali ini, aku ingin berkongsi ialah, Amalan Beberapa Ayat Dan Surah Khursus. Pada pendapatku, ianya amat berguna untuk kita semua untuk menjadikannya satu amalan. Terdapat 12 amalan yang disarankan:

  1. Surah al-Ikhlas
    Menyamai satu pertiga al-Quran:
    Dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga.
  2. Surah al-Falaq
    Dibaca 3 kali untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini.
  3. Surah al-Nas
    Sama seperi surah al-Falaq
  4. Ayatul Kursi (Surah al-Baqarah 2:255)
    Pahalanya menyami satu perempat al-Quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
  5. Membaca (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)
    Dibaca 21 kali sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut, kecurian, kebakaran dan lain-lain, insya-Allah.
  6. Membaca Surah al-Fatihah
    Dibaca 20 kali selepas solat fardu merupakan amalan para solehin. Insya-Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada segala keburukan dan sebagainya. (Boleh dibaca 100 kali sekaligus jika sukar diamalkan selepas setiap kali solat).
  7. Surah al-Mukmin ayat 1 – 3 (Juzuk 24 Surah 40)
    Dibaca untuk keselamatan.
  8. Surah al-Hasyr Ayat 21-24 (juzuk 28 Surah 59)
    Apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan memperolehi syurga.
  9. Surah al-Rum Ayat 17-19 (Juzuk 21 Surah 30)
    Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan pada waktu siang dan malam.
  10. Surah al-Mukminun Ayat 115-118 (Juzuk 18 Surah 23)
  11. Amalan “ayat 7″ iaitu tujuh ayat daripada al-Quran
    Surah Al-Tawbah: Ayat 51
    Surah Yunus: Ayat 107
    Surah Hud: Ayat 6
    Surah Hud: Ayat 56
    Surah Al-Ankabut: Ayat 60
    Surah al-Fathir: Ayat 2
    SUrah al-Zumar: Ayat 38 

    Kata Sayidina Ali k.w.h:
    “Sesiapa mengamalkan membaca pagi dan petang maka berasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada perdaya musuh dan bala, dengan izin Allah”

    Menurut Syeikh Mohd. Yaacob:
    i.   Apabila ayat tujuh ini dibaca siang sekali dan malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh) insya-Allah akan dimudahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan fitnah dan dikasihi para hamba Allah serta dipermudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
    ii.  Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardu, insya-Allah akan dipermudahkan baginya sakratulmaut kelak dan memperolehi pahala besar. Juga kalau dibacakan ayat ini kepada orang yang sakit, maka insya-Allah akan menenangkan dan menyembuhkannya dengan segera.

  12. Surah At-Tawbah Ayat 128 – 129 (Juzuk 11 Surah 9)
Front of the Quran

Image via Wikipedia

“Membaca dan mengamalkan seluruh isi kandungan al-Quran itulah yang paling ‘ideal’ dan sempurna sekali.”

Insya-Allah moga-moga kita mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber diperolehi dari: Indahnya Hidup Bersyariat (terbitan Telaga Biru, oleh Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid)

About these ads

3 thoughts on “Amalan Ayat-ayat dan Surah Khursus

  1. Kalo tentang perintah Keutamaan Ibadah saya lebih baik mencari Data dari Buku Ulama yang memaparkan Kesahihan Hadist nya, sebab kalo bagi saya untuk apa dipegang kalo diambil dari Hadist yang lemah atau palsu/maudhu’. Hati2 lebih baik dan turut tidak menyebarkan yang lemah nashnya.

  2. Salam

    Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    Buku bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat (terbitan Telaga Biru, oleh Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid) ni saya memilikinya juga. Rezeki Allah, kawan istimewa hadiahkan saya buku ni. Syukur alhamdulillah….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s