Hukum Azan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Sedikit pengetahuan ingin aku kongsikan bersama, artikel ini diambil dari sebuah kitab yang elok dimiliki oleh semua, iaitu “Ensiklopedia Solat” keluaran Telaga Biru Sdn Bhd.

Ensiklopedia Solat

Hukum Azan

  • Fardu Kifayah
    Kepada jemaah lelaki yang hendak mendirikan solat lima waktu dan juga solat Jumaat. Tetapi tidak dituntut melakukannya pada solat-solat lain seperti solat raya, solat gerhana, solat terawih, solat jenazah dan lain-lain.
  • Sunat
    Bagi lelaki yang menunaikan solat fardu bersendirian sama ada secara tunai ataupun qada.
  • Makruh
    Bagi perempuan melaungkan azan sama ada ketika bersolat bersendirian atau dalam jemaah perempuan jika dibimbangi boleh menimbulkan fitnah. Sebaliknya, Imam Syafi’i menghukum sunat perempuan yang hendak menunaikan solat agar iqamat sahaja.
  • Haram
    Bagi perempuan melaungkan azan sekiranya diyakini perbuatannya itu boleh menimbulkan fitnah yang besar terhadap dirinya.

Dalil Syari’i Azan

Al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmak mengesahkan pensyariatan azan ini seperti berikut:

Al-Quran Al-Karim:

Surah al-Ma'idah 5:58

Maksudnya: “Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.”

Huraian: Menurut al-Qurtubi, ini adalah satu-satunya ayat al-Quran yang menyentuh langsung mengenai azan dan ia pula khusus tentang azan hari Jumaat. Ayat di atas adalah berkenaan dengan perbuatan orang Yahudi yang mentertawakan laungan azan orang Muslim dan merendah-rendahkan perbuatan solat mereka.

Menurut akal mereka yang dangkal, azan ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh umat-umat sebelum ini. Kerana kejahilan ini mereke memperolokkan orang yang melaungkan azan dan mempertawakan azan apabila mereka mendengarnya.

Sunah:

Dalil al-Sunah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya:

  • Diriwayatkan daripada Malik bin al-Huwairith r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
    “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang daripada kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat al-Bukhari)

    Diriwayatkan daripada Abusy Sya’tsa’, dia berkata:
    Suatu hari kami duduk di masjid bersama Abu Hurairah r.a. Lalu muazin mengumandangkan azan. Seorang lelaki bangkit dan keluar dari masjid.  Abu Hurairah r.a mengamatinya hingga lelaki itu keluar dari masjid. Kemudian beliau berkata:

    “Adapun lelaki itu, telah menderhakai Abu Qasim SAW”

    Kemudian Imam Ahmad menambah: “Kemudian beliau berkata: ‘Rasulullah SAW telah menyuruh kami. Baginda bersabda:

    Maksudnya: “Apabila kalian berada dalam masjid lalu dikumandangkan seruan azan, maka janganlah salah seorang daripada kalian keluar hingga dia mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad)

    Maksudnya: “Tidaklah seseorang mendengar seruan azan di masjidku ini, kemudian keluar darinya, kecuali untuk satu keperluan, kemudian ia tidak kembali lagi, melainkan ia seorang yang munafik.” (Riwayat al-Tabarani)

  • Begitu juga dengan hadis Abdullah bin Zaid r.a. tentang kafiat azan yang diketahuinya melalui mimpi yang turut sama dialami oleh Umar bin al-Khattab r.a. dalam hadis yang panjang.

    Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, saya kemudian bermimpi ketika saya sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: ‘Wahai hamba Allah, adakah kamu menjual loceng tersebut?’ Saya menjawab: ‘Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.’ Dia berkata kembali: ‘Adakah kami mahu jika saya tunjukkan cara yang lebih baik?’ Saya menjawab: ‘Sudah tentu.’ Katanya: ‘Sebutkan Allahu akbar…’ (sehingga akhir azan). Tidak lama selepas itu dia berkata lagi: ‘Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat sebutkan ‘Allahu akbar’ (sehingga akhir iqamat)”

    Setelah terjaga, saya segera menemui Baginda Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda bersabda:

    Maksudnya: “Dengan izin Allah ia mimpi yang benar. Berdirilah bersama Bilal dan sampaikan keadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan. Kerana suaranya lebih kuat daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar bin al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: ‘Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah SAW, saya juga melihat seperti ada yang dilihatnya (Abdullah).’ Baginda menjawab: ‘Segala pujian bagi Allah.’”
    (Riwayat Ahmad 15881 dan Abu Daud 499)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s