Nabi Adam dan Iblis


بسم الله الرحمن الرحيم

1. Iblis Diusir Dari Syurga

Akibat pembangkangan dan kesombongan Iblis untuk sujud kepada Adam, maka diusirnya dari syurga dalam keadaan yang hina.

Kemudian Iblis meminta kepad Allah agar dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat. Allah pun mengabulkan permintaannya kerana suatu hikmah yang dimaksudkan oleh-Nya. Permohonannya itu disertai dalil seperti berikut:

Lantaran hukuman yang dijatuhkan kepadaku berupa kehancuran, Hai Tuhan, maka aku bersumpah akan berusaha secara maksima untuk menyesatkan anak cucu Adam dan menyelewengkan mereka dari jalan yang lurus (benar). Aku akan datang dari segala penjuru untuk melalaikan dan melemahkan mereka sehingga aku berjaya menyesatkan dan merosakkan mereka dan akan kujadikan mereka orang-orang yang tidak mahu bersyukur kepada-Mu.” Akan tetapi Allah segara memarahinya lalu berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga ini bedebah! Kamu tidak akan mendapat rahmat-Ku, dan Aku bersumpah akan memasukkan kamu sekelian ke neraka jahanam dan orang-orang yang mengikutimu.”

Itulah yang diturunkan oleh Allah dengan firman-Nya:

قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ (١٣)قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ (١٤) قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ (١٥) قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧) قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا‌ۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ (١٨

“Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18)

Dan Al-Quran menerangkan Iblis akan menyesatkan manusia kecuali hamba-hamba Allah yang soleh.

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ قَالَ ءَأَسۡجُدُ لِمَنۡ خَلَقۡتَ طِينً۬ا (٦١) قَالَ أَرَءَيۡتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى ڪَرَّمۡتَ عَلَىَّ لَٮِٕنۡ أَخَّرۡتَنِ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ لَأَحۡتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٦٢) قَالَ ٱذۡهَبۡ فَمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُكُمۡ جَزَآءً۬ مَّوۡفُورً۬ا (٦٣) وَٱسۡتَفۡزِزۡ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتَ مِنۡہُم بِصَوۡتِكَ وَأَجۡلِبۡ عَلَيۡہِم بِخَيۡلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ وَعِدۡهُمۡ‌ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا (٦٤) إِنَّ عِبَادِى لَيۡسَ لَكَ عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَـٰنٌ۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَڪِيلاً۬ (٦٥)

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? (61) Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya). (62) Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (63) Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (64) Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (65)

Maksudnya Allah memerintahkan kepada malaikat agar menghormati dan memuliakan Nabi Adam dengan menunduk memberi penghormatan. Mereka segera melaksanakan perintah Allah kecuali Iblis yang membangkang dan berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (uyang diadun)?” Ia berkata lagi: “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari Kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)

Kemudian Allah dengan keras berfirman kepadanya: “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

Allah seolah-olah meringankan ancaman lalu berfirman: “Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka, dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak (mereka), dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).

Kemudian Allah membalikkan pembicaraannya dengan putar-pelit. “Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai Iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

2. Penciptaan Hawa

Allah memerintahkan kepada Nabi Adam adn Hawa untuk tinggal di syurga. Akan tetapi para Ulama berbeza pendapat tentang waktu penciptaan Hawa di syurga. Dikatakan bahawa ketika Allah mengusir Iblis dari syurga, Nabi Adam tinggal di syurga sendirian tidak ada yang menemaninya.

Maka ALlah membuatnya tidur, kemudian satu tulang rusuk kirinya diambil dan digantikan dengan daging, seterusnya Hawa diciptakan dari tulang itu. Setelah bangun dari tidur Nabi Adam mendapati seorang wanita yang duduk di sebelah kepalanya, maka dia bertanya lagi: “Siapakah anda?” Dia menjawab: “Wanita“. Nabi Adam bertanya lagi: “Untuk apa kau diciptakan?” Hawa menjawab: “Agar tinggal bersamamu.”  Dalam Al-Quran diisyaratkan demikian.

Allah berfirman:

ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا

“Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa)” (An-Nisa’: 4: 1)

وَجَعَلَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَا‌ۖ

“Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain” (Al ‘Araf: 7: 189)

3. Tipu Daya Iblis Terhadap Nabi Adam.

Ketika Nabi Adam dan isterinya berada di syurga, Allah membolehkan mereka untuk bersenang-senang dengan segala yang ada di syurga. Mereka boleh memakan buah-buahan syurga yang mereka kehendaki kecuali satu jenis pohon. Bairkan Allah melarang mereka untuk menghampirnya dan apabila mereka melakukannya akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang sesat dan menyesatkan diri dengan melanggar larangan Allah. Dan sebagai akibat dari pelanggaran itu adalah seksaan.

Iblis merasa senang mengetahui adanya larangan yang boleh dijadikan sasaran menggoda Nabi Adam dan isterinya. Maka mulalah ia berbicara untuk memperdayakan mereka berdua agar memakan buah pohon itu sehingga mengakibatkan terbukanya pakaian yang menutupi aurat mereka.

Iblis memang sangat pandai membuat tipu daya. Sehingga berkata kepada Nabi Adam dan Hawa bahawa larangan Allah memakan buah dari pohon tersebut agar mereka berdua tidak menjadi malaikat dan tidak kekal di syurga yang penuh kenikmatan itu. Bahkan Iblis bersumpah dia hanya menasihati mereka berdua.

Allah berfirman:

وَيَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ فَكُلَا مِنۡ حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٩) فَوَسۡوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِيُبۡدِىَ لَهُمَا مَا وُ ۥرِىَ عَنۡہُمَا مِن سَوۡءَٲتِهِمَا وَقَالَ مَا نَہَٮٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنۡ هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيۡنِ أَوۡ تَكُونَا مِنَ ٱلۡخَـٰلِدِينَ (٢٠) وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّـٰصِحِينَ (٢١)

“Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19) Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20) Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua. (21)” (Al A’raf: 7: 19-21)

4. Kesalahan Nabi Adam

Nabi Adam dan Hawa lupa bahawa Iblis adalah musuh sehingga mereka terjerat ke dalam fitnahnya dengan memakan bauh dari pohon itu. Ketika keduanya merasa buah dari pohon itu, tiba-tiba aurat mereka berdua terbuka, padahal sebelumnya mereka belum pernah melihat auratnya. Oleh sebab malunya, mereka mengumpul dedaunan untuk menutupi aurat masing-masing yang terbuka itu. Kemudian Allah memanggil mereka dan menegurnya: “Bukankah Aku telah melarang dari memakan buah dari pohon itu? Dan bukankah Aku telah terangkan bahawa syaitan itu musuh besarmu?

Nabi Adam dan Hawa merasa sangat menyesal tentang perbuatan maksiat yang telah mereka lakukan. Kemudian bersimpuh di hadapan Tuhan sambil berkata: “Hai Tuhan kami, diri kami telah sesat dengan berbuat maksiat terhadap-Mu. Maka ampunilah dan sayangilah kami andaikan Engkau tidak mengampuni dan menyayangi kami nescaya kami menjadi orang yang rugi“.

Firman Allah:

فَدَلَّٮٰهُمَا بِغُرُورٍ۬‌ۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُہُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ وَنَادَٮٰهُمَا رَبُّہُمَآ أَلَمۡ أَنۡہَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمَا عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٢) قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٢٣

“Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (22) Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (23)” (Al A’raf: 7: 22-23)

5. Nabi Adam Diberi Keampunan Dan Dikeluarkan Dari Syurga

Firman Allah:

فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَـٰتٍ۬ فَتَابَ عَلَيۡهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

“Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (37)” (Al Baqarah: 2: 37)

Akan tetapi Allah memerintahkan Nabi Adam dan Hawa turun dari syurga ke bumi. Dan Allah memberituahukan bahawa di antara keturunannya nanti akan mengalami permusuhan.

Keturunan mereka akan menjadi penghuni, memakmurkan bumi dan merasa kenikmatan yang terbatas sampai ajal mereka. Tuhan juga menurunkan petunjuk, barangsiapa menuruti petunjuk Allah tidak akan terjerumus ke dalam dosa dan kesengsaraan dunia.

Allah berfirman:

(قَالَ ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ (٢٤) قَالَ فِيہَا تَحۡيَوۡنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنۡہَا تُخۡرَجُونَ (٢٥

“Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati). (24) Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat). (25)” (Al A’raf: 7: 24-25)

6. Syurga Ciptaan Allah Sebagai Tempat Tinggal Nabi Adam

Ulama berselisih faham tentang syurga yang dijadikan sebagai tempat tinggal Nabi Adam sebagaimana disebut di dalam Al-Quran, yang kemudian Allah memerintahkan Nabi Adam turun ke bumi, apakah tempata syurga itu di langit atau di bumi.

Pendapat yang kuat adalah bahawa syurga itu berada di bumi. Sebagai alasan bahawa Allah menciptakan Nabi Adam di bumi, seperti dapat difahami dari firman Allah “Inna ja’ ilun fi ‘l-Ardhi Khalifah” di sini Allah tidak meyebutkan, bahawa Dia memindahkannya ke langit. Kemudian Allah memberi sifat syurga yang dijanjikan di langit adalah syurga yang kekal. Apabila syurga itu dimaksudkan, maka tidak mungkin Iblis menipu Nabi Adam dengna perkataan.

Firman Allah:

هَلۡ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلۡخُلۡدِ وَمُلۡكٍ۬ لَّا يَبۡلَىٰ

“Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” (Taha: 20: 120)

Syurga yang kekal itu adalah nikmat, bukan tempat taklif bebanan, padahal Nabi Adam dan Hawa dibebani peraturan tidak boleh memakan buah dari pohon itu. Demikian pula Allah telah menggambarkan bahawa penghuni syurga yang kekal di langit itu tidak akan keluar lagi.

Firman Allah:

وَمَا هُم مِّنۡہَا بِمُخۡرَجِينَ

“dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya”  (Al Hijr: 15: 48)

وَأَمَّا ٱلَّذِينَ سُعِدُواْ فَفِى ٱلۡجَنَّةِ خَـٰلِدِينَ فِيہَا

“Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya” (Hud: 11: 108)

Maka keluarnya Nabi Adam dan Hawa dari syurga menunjukkan bahawa syurga itu bukan syurga yang dijanjikan Al-Quran untuk orang-orang mukmin pada hari kiamat nanti.

Dari segi lain, ketika Iblis membangkang untuk sujud kepada Nabi Adam, ia dikutuk dan dikeluarkan dari syurga. Jika syurga itu dimaksudkan syurga kekal, maka syaitan tidak akan boleh menjangkau syurga untuk menggoda Nabi Adam dan Hawa sehingga mendapat kemurkaan Allah.

Berdasarkan keterangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa syurga yang Allah berikan sebagai tempat tinggal Nabi Adam bukanlah jannatu ‘l-khuldi yang di langit. Berkemungkinan bahawa syurga yang ditempatkan kepada Nabi Adam merupakan syurga yang tempatnya lebih tinggi dibandingkan permukaan bumi yang ada pepohonan, buah-buahan dan kenikmatan, sesuai dengan keterangan Allah:

(إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيہَا وَلَا تَعۡرَىٰ (١١٨) وَأَنَّكَ لَا تَظۡمَؤُاْ فِيہَا وَلَا تَضۡحَىٰ (١١٩

“Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. (118) Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari. (119)” (Taha: 20: 118-119)

Maksudnya nahawa di dalam syurga itu engkau tidak akan kehausan, telanjang kerana tidak ada pakaian, perut tidak kelaparan dan tidak dijemur matahari kerana tempatnya terbuka tanpa pepohonan. Tetapi apabila Nabi Adam dan Hawa makan, mereka turun ke bumi yang penuh dengan kepayahan, kesulitan dan ujian.

Adapun orang yang berpendapat bahawa Nabi Adam dan Hawa tinggal di Jannatu ‘l-khuldi yang ada di langit dan akhirnya diperintahkan turun ke bumi dengan firman Allah:

قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡہَا جَمِيعً۬ا‌ۖ

“Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! ” (Al Baqarah: 2: 38)

Akan tetapi dapat dibantah bahawa lafaz ihbitu juga diertikan dengan al intiqal (berpindah dari satu tempat ke tempat lain) seperti firman Allah:

 ٱهۡبِطُواْ مِصۡرً۬ا فَإِنَّ لَڪُم مَّا سَأَلۡتُمۡ‌ۗ

“Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu” (Al Baqarah: 2: 61)

Dan firman Allah kepada Nabi Nuh untuk meninggalkan perahunya:

قِيلَ يَـٰنُوحُ ٱهۡبِطۡ بِسَلَـٰمٍ۬ مِّنَّا

“Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu” (hud: 11: 48)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s