Pemeliharaan al-Quran


Pemeliharaan al-Quran

Pemeliharaan al-Quran setelah diturunkannya sejak zaman Nabi صلى الله عليه وسلم berlaku dua cara:

  1. Pemeliharaannya secara hafazan dalam hati. Hal ini sesuai dengan kenyataan ayat al-Quran:
    Maksudnya: “Janganlah engkau (wahai Muhammad) menggerakkan lidahmu untuk bersegera membacanya (iaitu al-Quran itu sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu kerana hendak cepat menghafazkannya). Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).” (Surah al-Qiamah: 16-17)
  2. Pemeliharaan al-Quran secara bertulis dalam lembaran-lembaran yang kemudiannya ditulis semula dalam bentuk mushaf seperti yang ada sekarang.

Berhubung dengan pemeliharaan al-Quran secara hafazan, para sahabat menghafaz al-Quran pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم setelah ianya dibacakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم . Hal ini berlangsung terus-menerus hingga al-Quran turun kesemuanya. Tradisi hafazan al-Quran ini dilakukan oleh generasi ke generasi hingga pada masa sekarang ini.

Usaha memelihara al-Quran secara bertulis pula berlangsung semenjak zaman Nabi صلى الله عليه وسلم sehingga zaman para sahabat. Oleh itu, perbahasan tentang usaha penyusunan atau pengumpulan al-Quran ini dibahagikan kepada dua zaman:

  1. Zaman Nabi صلى الله عليه وسلم
    Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم memberi perhatian besar terhadap usaha pemeliharaan al-Quran secara bertulis. Nabi صلى الله عليه وسلم telah melantik beberapa penulis wahyu untuk menuliskan al-Quran. Setelah satu ayat atau beberapa ayat al-Quran diturunkan, Nabi صلى الله عليه وسلم akan memanggil penulis wahyu untuk menuliskannya. Antara penulis wahyu yang dilantik ialah Saidina ‘Ali ibn Abi Talib, Ubai ibn Ka’ab, Zaid ibn Thabit dan Mu’awiyah ibn Abi Sufian. Mereka menulis al-Quran di atas lembaran-lembaran daripada kulit, pelepah kurma dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan agar al-Quran terpelihara daripada kesalahan, perselisihan dan perubahan yang mungkin timbul pada kemudian hari apabila al-Quran tidak dihafaz dan ditulis sebagaimana kitab-kitab suci terdahulu.
  2. Zaman Sahabat
    Zaman Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a
    Pada masa kepimpinan Saidina Abu Bakar r.a, terjadi beberapa peperangan dengan golongan murtad, di antaranya di daerah Yamanah. Dalam peperangan tersebut, banyak hafiz al-Quran yang telah mati syahid. Perkara ini merunsingkan Saidina Abu Bakar r.a, Saidina ‘Umar r.a telah mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar r.a agar beliau mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf. Saidina Abu Bakar r.a pada mulanya merasa keberatan untuk melaksanakan cadangan tersebut kerana ia dianggap satu perkara besar yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Saidina ‘Umar r.a telah berulang kali pergi menemui Saidina Abu Bakar r.a untuk menyakinkan Saidina Abu Bakar r.a bahawa usaha tersebut amat penting demi memelihara al-Quran dan umat Islam. Setelah mengkaji dan melakukan berbagai-bagai pertimbangan, Saidina Abu Bakar r.a kemudiannya bersetuju dengan cadangan Saidina ‘Umar r.a itu. Beliau kemudian mencadangkan Zaid ibn Thabit untuk diperkenankan melakukan pengumpulan al-Quran secara lengkap. Setelah selesai kumpulan lembaran-lembaran tersebut diserahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a. Kumpulan lembaran al-Quran yang telah dikumpul dan disusun itu berada dalam simpanan Saidina Abu Bakar r.a sehingga beliau wafat. Lembaran-lembaran tersebut kemudian diserahkan kepada pengganti beliau, iaitu Amirul Mukminin Saidina ‘Umar ibn al-Kattab. Setelah Saidina ‘Umar r.a wafat, lembaran-lembaran tersebut kemudian disimpan di tempat peturi beliau, yang juga isteri Nabi صلى الله عليه وسلم iaitu Sayyidah Hafsah binti ‘Umar ibn al-Kattab.
  3. Zaman Saidina ‘Uthman ibn ‘Affan r.a
    Pada zaman Khalifah Saidina ‘Uthman ibn ‘Affan r.a, Huzaifah ibn al-Yaman datang kepada beliau setelah menyertai satu peperangan untuk menakluki Armenia dan Azerbaijian. Huzaifah mengadu kepada Khalifah ‘Uthman tentang wujudnya perbezaan bacaan al-Qurandi kalangan masyarakat yang boleh mencetuskan perbalahan sesama umat Islam. Beliau berharap agar Saidina ‘Uthman ibn ‘Affan r.a dapat melakukan sesuatu agar permasalahan tersebut dapat ditangani dan diselesaikan.

    Saidina ‘Uthman ibn ‘Affan r.a kemudian memerinrtahkan agar lembaran-lembaran yang berada dalam simpanan Sayyidah Hafsah diambil untuk disalin semula dalam beberapa naskah. Beliau kemudian membentuk satu kumpulan yang dapat melaksanakan tugas tersebut di bawah pimpinan Zaid ibn Thabit, yang disertai oleh beberapa orang anggota yang terdiri daripada ‘Abdullah ibn Zahuair, Sa’I’d ibn al-‘Ass dan ‘Abd al-Rahman ibn al-Harith ibn Hisyam.

    Pasukan ini telah menyalin lembaran-lembaran tersebut dalam satu mushaf dan diperbanyakkan dalam beberapa naskah. Setelah selesai di salin, lembaran-lembaran tersebut dikembalikan semula kepada Sayyidah Hafsah binti ‘Umar. Mushaf-mushaf baru yang telah selesai disalin semula itu dikirimkan oleh Khalifah Saidina ‘Uthman ibn ‘Affan r.a ke beberapa negeri untuk dijadikan sebagai mushaf induk yang menjadi rujukan kepada umat Islam terutama pada ketika berlaku kekhilafan dalam bacaan al-Quran.

    Usaha-usaha ini membuktikan kesungguhan para sahabat (r.a) untuk memelihara al-Quran. Ini terbukti apabila sampai sekarang al-Quran telah terpelihara dengan utuh tanpa sebarang kesalahan dan perubahan. Hal ini juga membuktikan kebenaran firman Allah SWT:
    Maksudnya: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar akan memeliharanya.” (Surah al-Hijr:9)

Posted from WordPress for BlackBerry.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s