bersyukur aku


aku berasa amat bersyukur ke hadratNya, kearana dipertemukan dengan teman lama aku di mana hampir 2 tahun kami putus hubungan. aku mengenali beliau semasa aku berkhidmat di sebuah institusi kewangan di Kuala Lumpur.

akan tetapi aku amat terkejut apabila mendapati beliau telahpun berubah, dahulunya beliau adalah seorang perokok tegar, tapi kini sudah hampir setahun beliau berhenti. lantas aku menjadi hairan, bagaimana beliau bisa berbuat demikian. seperkara lagi, beliau juga sekarang ni sedang sibuk mengusahakan beberapa perniagaan. wah! agak berjaya beliau, namun aku kagum kerana beliau masih lagi merendah diri….

kisah aku bertemu beliau begini…..

pada hari sabtu lepas, aku mendapat satu panggilan talipon, dan nombornya tidak aku kenali, selalunya, jarang sekali aku menjawab, namun dengan selambanya aku menjawab… rupa2nya sahabat lama ku … kami berbual-bual seketika dan beliau menyuarakan untuk mendapat khidmat nasihat dariku untuk beliau membeli sebuah komputer riba, lantas aku menjawab apa salahnya.

hari Isnin lepas, aku bertemu beliau di Low Yat Plaza, dan seharian kami berbual2.. kemudian dengan tiba2 beliau menyuarakan tentang Al-Quran. aku menjadi aneh, kenapa beliau menanyakan soalan sedemikian??

lantas beliau menceritakan bagaimana beliau bisa berhenti merokok, berjaya menjalankan perniagaan… sebenarnya beliau ada mengikuti kelas Terjemahan Al-Quran, aku menjadi ghairah untuk bertanya lagi, kerana aku benar2 minat dan sudah sekian lama aku mencari, dan kini yang Maha Esa telah memakbulkan doa ku selama ini.

cuma beliau menyatakan sesuatu yang bisa membuatkan aku terharu, yata beliau begini….

“Man! ingat apa yang aku ceritakan ni, semua untuk kebaikkan bersama… aku dulu memang teruk tapi sekarang aku dah berjaya mengubah cara hidup aku …. kalau boleh aku nak kawan-kawan kita semua berjaya”….

kemudian beliau, menyuruh aku men”download” aplikasi terjemahan Al-Quran ke dalam talipon bimbit, dan menyuruh aku membuka dan membaca terjemahan tersebut … di mana terjemahan tersebut berbunyi begini …

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”

tapi aku masih tidak mengerti maksud beliau, adakah perlu aku berjihad seperti berperang??? lalu beliau menerangkan maksudnya kepadaku dan aku faham maksud beliau,
dan beliau berpegang pada ayat ini untuk memajukan diri beliau, dan sekarang beliau berjaya mengubah cara hidup beliau.

terima kasih, bro… kerana sudi berkongsi pengalaman dan serta ilmu yang kau perolehi yang bisa membuka pintu hati aku … terima kasih banyak2 …