sebuah puisi


seawal pagi tadi, sedang aku melayari internet, singgah aku kesebuah laman web yang memaparkan sebuah puisi buat seorang isteri. aku begitu tertarik dengan bait2 kata di dalam puisi tersebut. seperti satu kebeetulan dengan segala pergolakan yang berlaku….

aku mengambil keputusan untuk memaparkannya di sini sebagai peringatan buat diriku ini….

Isteriku

maafkanlah diri ini
terkadang tanpa kusedari
diri ini tidaklah sesempurna peribadi
tidak seperti dikau kehendaki
tidak seperti yang dikau bayangi
tidak seperti yang dikau tanggapi

pernikahan ataupun perkahwinan ini,
menyingkap  tabir rahsia,
terkadang aku sedari..

Dikau..

tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setakwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah,
dikau bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
justeru dikau isteriku..
hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita,
menjadi solehah…

pun begitu aku juga tidak sehebatmana..
aku bukanlah Rasulullah,
pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
cuma suami akhir zaman,
yang berusaha menjadi soleh…

justeru ..terfikir aku..
mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W.
tidak perlu isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman

mengapa mengharapkan suami setampan yusuf
seandai kasih tak setulus Zulaikha …
tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar Dan Sarah …

pernikahan ataupun perkahwinan,
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
setelah tersentak dari alpa

akhirnya,kita harus kembali
meninjau sejarah

ada gelombang mencipta gelora
ada bayu menjadi badai
kita masih lagi berdiri di pantai
menjadi pemikir tua
dijerat falsafah manusia alpa

tersadar didalam sepiku
setelah jauh melangkah
cahaya kasihmu menuntunku
kembali dalam dekap tanganmu

terima kasih isteriku

Isteriku

mari kukuhkan perjuangan semula
melayari bahtera rumahtangga
yang tidak sentiasa sentosa
akan datang saat gelora
menguji ertinya cinta kita
sekuat mana akan ikatannya

Isteriku

saat gembira kita lalui bersama
kenangan manis kita kecapi bersama
ingatlah kenangan indah yang buat kita tertawa
senyum tawa kita coretkan dalam rumahtangga
sungguh bahagia saat itu buat kita

Isteriku

saat duka kita hadapi jua
ujian yang datang dari Yang Maha Esa
tanda cinta-Nya pada keluarga kita

Isteriku

ketahuilah bahawa aku sedari
betapa diriku
menyayangimu

Pintaku

dampingiku selalu
usah ditanyakan semalamku
agar aku tak akan pernah lupa
engkaulah temanku
dalam perjuangan yang penuh berliku
engkaulah permataku

jadilah kita pasangan burung camar
terbang menjelajah langit
menatap laut biru
membawa pesan pada malam

(http://castingerror.lefora.com/2009/02/06/puisi-buat-isteri/)