semalam


semalam aku dan istertiku, kami bersepakat untuk bersiar2 di kotaraya. lantas kami mengambil keputusan untuk berehat di Taman Tasik Titiwangsa. sejak kebelakangan ini kami sering ke sana untuk berbincang tentang masalah2 yang dialami, menyuarakan rasa ketidakpuasan hati antara satu sama lain. tujuan kami adalah untuk mengenali diri masing2 lebih dekat lagi.

aku dan isteriku bertemu semasa kami bekhidmat di sebuah insitusi kewangan di Kuala Lumpur. ketika itu beliau baru bermula bekerja. aku telah diberi tanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada beliau. ketika itu beliau baru berusia dalam lingkungan 18 tahun. ye… masih lagi muda remaja. tak silap aku tahun 1996.

aku keitka itu mempunyai permasalahan dengan teman wanitaku, dan aku mangambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman wanitaku kerana ada sebab2 tertentu yang tidak molek untuk aku ceritakan di sini. aku cuba merapati isteriku ketika itu, malah aku memang aktif dalam sukan bolasepak, dan aku mewakili cawangan tempat aku bekerja. masih aku mengingati lagi pertama kalinya aku mengajak beliau untuk menemanku ke salah satu perlawanan bolasepak.

aku: “erm… awak nak ikut saya main bola tak?”
isteriku: “boleh jugak, tapi nak kena tanya mama dulu…”
aku: “ok.. tanyala dulu…”

sesudah beliau menalipon ibu beliau, ibu beliau memberi kebenaran untuk beliau mengikutku.. aku terus menyuruh rakanku untuk pergi membeli topi keledar, yang menjadi kelakarnya beliau telahpun membeli topi keledar berwarna kuning.. aku bertanya kepada beliau:

aku: “sudin… nape hang belia kaler kuning?”
sudin: “motor kau kan merah, jadi topi kena kuning, baru Selangor namanya..”

sebenarnya, Sudin adalah seorang yang fanatik dengan negeri Selangor, katakan waktu tu Selangor adalah sebuah pasukan bolasepak yang digeruni…

dan bermula di sinilah aku mengenali isteriku….

berbalik pada cerita ke taman tasik, memang kerap kami ke sana, bagiku di sana amat tenang untuk berbincang tentang masalah diri. selalunya kami akan meluahkan rasa hati masing2, menceritakan apa yang terbuku di hati, ketidakpuasan hati.. dengan ini, persefahaman dapat dikecapi dan masing2 dapat mengenali diri masing2 dengan lebih dalam. sejak kebelakangan ini, aku dan isteriku mengahadapi pelbagai permasalahan di dalam rumahtangga..

aku juga menyarankan kepada sesiapa yang membaca blog ini, kita harus mendalami diri masing2 agar kita tidak membuat keputusan yang mungkin akan membuat kita menyesal di kemudian hari. kerana aku berkata begini adalah berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui dan aku bersyukur dengan berkat kesabaran kami masih lagi dapat berkompromi antara satu sama lain..

semalam yang hangat

Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya…oh…

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa….