andai ku tahu


aku diibaratkan seperti orang yang baru tersentak dari mengelamun.

sejak kebelakangan ini, pelbagai musibah terjadi pada diriku, tapi…. Alhamdulillah, akhirnya aku tersedar dari lamunan itu. sebelum ini pernah aku katakan aku begitu “Jahil” dari pelbagai sudut, terutamanya tentang keawjipan aku sebagai seorang Muslimin.

24, april 2010…

sekali lagi aku menerima satu pesanan SMS dari Chanel C, berbunyi begini:

“Uzlahkan diri dari kesibukan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan banyak zikirullah”

apakah maksud bait2 kata di atas, jika sebelum ini mungkin aku ambil endah tak endah, tapi sekarang baru aku sedar betapa ruginya masa dan waktu aku selama ini dengan menghabiskannya tanpa berbuat apa2 ke jalanNya. kadang2 aku merasakan seperti satu penyampaian yang secara terang padaku apabila aku menerima SMS dari Chanel C… aku juga kini sudah mula berjinak2 dengan Al-Quran, walaupun boleh dikatakan aku ini begitu tuli untuk menghayati setiap ayat dengan bacaan Arab.

namun yang penting adalah penghayatan dan pemahaman maksud yang disampaikan di dalam setiap ayat suci Allah. aku juga bersyukur dibukakan hatiku ini dari terus berada di dalam kegelapan. aku juga kini merasakan perhubungan di antara aku dan keluargaku bertambah erat. terutamanya antara aku dan isteriku. pernah aku merasakan kami berdua seperti baharu bernikah, masih dalam alam percintaan.

ingin aku menyampaikan hasrat untuk berterima kasih yang tak terhingga aku kepada sahabatku yang telah menarik aku keluar dari alam yang aku rasakan “Haq” selama ini. aku juga ingin berterima kasih buat isteriku yang begitu memahami keadaanku ini. mungkin selama ini kami ada sedikit selisih faham, namun kini sudah beransur pulih. penyakit yang aku alami ini juga menampakkan ada sedikit peningkatan untuk pulih, namun aku harus kuat untuk melawannya.

berkisar tentang aku dan isteriku, sebelum ini ada aku melakukan satu kesalahan di mana, tak mungkin dapat dimaafkan oleh seorang wanita yang bergelar “Isteri“. satu perkara yang aku sendiri tidak tahu mengapa ianya terjadi, mungkin satu suratan atau ….. itulah kita sebagai manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. aku telah melupakan tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga, semata-mata mengikut hati dan perasaan, tidak pernah aku memikirkan kesudahan yang bakal menimpa, aku uga telah membuatkan diri beliau menderita…

seawal jam 11 pagi tadi semasa aku dan isteriku dalam perjalanan ke suatu destinasi, berkumandang di corong radio sebuah lagu dari kumpulan Ungu – Andai Ku Tahu akan tetapi dinyanyikan semula oleh Papa Rock (Rampli Sarip)… begitu syahdu dan menyentuh jiwa nyanyian beliau.. tersentak aku dengan nyanyian beliau hampir aku menitiskan air mata. mengapa kini semua yang aku terima, aku dengari lebih menjurus kepada Pencipta kita ? adakah ia satu petanda? hanya Tuhan yang Maha Esa, Maha Mengetahui segala-galanya…

Lagu: Andai Ku Tahu
Penyanyi asal: Kumpulan Ungu
Nyanyian: Ramli Sarip

Andai ku tahu….
Bila tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Bila tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak layak disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Andaiku Tahu – Ramli Sarip

Andaiku Tahu – Ramli Sarip (promo video)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s