apa dah jadi?


assalamualaikum,

saya mulakan dengan  ucapan  “Bismillah”….

apa dah jadi?

aku merasakan begitu sedih dan sayu dengan apa yang sudah terjadi pada dunia dan masyarakat sekarang. pelbagai masalah dan kerosakkan berlaku sekarang, kes gejala sosial berlaku di merata-rata. dan yang lebih menyedihkan ianya berlaku pada orang kita, atau lebih tepat dikatakan orang Islam. seperti di negara kita, kebanyakkan masalah sosial seperi pembuangan anak, boleh dikatakan ianya dilakukan oleh orang Melayu yang mana beragama Islam.

masya Allah

masya Allah

dan yang terbaru sekali, sebuah laman web sosial terkenal telah memaparkan sebuah kumpulan diskusi yang dinamakan “ALLAH IS A PIG”. sehingga sedemikian berani mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan nama Allah SWT dan menyamaiNya seperti binatang yang diharam, di pandang keji, di pandang jijik. aku merasakan sebagai seorang Muslim, aku begitu marah sekali, malah jika dibaca diskusi yang ada di dalam kumpulan tersebut, sudah pasti kita merasakan begitu sedih sekali.

mengapa mereka sanggup berbuat demikian, mungkin ada propaganda disebaliknya…. entah la, namun aku merasakan begitu lemahnya kita semua sebagai umat Islam sehingga diperlakukan sedemikian rupa, dihina, dikeji oleh orang-orang kafir sewenang-wenangnya. malah sekarang orang Islam dikaitkan sebagai “Terrorist” atau “Pengganas” kemanakah haluan kita semua sebagai umat Islam? adakah ini merupakan zaman kejatuhan Islam di dunia ini? hanya Tuhan saja yang tahu…

apakah kesemua ini sebagai petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT? semalaman aku cuba memikirkan kesemua ini, dan semalam aku dibuka minda aku untuk mengenali Nabi kita, Nabi Muhammad SAW yang selama ini aku hanya mengenali beliau secara am. ingin aku bertanya, apakah kita semua ini hanya sekadar mengaku umat Muhammad SAW, namun hanya sekadar mengaku….

pernahkah kita terfikir untuk mengikut jejak langkah beliau? boleh dikatakan ksesemua orang tahu apa itu “Sunnah”, tapi adakah kita tahu apa itu “Sunnah”? tidak aku ingin membentangkannya di sini, kerana aku sendiri masih lagi pada peringkat pembelajaran lagi. Insya Allah jika ada kelapangan akan aku kongsikan bersama.

ingin aku sudahi dengan , Assalamualikum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s