hidup ini ibarat roda


entah mengapa malam ini aku betul2 merasakan hendak menulis, mungkin ia dapat menenangkan hati dan perasaan ini.

“Hidup Ibarat Roda”, adalah satu patah perkataan yang sering dihubung kaitkan dengan sebuah kehidupan atau tepat jika dikatakan sebagai perjalanan hidup ini. namun bagiku ia adalah suatu yang amat perit untuk aku lalui bagi kali kedua.

mengapa ia dikatakan sedemikian, hidup ini ibarat satu putaran yang telah ditetapkan, ada pasang surutnya. kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah. tapi pabila kita di bawah, nescaya kita akan dihimpit atau ditindas semahunya.

maksud aku kali kedua adalah, pernah suatu ketika dahulu, aku telahpun tersalah membuat keputusan dengan mengikut kehendak hati kerana ingin menjadi senang, namun akhirnya aku telahpun mengheret keluargaku ke dalam keadaan yang begitu menyedihkan. masih terngiang2 difikiran ini di mana anak keduaku terpaksa minum air Teh-O demi kerana ketidak mampuan aku untuk membeli susu, buat beliau.

kali ini, sekali lagi terjadi padaku, tapi kali ini aku terpaksa akur dengan kehendak majikan yang menjadikan alasan di mana “perfomance” aku telah menurun sejak aku mengalami penyakit yang amat sukar untuk di terangkan secara mata kasar. hari ini adalah hari terakhir aku di syarikat tempat aku bekerja, namun aku berselindung disebalik kegembiraan untuk menutupi segala keperitan yang bakal aku dan keluargaku lalui nanti. katakanlah sekarang ini amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan jika hanya berbekalkan pengalaman tanpa segulung ijazah. namun aku tetap akan bertawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, agar dimurahkan rezeki keluargaku dengan keputusan yang aku ambil ini.

pada zahirnya, aku dinasihatkan untuk berhenti bekerja, tapi pada batinnya sememang aku sudah tdak dikehendaki bekerja. mengapa aku berkata demikian??? kalau benar aku dinasihatkan berhenti, mengapa pula hari ini adalah hari terakhir aku bekerja.?

begitulah, hidup ini, ada saja ujian dari-Nya.. aku redha di atas segala2nya.. aku cuba untuk menyembunyi perkara ini dari anak2 kerana mereka masih belum bisa mengerti segala apa yang terjadi, tapi aku begitu sedih apabila sebentar tadi aku melihat mereka tidur begitu tenang tanpa sebarang masalah, terutama anak kecilku … aku teringat sepotong ayat di dalam buku yang aku baca sebentar tadi yang berbunyi….

“Adakalanya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurangkan rezeki seseorang untuk menguji keimanan, melihat kesabaran, dan menambah pahala. “

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud:

al-baqarah

Al-Baqarah (2:155)

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”


Harta itu berpindah-randah di antara manusia sesuai dengan kehendak-Nya, kebahagian tidak akan abadi demikian pula kesusahan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firmanya yang berbunyi:

ali-imran

Ali-Imran (3:140 - extraction)

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia”


al-talaq

Al-Talaq (65:7 - extraction)

“Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”


al-syarh

Al-Syarh (94: 5,6)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”



kini aku berpegang pada ayat2 di atas untuk menaikkan semula semangat aku untuk terus berusaha. Insya Allah ….

2 thoughts on “hidup ini ibarat roda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s