apakah ini semua kerna diriku?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalammualikum,

entah mengapa seharian aku merasa gelisah, seperti memikirkan sesuatu … tapi aku sendiri tak mengerti apa yang aku fikirkan. terasa seperti ada sesuatu yang bermain2 difikiran, sehinggakan solatku tidak kusyuk.

sebenarnya ada beberapa perkara yang telahpun terjadi sejak kebelakangan ini. pelbagai perkara aneh yang seperti tidak masuk akal, perkara yang mungkin boleh merosakkan akidah seseorang jika kita terlalu mempercayainya. namun aku masih tercari2 jawapannya. mungkin ada di antara anda semua yang melewati blog ini ada terbaca kisah yang terjadi kepada isteriku, kan?

begini kisahnya, beberapa minggu yang lalu, sekali lagi isteriku “di datangi” dan kali ini memang lama aku berdialog dengan “dia”. namun keesokkan hari aku menalipon temanku di kampung di mana beliau adalah seorang ustaz, dan aku menceritakan segala-galanya pada beliau. lantas beliau terus memberitahuku bahawa, ini semua adalah unsur2 mainan manusia yang mengambil kesempatan di atas kepandaian ilmu masing2. dan beliau menyuruh aku melakukan seperti berikut:

  1. Istigfar (3 kali)
  2. Membaca surah Al-Fatihah (1 kali)
  3. Membaca ayat Kursi (7 kali)

kemudian, hembus ke dalam segelas air, lalu diberikan  pada isteriku untuk diminum dan disapu ke muka. lantas pada malam yang sama, kelihatan isteriku seperti ada sesuatu yang tidak kena, aku terus teringat akan pesan temanku. selesai solat Isyak, aku terus melakukan sepertimana yang temanku pesan. aku terus mendapati isteriku dan menyuruh beliau minum, beliau seperti ralat untuk meminumnya, namun aku tetap berkeras, alangkah terkejutnya aku, beliau seperti tidak dapat menelan air tersebut, hinggakan beliau nyaris tersedak. aku kuatkan semangat dan tetap memaksa beliau menghabiskan air tersebut. lantas sekali lagi aku teringat akan pesan temanku, jika ada sesuatu yang tidak sepatutnya telah menduduki di dalam tubuh kita nescaya ia tidak akan dapat menerima, air yang telah dibacakan dengan ayat2 suci Allah.

kadang2 jika kita terlalu mempercayai sesuatu kuasa diluar dari kuasa yang Esa, mungkin akan menyebabkan kita akan tersesat, seperti petikan surah di bawah:

Surah Al-Jinn: 72:6

Maksudnya: 6. Dan sesungguhnya ada beberapa lelaki daripada kalangan manusia yang meminta perlindungan1 kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat.

apa yang aku fahami adalah, janganlah kita terlalu mempercayai seperti bomoh ataupun apa jua yang bisa menyesatkan kita. ia sebagai pesanan buat diriku sendiri agar aku senantiasa berwaspada dan berjaga2 dengan setiap perbuatan dan jua pertuturanku agar tidak menyakiti hati ataupun mengguris perasaan sesiapa pun. semua pertolongan harus kita meminta dariNya, hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

namun dalam zaman yang pesat dengan teknologi, masih ada lagi segelintir dari kita yang masih mempercayai dan mengambil khidmat dukun dan bomoh. mengapa semua ini masih wujud? adakah kita kini sudah lupa dengan yang Esa, dengan seksaan Dia. cuba kita renungkan sepotong ayat lagi:

Surah An-Nisa: 4:48

Maksudnya: 48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan (dosa) orang ayng mempersekutukanNya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain daripada (syirik) bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar.

ayat di atas, secara nyata dan jelas menerangkan bahawasanya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang melakukan perbuatan syirik, namun seperti telah aku nyatakan masih terdapat segelintir dari kita, terutamanya umat Islam yang masih berbuat demikian. ini semua di atas sebab tertentu…

adakah apa yang berlaku adalah salah diriku? aku sendri tidak tahu… hanya Allah Subhanahu Wataala yang bisa mengetahui segala-galanya. setiap kali aku bersolat tidak putus2 aku berdoa moga Allah memberi petunjuk dan pedoman padaku di atas apa yang telah berlaku, kerana di dalam benak hatiku ini, aku masih mencari jawapannya dan juga aku senantiasa berdoa agar tuhan sentiasa melindungi diriku dan keluargaku dari unsur2 hasad dengki manusia. namun aku bersyukur kehadratNya, dengan kebesaran kuasaNya keadaan sudah semakin pulih.. Alhamdulillah…

di sini juga ingin aku berkongsi sesuatu yang aku terima dari teman ku, :

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz ‘ BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ‘  yang bermaksud:

‘ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,  maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.   Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

aku berharap, marilah kita semua mempraktiknya, moga2 mendapat hidayah dari Allah Subhanahu Wataala …