Alhamdulillah


Assalamualaikum,

bersyukur aku ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya aku kini sudah mula bekerja di sebuah syarikat swasta di kotaraya. aku begitu bersyukur kerana setelah aku diberhentikan kerja, puas aku mencari kerja… merata-rata tempat aku menaburkan “resume”, aku malah aku tidak mengira apa saja pekerjaan yang datang, tapi tidak satupun yang memanggil aku untuk temuduga. sehinggalah seorang sahabatku menyarankan agar aku menunaikan Solat Sunat Dhuha, dan pastikan agar aku tidak meninggalkannya hanya dengan sebab yang munasabah, dan akhirnya, kini aku sudah bekerja. mungkin juga berkat aku mengerjakan Solat Sunat Dhuha…malah ada ketika aku terpaksa menghadiri 3 temuduga sekaligus.. aku betul2 bersyukur, dan berterima kasih pada sahabatku kerana beliau sudi berkongsi ilmu dengan ku. andai kata beliau ada membaca blog ini, terima kasih sahabat ..

bukan niat aku untuk memandang rendah terhadap pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan, namun aku hampir bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah syarikat Hypermarket termuka. namun bukan rezekiku, semasa aku pergi untuk menemuduga, pengurus (manager) bahagian tersebut tidak muncul setelah hampir 1 jam aku menunggu, lantas aku menalipon mak dan juga isteriku untuk mendapatkan pendapat.

kini aku lebih memohon restu jika ada sesuatu yang aku tidak pasti dari mereka berdua, bagi aku mereka adalah sumber untuk aku mendapatkan kepastian selain dari aku memohon dari Allah Subhanahu Wata’ala. sejak kebelakangan ini aku lebih banyak mendekatkan diri kepadaNya, mungkin aku kini sudah sedar, kerana selama ini aku telah lalai terhadap tanggungjawab aku sebagai seorang mukmin.

aku cuba sedaya upaya untuk memperbaiki lagi diri ini, untuk tidak mudah alpa dengan keadaan sekeliling. mungkin juga dengan beberapa kejadian yang terjadi sejak kebelakangan ini makin bertambah aku untuk mendekatiNya (tidak manis untuk aku menceritakan di sini). mungkin juga ini semua berkat doa dari isteriku, mak dan juga ahli keluargaku. aku juga berterima kasih pada sahabatku yang menemukan aku dengan Solat Dhuha, yang mana tidak pernah aku tinggalkan walaupun sehari. dan tidak pernah lekang dibibir ini untuk berdoa.

berdoa

sebentar tadi ada aku terbaca sebuah blog yang menceritakan tentang “Doa Yang Termakbul”. di dalam blog ini, penulis ada menceritakan syarat2 berdoa yang dimakbulkan oleh Allah, dan syarat2nya begini:

  1. Ikhlas dalam Berdoa (lillahita’alla)
  2. Tidak tergesa-gesa/Isti’jal, HR Muslim,Tirmidzi,Abu Daud:Sabda Rasululloh saw :”Doa masih akan tetap dikabulkan selama tidak berdoa dengan tujuan dosa atau memutus tali silaturahim dan selama tidak isti’jal, seorang sahabat bertanya “apakah itu isti’jal? Rasululloh menjawab  yaitu seseorang mengatakan “saya sudah berdoa tetapi belum juga dikabulkan”lalu ia merasa rugi disaat itu dan meninggalkan doanya.
  3. Doa Harus Untuk kebaikan
  4. Doa Harus dengan kehadiran hati, mintalah dengan keyakinan bahwa Alloh akan mengabulkan doa, jangan melakukannya dengan hati yang lalai.
  5. Menjaga makanan dan minuman serta pakaian yang Halal dan Thayyib
  6. Membaca Shalawat Nabi Muhammad saw terlebih dahulu sebelum berdoa
  7. Menjalankan perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA

Firman Allah Subhana Wata’ala:

Al-Baqarah: 2-186

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku terlalu dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

ada beberapa hari yang lepas, secara tiba2 aku terkenang kembali sesuatu yang tidak sepatutnya aku ingatkan kembali. aku menjadi serba salah dan secara tiba2 juga aku menjadi gelisah. semua kenangan ini membuatkan fikiranku menjadi kusut, tidak tenang untuk aku bersolat. aku sendiri tidak pasti mengapa, malah aku menjadi kusut, ada suatu ketika aku hendak mengerjakan solat zohor, aku tersilap dengan menambah 2 lagi rakaat, maka aku telah bersolat zohor sebanyak 6 rakaat, lantas terpaksa mengerjakannya semula.

apa semua ini?? aku sendiri tidak pasti.. hanya Tuhan yang mengetahui segalanya. entah kenapa sejak kebelakangan in ipelbagai perkara yang mana aku sendiri tidak dapat untuk memastikan punca dan apakah yang sedang berlaku… kadang2 aku menjadi seperti di dalam dilema, dan kadang2 aku menjadi pasrah… namun semua ini aku menganggapkan adalah ujian dari Allah Subhanahu Wata’ala…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s