kebesaranNya


assalamualaikum,

terlebih dahulu ingin aku menyatakan, tentu sesetengah pelawat blog ini ataupun mungkin ini adalah kali pertama anda melewati blog ini akan menyangka bahawa blog ini lebih kepada Islamiah, sebenarnya tidak, aku menulis ini adalah sebagai peringatan buat diriku dan juga ingin berkongsi sebanyak mungkin agar kita sama2 mendapat pedoman dan hidayah dariNya.

seperti biasa, sebentar tadi aku melewati sebuah laman sosial yang terkenal, lalu aku ter nampak salah satu “Wall Post” dari seorang kenalanku. “Post” beliau adalah sebuah rakaman video berkenan janin di dalam rahim di mana dirakam dengan penggunaan alat “Ultra Sound”. di dalam video tersebut menunjukkan bagaimana telatah janin tersebut, apa yang didapati amat memeranjatkan adalah di penghujung video tersebut.

ini adalah link untuk video tersebut: http://www.facebook.com/#!/video/?id=100000806896324 (tapi anda harus mempunyai akaun FB untuk menontonnya)

pada ketika itu, bayi tersebut diperdengarkan ayat2 suci Al-Quran, bayi tersebut seolah-olah sedang bersujud dan begitu kusyuk sekali. inlah kekuasan dan kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. aku menjadi begitu sayu dan insaf selepas menonton video tersebut. malah di penguhujung video tersebut juga ada terpamer sepotong ayat yang berbunyi begini:

Surah Al-Rum: ayat 30

maksudnya: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (Sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu.1 (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

cuba kita renungkan sepotong ayat lagi:

Surah Az-Zaariyat: ayat 56

maksudnya: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”

maka dengan potongan ayat2 di atas, dan juga dari rakaman bayi tersebut.. boleh jika saya membuat kesimpulan di sini bahawa, kita di tempatkan di mukabumi adalah untuk menyembahNya, namun kini terlalu banyak kejadian2 dan masalah sosial dan akidah telah ataupun sedang berlaku… aku begitu sedih apabila terdengar berita kes pembuangan bayi.. begitu sedih, dan kadang2 aku menitiskan air mata kerana tergamak mereka melakukan sedemikian ….

entahlah…. apa dah jadi sekarang ni? adakah kita sudah hampir zaman? hanya Allah Subhanahu Wata’ala saja yang tahu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s