seminggu



seminggu

assalamualaikum,

hari ini genap 7 hari atau seminggu aku tidak menulis, bukannya malas cuma sejak kebelakangan ini aku agak sibuk dan juga aku merasakan seperti kesihatan aku terganggu. sejak kebelakangan ini aku sering mengalami saikt kepala, dan kadang2 ianya tidak tertahan sakitnya.. hinggakan tidak dapat untuk fokus semasa bekerja… pelik??

dahulu pernah jua aku mengalami begini, dan aku membuat pemeriksaan doktor dan mendapati aku mengidap “Migraine” .. tapi itu dah lama dah… semasa aku remaja… tapi ianya seperti kembali semula…. malah ketika aku menulis pun aku sedang mengalaminya…. mungkin aku terlalu banyak minum kopi? mungkin…

selama seminggu ini, tidak banyak yang terjadi cuma ada seperkara yang agak merunsingkan aku… aku merasakan dirimu kadang2 kosong, seperti tidak punya apa2.. hanyalah nasibku yang masih lagi terumbang ambing… bukan niat aku untuk mengeluh di sini, cuma itulah yang aku rasakan… ianya berkenaan rezeki.. aku masih lagi dirundung masalah kewangan, dan kadang2 air mataku menitis secara tiba2…

ianya lebih kuat apabila aku terkenangkan anak2 dirumah, terutama si kecil tu …syaheen.. aku sendiri hairan mengapa nasib aku masih lagi sebegini, ada saja yang tidak kena… dapat satu projek “freelance”.. tapi terbengkalai, bukan sebab aku malas, tapi seperti aku ditipu, atau seperti aku diperdaya dengan kebaikanku ini…

ingin aku bertanya, apakah salah jika kita ini terlalu baik terhadap insan lain? mengapa kadang2 kebaikkan kita ini sering diambil kesempatan di atasnya? inilah yang sering aku tertanya2 pada diriku… oleh sebab itu aku menjadi “phobia” apabila aku mendapat projek “freelance”. bukan aku menolak rezeki atau aku mengeluh dengan rezeki yang mendatang tapi aku menjadi takut kerana aku sering diperdaya…

no one know my sorrow

ya .. “no one knows my sorrow”… seperti kena ayat yang tertulis di dalam photo di atas… bermacam2 yang bermain difikiran ini, tentang bagaimana ingin aku menambahkan rezeki, kenangan silam yang lampau… kadang2 masih jua menghantui …. sukar untuk aku mengungkapkan dengan kata2.. bahkan sejak kebelakangan ini aku sering menitiskan air mata ketika aku berdoa semasa solat… bukannya aku tidak dapat menerima Qada’ dan Qadar, tapi aku rasakan kadang2 seperti tidak tertanggung lagi….

masalah yang aku hadapi ini, amat sukar untuk aku menceritakan… ya.. memang pelik, sebenarnya aku ini adalah seorang yang gemar menceritakan segala permasalahan yang aku hadapi, tapi bukan kepada semua orang, tapi pada orang yang aku percayai… bagi aku, jika aku mempercayai seseorang itu, akan aku ceritakan segala permasalahan aku…

buat isteriku…

“bukan abang tidak percayakan sayang… tapi kadang2 abang rasakan sudah terlalu banyak beban yang sayang tanggung, dan tidak sanggup lagi untuk abang menambahkannya …..”

dan kini aku kembali menjadi seorang perokok yang tegar….

ada juga terlintas di benak hati ini, kenapa semua ini harus berlaku, adakah ini semua dsalah diriku??? dan hingga kini aku masih mencari jawapannya…

kadang2 aku seperti ingin benar rasanya aku menjerit sekuat hati agar dapat aku melepaskan segala apa yang terbuku di benak hati ini, tapi ….. pada ketika ini aku benar2 memerlukan seseorang untuk aku lauhkan segala apa yang terbuku, namun pada siapa??? siapa yang sanggup untuk duduk didepanku dan mendengar apa yang ingin aku luahkan… siapa? inilah persoalan yang sering bermain difikiranku…

tatkala aku balik ke rumah, aku perhatikan mata anak2 ku, aku menjadi begitu syahdu… terutama si kecil, Muhammad Yussoff Syaheen …. dan kadang2 anak ketigaku, Muhammad Yussoff Syahbil, beliau sering menerpa apabila aku pulang dari kerja, lantas beliau bertanyakan:

“Ayah ada beli apa tak untuk adik??”….

dan pada ketika itu aku rasakan begitu syahdu.. kerana kadang2 aku tidak mampu untuk membelikan sesuatu pada beliau kerana kewangan ketika itu hanya cukup2 untuk pergi dan balik kerja …. aku betul2 merasa terkilan… dan ada juga aku rasakan seperti aku ini seorang ayah yang tidak berguna, kerana itu adalah menjadi tanggungjawab aku untuk menyediakan segala2nya …. namun aku gagal….

bagaimana harus aku meluahkan semua ini??? sekali lagi aku bertanya, pada siapa???

tangisan yang bisa menenangkan...

entahlah.. aku kini kembali menitiskan air mata, bukan bermaksud aku lemah tapi aku seperti tidak lagi dapat menanggung segala keperitan ini … dan aku hanya mampu berdoa kepadaNya agar aku dikuatkan semangat untuk terus menempuh liku-liku…..

“perjalanan seorang insan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s