Qarin


asalamualaikum,

berikut dengan tajuk di atas, “QARIN”…. apa itu “QARIN”??? aku sebenarnya bukanlah seorang yang begitu arif di dalam agama Islam tapi di sini aku ingin berkongis dengan pembaca … entah mengapa sejak kebelakangan ini, aku amat gemar membaca buku2 agama yang berkenaan dengan jin dan alam ghaib…

semalam aku ke sebuah pasaraya untuk membeli bekalan barangan dapur, semasa aku menunggu isteriku membuat bayaran aku berlegar2 di persekitaran, ada sebuah pondok yang menjual buku2 agama, dengan secara tiba2 aku ternampak sebuah buku yang berjudul “JIN: Hakikat dan Pengubatan”, hasil tulisan Dato’ Hj Ismail Kamus…

JIN: Hakikat & Pengubatan

lalu membaca sinopsis di belakang buku tersebut, seperti yang aku selalu lakukansebelum aku membeli apa2 buku.. nampak seperti menarik, lalu aku membuat keputusan untuk membelinya… setibanya di rumah aku terus membaca secara rawak.. dan aku terbaca sebuah tajuk yang berbunyi…. QARIN …

aku sendiri tidak tahu menahu apakah ia?…

QARIN

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah SWT sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW senditi tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikkan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini, Allah SWT utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikkan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah dan tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

inilah serba sedikit yang aku baca, mungkin jika anda semuanya mengetahuinya secara lebih lanjut, di bawah adalah beberapa blog dan website yang aku temui yang menerangkan agak lebih lanjut….

  1. Siapakah Qarin |ISUHANGAT
  2. Cerita Agama @ Nur Ad’din: Mengenai Qarin
  3. Apakah atau siapakah qarin
  4. Utusan Malaysia Online – bicara agama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s