“no one knows my sorrow”


“no one know my sorrow”

jika ayat di atas diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, “tiada siapa yang tahu kedukaanku”…..

ya… benar, tiada siapa yang tahu akan kedukaan yang aku lalui, yang aku tanggung… seperti yang pernah aku katakan, aku kini begitu sekali dirundung gundah gelana… tapi sebelum aku meneruskan penuliasn ini, ingin aku katakan bahawasanya bukan aku tidak percayakan pada Qada dan Qadar, cuma aku masih belum mengerti mengapa kini aku masih lagi dirundung dengan masalah…

begini ceritanya…

dahulu aku pernah mengalami masalah ini, iaitu masalah rezeki… memang aku sendiri tidak menerimanya, apatah lagi ahli keluargaku… namun kami, iaitu aku bersama isteriku,berjaya jua mengharungi.. kerna ini semua adalah salah diriku semasa membuat keputusan dengan meletak jawatan sebagai seorang kakitangan di sebuah institusi kewangan … dan ini semua di atas hasutan seorang sahabat yang aku kenali.. namun nasib tidak menyebelahiku, apa yang aku ingin lakukan ialah untuk menaikkan lagi kedudukan kewangan keluarga tapi sebaliknya…

aku telah di tipu oleh sahabatku sendiri…..

kini, iaitu baru-baru ini aku ditelahpun diberhentikan kerja, gara-gara prestasiku telah menurun, itupun disebabkan oleh kerana aku sakit… apakah malangnya diri ini? naun aku masih lagi menerima semua ini secara positif. aku masih mencuba sedaya upaya.. malah aku kini telahpun beransur-ansur mendekatkan diri kepada Nya….

cuma yang menjadi hairan bagiku adalah, aku telah mencuba pelbagai cara untuk menambah rezeki keluargaku namun masih belum berjaya seperti ada sesuatu yang menyekat pintu rezekiku… haish…. entah la.. aku sendiri kadang2 menjadi binggung dengan keadaan aku ini… dan kini aku kembali mengalami masalah kewangan, dan nampaknya seperti agak teruk juga…

no one know my sorrow

minggu lepas aku terpaksa mengikat perut kerana takut nanti tidak cukup pula duit untuk dibuat tambang untuk bekerja… dan juga seminggu lepas aku mengalami sakit gig yang teramat sangat… telah aku berjumpa dengan doktor gigi, dan dinasihatkan agar aku mencabut gigi tersebut, tapi aku tidak mampu, kosnya adalah RM300… mana aku ada duit sebanyak itu pada masa begini, kemudian aku hanya melakukan tmapalan biasa… selepas 3 hari aku tampalan tersebut terbuka, entah bagaimanapun aku tak tahu.. kemudian gigi dibahagian bawah sebelah kiri pula goyang dan aku hampir demam, kerana menganggung kesakitan yang teramat sangat… buat masa ini, aku hanya mampu mengambil ubat tahan sakit untuk sementara waktu ini, sehinggalah aku ada rezeki nanti baru aku cabut kedua-dua gigi tersebut…

kemudiannya .. keretaku pulak buat hal… penyaman udara tidak berfungsi, entah kenapa tiba2 saja.. jadi bila hari hujan aku terpaksa mengelap cermin depan kerana sudah pasti ia berkabus… keduanya, brek pulak ada masalah… mungkin nanti terpaksa dibawa ke bengkel… entah berapa pulak yang kena nanti …

entah aku sendiri pun tak mengerti, mengapa ini semua harus berlaku pada ketika ini, namun aku masih lagi berfikiran positif, mungkin ini adalah dugaan Allah SWT terhadapku atau sebagai balasan dosa2 ku yang lampau… wallahualam…

kini aku betul2 di dalam tahap stress yang amat tinggi.. aku juga kembali semula menjadi perokok yang terAMAT tegar… sehari aku habiskan 2 kotak besar… ada juga 2 – 3 kali penyakit lama aku kembali tapi tidak aku menceritakan pada sesiapa, kerana aku tak mahu mereka disekelilingku risau.. cukup sudah aku menyeksa mereka, cukup sudah aku menderitakan mereka, cukup sudah aku melukakan perasaan dan hati mereka … cukup.. cukup!!!!!

berdoa

dan yang mampu aku lakukan hanyalah dengan tak henti2 mengalirkan air mata ku ini … adakalanya aku merasakan hidup ini seperti tidak bermakna kerana aku tidak memberikan apa yang sepatutnya untuk keluargaku … dan setiap kali aku bersolat, aku senantiasa berdoa agar Allah SWT memberikan aku kekuatan untuk aku menempuh perjalanan hidup ini….

sebelum aku mengakhiri penulisan ini, ingin aku ….

wahai anak kecilku
ayah masih lagi mempunyai kekuatan diri
hanya kerana kamu
kamu adalah sumber kekuatan ayah
kamu adalah nyawa ayah
kamu adalah jiwa ayah
kamu adalah segala-galanya bagi ayah
walau kamu masih kecil
namun berdoalah kamu
agar ayah diberi kekuatan

3 thoughts on ““no one knows my sorrow”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s