didatangi lagi…


assalamualaikum,

haish…. entah mengapa kita ataupun manusia memang sukar untuk menerima hakikat sebenar apa yng telah di takdirkan oleh Allah SWT. aku bermaksudkan setiap apa yang terjadi adalah datang dariNya, ketentuanNya ataupun FitrahNya… tapi kekadang, kita tidak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka…

pernah, aku menulis berkenaan isteri tersayangku yang didatangi oleh makhluk halus yang cuba menakluki tubuh beliau sebelum ini, tapi aku hanya menceritakan hanya sekelumit sahaja…. tapi aku kini ingin aku berkongsi bersama cerita yang sebenarnya, mungkin aku terpaksa merahsiakan beberapa perkara demi tidak mengaibkan sesiapa … kerana bagiku, aku perpegang bahawa tidak baik jika kita menuduh sesama insan tanpa usul periksa….

ada beberapa kejadian yang terjadi pada keluargaku sejak kebelakangan ini, pelbagai perkara yang kadang2 bagiku mungkin tidak masuk dek akal… aku boleh dikatakan seorang yang suka berfikiran logik… selagi boleh aku berfikir sedemikian…

kejadian terpatam berlaku ialah semasa aku sedang bekerja.. aku memang gemar bekerja lewat malam kerana bagiku itulah masa yang mudah untuk aku mendapatkan idea2… seperti biasa aku ditemani oleh isteri tersayang.. tiba2 beliau kelihatan seperti ada kelainan… aku terus merasakan seperti sesuatu yang tidak kena, lantas aku bertanyakan beliau dan aku mendapati beliau adalah bukan diri beliau yang sebenarnya…

aku dapat syak dari mulanya, dari pergerakkan dan cara beliau… aku dapati beliau sedang dikuasai oleh makhluk halus (jin)… pada mulanya aku berinteraksi dengan beliau hanya untuk beberapa ketika sahaja.. lantas makhluk bersebut bersetuju untuk keluar dari tubuh isteriku atau dengan kata lain, pulang …

kali kedua, isteriku sekali lagi didatangi oleh makhluk tersebut, dan kali ini aku berinteraksi agak panjang, hampir 2 jam lebih aku berinteraksi dengan “beliau”… pelbagai yang aku bertanya, datang”nya” dari mana, siapa kah”nya”, apa tujuan”nya” mendatangi pada isteriku… dan jawab”nya” hanya sekadar ingin berteman dan terkawan dengan isteriku.. dan juga “dia” mengaku bahawa diri”nya” adalah Islam… mudah benar aku terpedaya dengan kata2″nya”..

kali ketiga, sekali lagi isteriku didatangi dan kali in ilebih hebat, aku berinteraksi selama 4 jam dengan “beliau”…. sekali lagi perbagai yang aku bertanya, dan salah satunya, “beliau” ada menyatakan bahawa ada seseorang yang tidak puas hati dengan ku … menjadi tanda tanya bagiku, siapakah yang tidak puas hati denganku? apa salahku? pada mulanya aku langsung tidak mengesyaki sesiapa.. kerana bagiku, selagi ianya tidak terbukti di depan mataku atau tidak terlihat dek mata kepala ku sendiri pasti aku tidak akan mempercayainya…

aku berceritakan segala yang terjadi pada sahabatku di kampung, beliau adalah seorang Ustaz yang mendapat pendidikan agama Islam di Padang, Indonesia. aku mengnali beliau sejak di bangku sekolah, malah keluargaku dan keluarga beliau sudah diibaratkan seperti adik beradik… ibu beliau mengajarku mengaji Al-Quran semasa aku di kecil.. menurut beliau untuk memastikan samada “benda” yang mendatangi isteriku itu adalah dari kalangan yang baik atau tidak, beliau menyuruhku membuat sesuatu…

aku menurut kata beliau dan aku mendapati, memang benar, isteriku sudah di “RASUKI” oleh sesuatu… aku cuba bertanyakan pada sekeliling jika ada sesiapa yang pandai mengubati penyakit mistik ini.. lalu aku berjumpa dengan seorang temanku, menurut beliau ada seseorang yang bisa mengubati.. aku berjumpa dengan beliau dan mulalah prosess perubatan secara Islam… (seperti di dalam filem Expose Mistik)…

semasa isteriku diubati, ditanyakan pada isteriku, apakah tujuan”nya” menganggu isteriku, lantas “ia” menjawab bahawasanya ada si polan yang menghantar”nya” …. dan aku begitu terkejut dan betul2 merasakan hairan.. di dalam zaman sains dan teknologi begini masih ada lagi perkara2 kurafat ini dijalankan… mengapa mesti kita melayani perasaan hinggakan Qarin bisa menguasai akal dan fikiran kita… maka inilah yang terjadi…

ada aku melewati beberapa laman web malah ke laman rasmi JAIS dan JAWI untuk mendapat kepastian berkenaan perkara ini, amatlah aku terkejut sememangnya ianya wujud…. sejak kejadian tersebut aku menjadi begitu taksub dalam mencari bahan2 yang boleh aku mendalami tentang perkara tersebut… pelbagai buku dan laman web  aku melewati… hanya untuk mendapat kepastian tentang kejadian2 mistik ini…

sesudah semuanya selesai.. aku dapati perhubungan aku dan isteriku bertambah erat, bertambah rasa kasih sayang antara kami sekeluarga… namun ianya hanya sementara…. semalam.. ya.. semalam sekali lagi isteriku didatangi…

ceritanya begini…. semalam semasa aku tiba dirumah.. sudah aku merasakan kelainan, langkahnya kaki aku ke dalam rumah secara tiba2 aku merasakan seperti sesuatu yang tidak kena.. aku merasakan seperti tidak tenteram… aku seperti rimas dan perasaan amarah begitu kuat sekali… namun aku hanya sekadar merasakan mungkin aku keletihan kerana sudah 3 hari aku kekurangan rehat…

selesai makan malam, aku terus masuk ke bilik belakang di tingkat atas… seperti biasa, aku terus menghidupkan komputer dan juga komputer riba pejabat untuk meneruskan kerja2 yang belum siap….. kemudian isteriku mendatangi.. seperti biasa, jika aku bekerja, beliau pasti akan menemani ku… kemudian beliau baring … dan aku mendapati seperti ada sesuatu yang tidak kena, kaki beliau bermain2 dan juga aku terlihat beliau hanya mendiamkan diri…

lantas aku memanggil beliau, panggilan aku tidak berjawab…. secara tiba2 meremang bulu roma… aku terus memanggil beliau.. namun beliau hanya mengangguk sahaja…. terus aku menyurh anak kedua ku beredar dari bilik tersebut dan aku cuba lagi menmanggil nama beliau.. namun masih tidak berjawab… kemudian beliau hanya tersenyum.. aku bertanyakan.. “siapa ni!!! ni bukan sarah!!!!”…. beliau hanya berdiamkan diri… terlintas di dalam benak hatiku untuk membuatkanb air, seperti yang disarankan oleh sahabatku… baru sahaja terlintas di dalam hatiku, secara tiba2 isteriku tersenyum…

kali ini aku berkeras… aku terus menerus aku memanggil nama isteriku.. dan akhirnya… beliau tersedar.. tapi sebelum beliau tersedar terlihat aku beliau menyapu muka beliau dengan tangan kiri sebanyak 3 kali.. dan barulah beliau tersedar dengan sepenuhnya…. memang benar.. sekali lagi isteriku diganggu oleh makhluk halus… ada terlintas di fikiranku adakah ianya kes yang sama…. ??

terus aku mengajak isteriku de bilik tidur kami, aku mandi dan meneruskan kerja ku di bilik tidur… kelihatan isteriku berbaring di sebelah anakku.. dengan tiba2 beliau mendengus dengan begitu kuat… hinggakan anak ku terkejut.. ai!!!!! sekali lagi ke??? terus aku mendapati isteriku dan menyuruh beliau mengambil wujud dan sembahyang…

sesudah beliau bersembahyang, aku menyuruh beliau membaca Yassin agar tenang sedikit, malah aku juga membaca Yassin….

tadi pagi semasa aku bersiap untuk ke tempat bekerja… ada isteriku bertanyakan samada aku sedar, bahawa beliau ada mengejutkan aku malam tadi .. sememangnya aku tidak sedar .. mungkin kerana aku betul2 keletihan… dan pagi ini aku melihatkan memang ada kelainan pada isteriku… beliau lebih mendiamkan diri… dan selalunya apabila beliau tiba di tempat kerja beliau, beliau akan menghantar pesana SMS mengatakan bahawa beliau sudah tiba ke pejabat, namun tidak….

entah la… aku betul2 aneh, mengapa ini semua harus berlaku… adakah ini kerna diriku… hanya Allah SWT yang bisa mengetahuinya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s