minggu ke-28 [2010]


assamualaikum,

aah .. dah masuk minggu ke-28 bagi tahun 2010… bagiku minggu ni agak berbeza sedikit dari minggu2 yang lain, kerana ada beberapa perkara yang terjadi padaku dan keluarga ku terutama pada isteriku…

minggu ke-28 ini, adalah satu minggu yang begitu penuh dengan dugaan dan cabaran, pelbagai onak dan duri aku tempuhi…

aku betul2 merasakan begitu kuat dugaan Yang Esa terhadap ku, namun menerimanya dengan penuh hati yang terbuka… minggu ini juga membuatkan aku lebih dekat denganNya… minggu ini juga aku terpaksa mengikat perut kerana kesempitan kewangan yang begitu memuncak, aku juga terpaksa melawan perasaanku sendiri kerana penyakit lamaku kembali menyerang.. mungkin aku terlalu “stress”….

aku begitu bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang begitu tabah menghapai semua ini… aku tahu beliau telah banyak menderita dan terseksa kerana ku, namun beliau masih lagi kuat menghadapinya… sebagai contohnya… aku begitu hampir putus asa kerana masalah kewangan yang kami lalui.. hinggakan terpaksa membuat catuan harian kerana takut tidak cukup wang untuk dibuatkan tambang kerja… aku terpaksa menebalkan muka meminta bantuan kewangan dari mak, kerana itu sahaja jalan yang ada… malah isteriku sudah mengambil jalan mudah dengan ingin mencuba meminjam wang dari “Ah Long” kerana kami betul2 sudah tiada jalan lain…

namun mungkin dengan berkat doa dan kesabaran, isteriku berjaya mendapatkan bantuan kewangan…

sebenarnya aku merasakan mungkin aku telah gagal untuk menjadi seorang suami kerana sepatutnya, aku yang memberikan nafkah, tapi sebaliknya dengan menyusahkan isteriku… tapi apakan daya, ini semua sudah suratan…..

satu perkara yang amat aku tidak percaya adalah isteriku lagi sekali “didatangi” iaitu, makhluk halus, mungkin …. aku betul2 tidak menyangka mengapa semua ini harus berlaku di dalam dunia yang pesat dengan zaman sains dan teknologi masih ada juga penggunaan ilmu hitam… mengapa?? mengapa perlu kita menjerumuskan diri ke lembah yang dikutuk oleh Allah SWT …. dengan jelas sekali, telah tertulis di dalam Al-Quran bahawasanya, dosa yang tidak diampun olehNya adalah dosa kerana menyekutukanNya….

namun aku masih lagi berfikiran positif dengan tidak menuding jari pada sesiapa… tapi aku kesiankan melihat isteriku yang kini seperti terseksa, beliau sering mengadu padaku bahawa beliau sering tidak tenteram, fikiran kucar kacir… pernah ada suatu ketika, beliau tidak dapat mengerjakan solat dengan betul, bahkan beliau tidak tahu bagaimana caranya untuk bersolat.. sebegitu sekali!!! …… aku kini hanya berserah pada Yang Esa, agar dilindungi diriku dan keluargaku dari semua ini, malah tidak pernah putus aku berdoa ketika bersolat agar semua ini berakhir…

sebentar tadi selesai isteriku mengerjakan solat Maghrib, kelihatan beliau mengangis teresak-esak.. lantas aku bertanya mengapa?? jawab beliau, hati dan perasaan beliau begitu kucar-kacir.. tidak tenteram, dan sepanjang hari beliau asyik memarahi anak2… ditakdirkan aku tiada di rumah hari ini… yang anehnya jika isteriku keseorangan sudah pasti beliau akan begitu .. adakah ini semua kebetulan??? entah hanya Allah SWT sahaja yang tahu …

aku juga merasakan bahawa sejak kebelakangan ini, aku merasakan aku juga tidak begitu tenteram, seperti berada di dalam khayalan… entah…

aku juga kini pasrah dengan keadaan yang menimpa keluargaku… aku juga pernah seketika merasakan adakah semua ini berpunca dari diriku, ?? lagi seperkara yang agak aneh ialah, ketika aku dipejabat, aku begitu pantas menunaikan solat, masuk sahaja waktu, terus solat, tapi apabila aku berada di rumah aku merasakan begitu malas sekali menunaikan solat…

jika sesiapa ada terbaca penulisanku ini, dan tahu apakah punca dan mungkin juga ada sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah ini, silakan… aku begitu berharapkan sesuatu yang bisa dapat memulihkan keadaan keluargaku semula….

aku juga kini kerap menitiskan air mata, kerana tidak sanggup lagi dengan dugaan yang menimpa …. cuma yang menjadi tanda tanya ialah mengapa semua ini harus berlaku… mengapa??? mengapa????!!!!

buat isteriku,

abang memohon maaf, jika sayang terpaksa melalui pelbagai dugaan yang menimpa,
sepanjang kita bersama, abang merasakan abang telah gagal untuk menjadi seorang
suami yang baik, ….

abang juga memohon maaf, jika ada pernah abang meyakiti hati dan perasaan
sayang … kini abang sedar …. abang sedar ….
dan walauapapun yang terjadi abang akan tetap menyayangimu
hingga ke akhir hayat …..

maafkan abang …

hingga ke akhir hayat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s