syaheen oh!! syaheen


assalamualaikum,

haish … entah mengapa malam ni jadi malas plak nak buat kerja …. macam kurang bersemangat, mungkin terlalu penat … itulah kerja tak pernah habis …

ingin aku menceritakan tentang seseorang, seseorang yang begitu aku sayangi … beliau adalah anak ke-4 ku, Muhammad Yussoff Syaheen… beliau dilahirkan pada, 29 Disember 2009… beliau sebenarnya dijangka dilahirkan pada 9 Januari 2010, tapi mungkin beliau terlalu boring di dalam rahim ibunya, lalu beliau dilahirkan pada 29 Disember 2009…

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

kelahiran beliau telah menceriakan keluargaku, terutama abang-abang beliau, jelas kelihatan beliau telah membawa satu cahaya baru di dalam hidupku sekeluarga… sebenarnya, aku dan isteri tidak ada membuat apa-apa perancangan untuk mendapatkan anak, diikutkan kami ingin menstabilkan situasi keluarga terlebih dahulu, namun itulah rezeki Tuhan… mungkin juga pembawakan adir iparku yang mana baliua menghabiskan masa pantang beliau dirumahku… mungkin…

semasa isteriku mengandung, kami ada termimpikan seorang anak perempuan, malah isteriku sudah ada nama jika anak perempuan iaitu Maria Yasmin Saffiyah… tapi ini semua rezeki Tuhan, maka yang dijanjikannya adalah seorang anak lelaki.. maka aku dan isteriku menerimanya dengan hati dan tangan yang terbuka… bagiku tak kesah samada lelaki ataupun perempuan asalkan sihat dan sempurna…

Syaheen, adalah seorang anak yang agak lain dari abang2nya… beliau begitu diminati oleh sesiapa saja… sebagai contohnya anak jiranku boleh dikatakan setiap hari akan datang ke rumahku untuk bermain-main dengan beliau… dibawanya Syaheen merata-rata, ini pun adalah hasil dari kerajinan pembantu rumahku, Kak Cik yang begitu ramah dengan orang sekeliling…

malah sesiapa saja yang ternampak gambar beliau pasti bertanyakan agar dibawa beliau untuk berjumpa.. adakah ini suatu kurniaan bagi beliau… malah abang2nya juga tidak jemu bermain dengan beliau.. yang begitu ketara adalah bapaku.. beliau amat sukar untuk bermain2 dengan kanak2, tapi dengan Syaheen… beliau akur… boleh dikatakan semasa beliau mengunjungi rumahku tempoh hari, tidak lekang dengan Syaheen… berbunyi sahaja suara Syaheen, pasti beliau adalah orang pertama yang akan mengangkat Syaheen…. hinggakan adikku sendiri merasakan ada perubahan pada bapaku… Alhamdulillah …

baru2 ni, ada sesuatu yang begitu menarik perhatianku ada pada beliau, ada aku terjumpa di internet iaitu album Penawar Hati dari Munif Hijjaz, lalu aku “download” dan aku letakkan di dalam talipon bimbitku… isteriku memasangkan untuk didengarkan pada beliau… yang menariknya beliau menjadi begitu asyik… beliau hanya mendiamkan diri dan seperti sedang menghayati setiap ayat2 suci Al-Quran yang beliau dengar… aku begitu hairan, kerana selalunya bayi akan seperti tidak mengendahkannya.. tapi bagi Syaheen beliau begitu asyik.. dan sekarang sebelum beliau tidur mesti aku perdengarkannya untuk beliau…. yang amat beliau suka adalah zikir lazim dan Ayatul Kursi…

walaubagaimanapun, ada aku menerangkan pada anak2ku yang lain, bahawa bukannya aku melebihi Syaheen, cuma beliau masih kecil dan amat memerlukan perhatian dari kami sekeluarga …. dan mereka faham…