Mantra [2010]


assalamualaikum,

Mantra, setahu aku perkataan “mantra” ini bermaksud satu pujaan bagi pengamal ilmu hitam, setahu aku la…. namun mungkina ada sedikit kebenarannya… tadi malam sempat juga aku meluangkan masa menonton filem Mantra bersama isteriku, dah lama kami tak keluar “dating” …

pada mulanya, aku merasakan mungkin ia sebuah filem seram, namun pendapat aku disangkal oleh jalan ceritanya …. mungkin juga boleh dikatakan agak terlambat untuk aku menceritakan sinopsis filem ni… tapi rata2 aku mendapati pelbagai versi sinopsis tentang filem ni… apa kata aku ceritakan serba sedikit dari pengamatan aku … versi aku la….

Mantra - Poster

Mantra, bermulanya dari kisah tentang seorang lelaki yang bernama Muzir (Zul Handy Black) yang begitu menyayangi isterinya Rindiani (Ana Dahlia) dan beliau sanggup melakukan apa saja agar penyakit isterinya sembuh. Ani telahpun dikenakan ilmu hitam oleh seseorang dan cuba dipulihkan oleh Hasbi (Hasnul Rahmat), yang percayai dapat memulihkan penyakit2 mistik.

Dengan atas desakan Pak Long (Hamdan Ramli), Muzir mengiakan saja apa yang disuruh oleh pengubat tersebut demi si isteri tercinta, beliau dikehendaki menggali sebuah kubur dan menarik keluar mayat tersebut lalu memakan hati mayat tersebut, semasa beliau menggali kubur yang kedua, orang kampung datang menyerbu kawasan perkuburan dan menangkap Musir, akhirnya Muzir ditangkap dan di penjara. Muzir telah dituduh mengamal ilmu hitam.

Muzir dipenjarakan  dan dia telah dimasukkan ke dalam sebuah sel penjara yang khas dengan dinding  ditulis ayat2 suci Al-Quran. Semasa di dalam penjara, Muzir didatangi oleh seseorang yang di mana, tidak mungkin akan dapat hidup lama. Lalu Muzir telah dihasut untuk memiliki ilmu hitam darinya, agar Muzir dapat memberi keadilan ke atas anak dan isterinya. Pada mulanya Muzir sudah tidak lagi mahu mengharungi semua tipu helah Syaitan, namun apabila dia menerima sepucuk surat dari isterinya, yang mana telahpun meminta dia menceraikannya, maka membuak2 perasaan amarah Muzir dan dia telahpun mengambil keputusan untuk menerima ilmu tersebut.

Lalu Muzir menuntut ilmu tersebut sehinggakan pada akhirnya dia disuruh memakan daging Embah itu agar bertambah hebat lagi ilmunya. Sesudah 1o tahun Muzir di dalam penjara, isteri  Pak Long mengidap suatu penyakit aneh seperti yang dihidapi oleh Ani, isteri Muzir. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Pak Long namun gagal sehinggalah pada suatu hari, semasa Pak Long membuat rondaan, Pak Long telah dicekam oleh Muzir dan Muzir mengetahui tentang penyakit yang dihidapi oleh isteri Pak Long. Alangkah terkejutnya Pak Long, lantas Muzir menawarkan bahawa dia bisa memulihkan penyakit isteri Pak Lonh tapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama, Pak Long dikehendaki menghilang semua tulisan ayat2 Suci diluar dinding, sesudah selesai Pak Long menghilangkannya maka ketika itulah Muzir didatangi oleh lembaga2 hitam meresap masuk ketubuhnya, dengan ini cukup sudah peringkat pertama ilmu hitam Muzir. Lalu Muzir dapat meloloskan diri keluar dari penjara dan menggantikan dirinya dengan seorang lelaki yang dia bunuh, dengan mengaburi mata manusia.

Sesudah bebasnya beliau, maka bermulalah dendam Muzir terhadap rakannya, Hasbi, maka berlakulah pertarungan ilmu hitam antara mereka berdua.

Di sini dapat dilihat bagaimana pengaml ilmu hitam melakukan pekerjaan mereka, dengan membaca mantra masing…. dan juga bermula di sini agak seram juga aku rasakan ….

Pada mulanya watak Hasbi memang sukar dijangka bahawa dia juga seorang penagmal ilmu hitam, kerana dia bertopengkan dengan sebagai seorang yang pandai dalam selok belok agama. Namun disebaliknya, dia juga telah mensyirikkan Allah SWT.

So, dari pengamatan aku cerita ini boleh dikatakan seram juga tapi yang begitu menonjol adalah watak Muzir dan Hasbi, di mana kedua2 berjaya membawa watak masing2 …. di akhir cerita barulah diketahui bahwa Muzir telah dianiaya oleh Hasbi kerana berebutkan isteri Muzir, Ani. Itulah dunia oleh kerana nafsu kita sanggup melakukan sehinggakan sanggup mensyirikkan Allah SWT, dan oleh kerana jahilnya kita tentang ilmu agama maka begitu senang kita dihasut oleh Syaitan untuk menuju ke jalannya … Wana’uzubillah…

Ada aku terbaca di sebuah blog mengatakan bahawa filem ini telah diadaptasikan dari sebuah kisah benar yang berlaku di Bandung, Indonesia dan judul filem ini juga dikekalkan agar selari dengan kisah benar tersebut. (http://ceritadimataku.blogspot.com/2010/07/filem-mantra-18sx.html)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s