kenapa dia menjadi mangsa?


iye!!!!! kenapa dia menjadi mangsa…. kenapa mesti isteriku yang menjadi mangsa….

aku kini betul2 di dalam dilema, mengapa isteriku sering menjadi mangsa. pernah aku menulis tentang perkara mistik yang terjadi pada isteriku… namun kini ianya berulang lagi…

tak silap aku 2 minggu lepas, isteriku didatangi lagi… sekali lagi beliau dirasuk oleh makhluk halus.. pada mula aku menyangkakan beliau sedang tidur, tiba2 beliau mendengus… dan dengusan beliau amat menggerunkan.. aku seperti biasa menidakkannya dan terus mendapati beliau.. aku cuba memanggil beliau berkali2, dan akhirnya beliau sedar… dan cara beliau sedar adalah sama seperti beliau dirasuki dahulu, iaitu dengan menyapu muka dengan menggunakan tangan kiri sebanyak 3 kali… lantas aku pasti sekali lagi beliau didatangi..

kemudian dalam minggu lepas, secara tidak semena-mena aku dan isteriku nyaris bergaduh gara2 perkara kecil.. aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena di antara kami berdua.. kini hubungan kami agak renggang… jarang kali kami “bersama” … aku betul2 dapat merasakan seperti ada sesuatu… namun aku terpaksa berfikiran positif kerana tidak mahu jatuh kepada syirik kerana terlalu mempercayai perkara2 sebegitu….

kemudian dalam minggu lepas juga, isteriku sekali lagi didatangi, dan kali ini agak berbeza, beliau kelihatan agak bengis… sesudah beliau sedar, aku terus menalipon sahabat ku  dikampung untuk bertanyakan samada apa boleh aku cuba untuk menenangkan isteriku…. maka beliau menasihati agar isteriku berbanyakkan Istighfar, dan diwaktu lapang membaca surah 3 Qul.

tapi yang paling ketara ialah apabila isteriku di dalam keadaan haid, paling memuncak beliau di datangi… memang benar ucap sahabatku, aku harus lebih berhati2 apabila isteriku di dalam keadaan haid, kerana waktu itu diri beliau agak “kotor” maka mudah bagi makhluk2 halus untuk mendampinginya… telah aku usahakan pelbagai cara, untuk mencari jawapan dan kepastian di atas apa yang berlaku pada isteriku ini.. mengapa harus beliau? apakah dosa beliau? sehinggakan jika benar, beliau diseksa sebegini… adakah ini semua berpunca dari diriku???

dalam beberapa hari lepas, aku terpaksa berjaga malam untuk menghabiskan urusan pejabat, lebih kurang jam 3 pagi aku terpaksa ke bilik belakang untuk mengambil sesuatu. semasa aku hendak keluar dari bilik, aku terlihat seperti kelibat sesuatu di muka pintu… tergamam aku seketika, aku terus menuju ke bilik tidur.. dan memasang ayat2 suci Al-Quran di komputerku… kemudian kelmarin semasa isteriku sedang menggosok baju di bilik belakang secara tiba2 beliau berlari seperti ketakutan dan terus ke bilik air dan mambasuh muka beliau. aku bertanyakan kenapa, kemudian barulah beliau memberitahu bahawa beliau ada ternampak seperti kelibat seorang kanak2 di muka pintu bilik tersebut…

sekali lagi aku meminta tunjuk ajar dari sahabatku di kampung, aku menyatakan apa yang sering terjadi pada isteriku dan beliau menasihatiku agar menyuruh isteriku membaca Surah Kursi sebanyak 17 kali dan bacaan yang terakhir lalu ditelan air liur tersebut. setibanya aku dirumah, kelihatan isteriku sedang bersolat, aku hanya masih dimeja komputer. selesai solat, ternampak beliau sedang membaca Surah Kursi yang aku suruhkan, secara tiba2 beliau rebah, aku menjadi panik.. “ish … kenapa pulak ni?”, tanya ku pada diri sendiri…

aku cuba kejutkan beliau, tapi beliau hanya membatukan diri, aku cuba berkali2 mengejut beliau, namun masih tiada jawapan… terus terlintas di fikiranku, beliau masih mempunyai wudhuk, maka aku terus tidak menyentuh beliau, aku sentuh dibahagian yang berlapik, berkali2 aku cuba lagi untuk mengejutkan beliau .. namun masih tiada jawapan..

kelihatan seperti beliau sedang bertungkus lumus melawan diri beliau sendiri.. kelihatan berkedut2 dahi beliau … secara tidak semena2 beliau menangis sambil menyebut, “tolong saya… tolong saya….” dengn suara terketar. aku terus menyuruh beliau kuatkan semangat… lalu aku laungkan ditelingan beliau, “Laillahaillallh..” berkali2 tidak putus, aku menyuruh beliau mengikut kata2 ku itu… dan akhirnya beliau sedar…

aku betul2 runsing dan buntu akal fikiran, mengapa semua ini terjadi… apakah salah isteriku?? entah la…. sering kali aku bersolat, tidak putus2 aku berdoa agar Allah, melindungi diriku dan keluarga dari semua ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s