Tazkirah


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, cukup sehari kita mengerjakan ibadat puasa, iaitu rukun Islam yang ke-3. adapun sebentar tadi aku baru sahaj pulang dari menunaikan Solat Tarawikh, ada apa yang menarik adalah semasa Ustaz memberi Tazkirah. Tajuk Tazkirah hari ini adalah “Apakah itu Tazkirah?”

Dari apa yang aku hayati sebentar tadi adalah Tazkirah ini adalah bermaksud “Peringatan”, peringatan kepada kita iaitu umat manusia tentang perintah ALLAH SWT. Ustaz, ada juga memberikan beberapa surah yang menceritakan berkenaan Tazkirah, yang ingin aku kongsikan bersama.

Ingin aku ingatkan pada diriku sendiri, dahulunya aku boleh dikatakan jahil, jahil tentang agama dan kini aku bersyukur dengan hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT aku merasakan aku kini lebih ingin untuk mendalami perkara-perkara berkenaan agama dan Insya Allah, jika ada, akan aku kongsikan bersama….. insya Allah.

Surah Al-Muzzammil

Al-Muzzammil (73:15)

“Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.”

Al-Muzzammil (73:16)

“Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.”

Al-Muzzammil (73:17)

“(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu – kalau kamu kufur ingkar – (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?”

Al-Muzzammil (73:18)

“Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.”

Al-Muzzammil (73:19)

“Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).”

Al-Muzzammil (73:20)

“Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dari ayat di atas, kita dapati sesungguhnya kebanyakkan kita sekarang sudah alpa dengan kitab suci Al-Quran, memang benar sekali dengan apa yang sudah berlaku sekarang ini. Pernah ada seorang dari temanku, beliau mempunyai satu akaun laman sosial, “Facebook”, di mana aku ternampak beliau sedang memadam semua “Application” yang berkenaan dengan keIslaman, seperti “I Love Al-Quran”, “Belajar Adab-Adab Sunnah Rasullah” dan sebagainya.

Lantas aku bertanya, kenapa beliau berbuat demikian, dan jawapannya… “Ish …. mana rock ada semua ni .. nanti awek tak nak join…. “. Aku rasakan begitu sedih, bukannya aku mengatakan aku ini seorang yang alim dan warak tapi, entah.. aku merasakan zaman sekarang, terlalu ramai di antara kita yang sudah lalai dan lupa akan kitab suci…

Bagaimana dengan tanggapan anda?

Surah dan terjermahan dari Quran.com (Surat Al-Muzzammil)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s