Boleh atau Tidak?


Assalamualaikum,

Pernah ada seseorang yang bertanyakan secara sinis, bagi mereka yang sudah berrumahtangga samada di bulan Ramadhan adakah mereka ini boleh berjimak (bersetubuh)? Dan aku pun ada menyatakan bahawasanya boleh, tapi ketika malam iaitu selepas berbuka puasa. Di sini aku sendiri tidak pasti dengan jawapanku.

Lantas aku mengambil keputusan untuk mencari jawapan yang lebih pasti, iaitu dengan berpandukan dari Al-Quran, dan aku telah menemui jawapannya yang sahih lagi nyata iaitu di dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 di mana ALLAH SWT berfirman:

Al-Baqarah 2:187

Terjemahannya:

Bahasa Melayu:

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”

English:

“It has been made permissible for you the night preceding fasting to go to your wives [for sexual relations]. They are clothing for you and you are clothing for them. Allah knows that you used to deceive yourselves, so He accepted your repentance and forgave you. So now, have relations with them and seek that which Allah has decreed for you. And eat and drink until the white thread of dawn becomes distinct to you from the black thread [of night]. Then complete the fast until the sunset. And do not have relations with them as long as you are staying for worship in the mosques. These are the limits [set by] Allah , so do not approach them. Thus does Allah make clear His ordinances to the people that they may become righteous.”

Daripada ayat di atas, ALLAH SWT membenarkan persetubuhan bagi sumai isteri yang sah di bulan Ramadhan, akan tetapi pada malam hari an bukan di siang hari ketika kita masih lagi berpuasa, dan aku ada terbaca satu artikel berkenaan berjimak di siang hari pada bulan Ramadhan:

Hukum bersetubuh di bulan Ramadhan

Diwajibkan Kaffarah Al-Uzma – iaitu membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang yang miskin – Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan. Begitu juga dengan orang yang bermusafir tidak kena kaffarah baginya kalau sekiranya melakukan persetubuhan dengan niat menggunakkan Rukhsah ( kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika musafir ) kerana berbuka harus baginya . Tidak kena kaffarah juga bagi mereka yang bersetubuh dengan sangkaan bahawa hari masih malam walaupun hari sudahpun lebih daripada waktu terbitnya fajar.

Sumber:

Hukum bersetubuh pada bulan Ramadhan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s