Keampunan


Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari ke-9 kita di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Seperti biasa aku menunaikan solat Sunat Tarawikh dan malam ini aku betul2 mengantuk dan keletihan, mana taknya, anak kecil ku Syaheen semalaman meragam, tak sihat demam. Malah aku dan isteriku, kami terpaksa tidur di lantai sambil bergilir-gilir membuaikan buaian beliau.

Itulah bila kita sudah menjadi ibubapa, maka ini semua adalah asam garam dalam keluarga, namun anak2 bila membesar panjang, tiada sedikitpun kita terkenangkan segala penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ibubapa kita. Kini aku sedar bahawa selama ini, inilah yang dilalui oleh mak dan bapak aku semasa aku kecil dahulu.

Tazkirah malam ini bagaikan telah membuka pintu hatiku yang selama ini tertutup dengan segala kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan selama ini. Tidak dinafikan, kita manusia tidak pernah lari dari melakukan dosa, samada dosa kecil mahupun besar. Secara sengaja ataupun tidak sengaja. Sebentar tadi, Ustaz yang memberikan Tazkirah ada menceritakan tentang bulan Ramadan yang mana ianya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu

  1. Sepuloh malam pertama – Kerahmatan
  2. Sepuluh malam kedua – Keampunan
  3. Sepuluh terakhir – Kebebasan

Ada juga aku terbaca beberapa buah blog dan forum yang menyatakan bahawasanya keterbahagian malam di bulan Ramadan ini adalah satu dalil Munkar, namun aku tidak begitu arif tentang semua ini jadi adalah lebih baik aku tidak menceritakannya secara lebih lanjut. Cuma di sini ingin aku meluahkan adalah, apa yang aku lalui selama seminggu kita berpuasa ini.

Bagi aku, Ramadan pada tahun ini agak berlainan dari tahun-tahun sebelum ini. Baiklah, memang jarang orang menceritakan tentang keaiban sendiri, tapi aku di sini sekadar ingin berkongsi dengan apa yang aku lalui. Tahun-tahun sebelum ini, aku amat liat untuk berpuasa berbuih-buih mulut mak dan Sarah menyuruh aku berpuasa, namun tidak aku mengendahkannya. Namun sejak 3 tahun yang lepas aku telah berjaya menyempurnakan sebulan berpuasa.

Ramada 1341, bagiku adalah satu anugerah dari Allah SWT, mungkin doa aku selama ini termakbul, Wallahu ‘Alam… Yang membuatkan aku berkata sedemikian adalah, aku kini lebih menjurus untuk mendalami dengan lebih dalam lagi bab-bab agama, aku sanggup bersengkang mata hanya untuk melayari internet mencari bahan rujukan berkenaan agama. Syukur, aku ada membeli sebuah Terjemahan Al-Quran yang mana kini telah menjadi sebagai kamus untuk aku merujuk beberapa perkara yang aku sendiri tidak pasti dan ada juga aku bertanyakan kepada sahabat-sahabatku di kampung untuk mendapatkan penjelasan.

Beberapa bulan terdahulu, aku telahpun diberhentikan bekerja, di atas sebab apapun aku sendiri tidak pasti. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka dengan menyarankan pada diriku, mungkin setakat itu sahaja rezekiku bersama syarikat tersebut. Ada juga beberapa perkara yang terjadi pada diriku yang sehingga kini aku betul2 menyesal dengan apa yang telah terjadi. Adakah ini semua ujian dari Nya? Ataupun aku terlalu mengikutkan hawa nafsu? Entah, aku sendiri tidak dapat mengungkainya.

Semasa Tazkirah sebentar tadi, Ustaz ada menyatakan bahawasanya jika kita telah insaf dengan apa yang telah kita lakukan, Insya Allah, Allah akan mengampunkan segala dosa kita, tapi dengan syarat kita seharusnya betul2 insaf dan tidak akan mengulangi segala kesilapan dan dosa tersebut. Aku begitu tersentak dengan kata-kata beliau. Ada juga beliau menerangkan bahawa menurut Nabi Muhammad SAW, Allah SWT berfirman bahawasanya terdapat 100 rahmat ALLAH, dan hanya 1 sahaja yang dicampakkan ke bumi, dan selebihnya hanya akan diberikan kepada orang-orang yang beriman di Akhirat kelak.

Sebenarnya, pernah aku telah hampir berputus asa dengan keadaan keluargaku ini. Keadaan di mana rezeki kami begitu sempit, telah pelbagai yang aku lakukan untuk menambahkan rezeki kami sekeluarga, namun tetap sama dan pernah terjadi sehinggakan aku dan isteriku sudah buntu dengan keadaan kami. Namun dengan penjelasan dari Ustaz sebentar tadi berkenaan dengan rezeki kini aku sedar, bahawasanya aku tidak sepatutnya berputus asa dengan semua ini. Menurut beliau, setiap makhluk di muka bumi ini telah ditetapkan rezeki masing2, malah orang kafir juga telah ditetapkan, dan kita tidak seharusnya mengeluh. Tidak dinafikan, zaman sekarang semuanya tentang wang ringgit, semua duit. Disebakan itulah aku menjadi lalai dengan menghabiskan seluruh masa aku untuk mengejar keduniaan hinggakan aku terlupa akan kewajipan aku terhadapNYa.

Alhamdullilah, kini aku sedar.. Syukur dengan rahmatNya.

Tentang hijrah, Ustaz juga ada menyatakan tentang hijrah. Hijrah yang menbawa maksud berpindah dari kedudukan asal ke kedudukan yang lebih baik di sisiNya. Aku kini di dalam proses menghijrahkan diriku untuk lebih mendekati diriku padaNya. Sepertimana ada aku nyatakan sebelum ini memang aku ada melakukan sesuatu yang telah menyebabkan banyak pihak menderita. Aku betul2 menyesal dengan apa yang telah terjadi. Aku betul2 bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi.

Ustaz, ada juga menceritkan tentang keampunan, iaitu keampunan kita terhadap Allah SWT dan juga sesama makhluk. Ada beliau menceritakan sekiranya kita ada melakukan dosa, kita dapat memohon keampunan kepadaNya, bagaimana jika kita telah melakukan dosa dan kesalahan terhadap sesama kita. Menurut beliau, jika kita ada berlaku dosa terhadap orang lain, hanya orang tersebut sahaja yang mampu untuk mengampunkan kita. Dimisalkatakan, orang yang kita lakukan kesalahan tersebut meninggal dunia dan kita tiada kesempatan untuk memohon keampunan, bagaimana dengan dosa tersebut? Menurut beliau, Allah SWT tidak bisa mengampunkannya, namun di Padang Mahsyar nanti kita dihitung segala amalan kita dan amalan tersbut akan diberikan kepada orang tersebut setanding dengan dosa yang kita lakukan, seandainya amalan kita tidak mencukupi, maka dosa orang tersebut akan diletakkan dibahu kita untuk kita menganggungnya… Masya Allah, dosa sendiri pun tak tertanggung, nak tanggung dosa orang lain pulak…. Wanauzubillah ….

Moga-moga di bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita memohon keampunan dan membanyakkan bertakwa kepada ALLAH SWT. Insya Allah dengan keberkatanNya, akan dibuka pintu hati kita…

Hayatilah ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s