Sedikit Perkongsian


Assalamualaikum,

Alhamdullilah, sekali lagi kita bertemu, pertama kali ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih bagi sesiapa yang melewati laman blog ini. Di sini ingin aku berkongsi bersama apa yang ku terbaca sebentar tadi di sebuah lama blog, iaitu; berkenaan beberapa doa yang mungkin dapat memberi manafaat untuk kita bersama.

Sebenarnya, semasa Tazkirah sebentar tadi, yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Hanif Ghazali dari Merbok, Kedah di mana beliau ada menceritakan serba sedikit tentang Malam Lailatul Qadar. Sudah pasti semua kita mencari-cari ataupun ternanti-nanti Malam Lailatul Qadar setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak. Namun tidak semudah yang kita sangka, ianya hanya dikurniakan kepada orang yang benar2 beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Aku sendiri juga tidak ketinggalan ingin bertemu dengan malam tersebut, sesudah mendengar penjelasan dari Ybhg. Ustaz kini aku sedar, bahwasanya, insan seperti aku amat jauh untuk diketemukan dengan malam yang sebegitu indah yang dirahmati oleh AllahSWT. Namun, kita terutamanya aku tidak patut merasa putus asa, kita harus mempertingkatkan lagi usaha kita agar kita betul2 beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, Insya Allah.

Di sini aku ingin berkongsi serba sedikit dari apa yang aku ketemu semasa aku mencari latar belakang berkenaan dengan Ybhg. Ustaz, iaitu beberapa doa.

1. Untuk Menangani Ganguan Jin dan Syaitan (Surah Al-Mukminun [115 – 118])

Al-Mukminun 23:115-118

Terjemahannya:

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”

2. Untuk memecahkan kekerasan hati, menguatkan semangat, memecahkan batu karang, menangani gangguan jin dan syaitan (Surah Al-Hashr [21-24])

al-hasyr(21-24)

Terjemahannya:

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.”

Eloklah sekiranya kita amalkan setiap kali solat, Insya Allah, dengan berkat dan hikmah Allah SWT ….

Sumber bacaan:

Seminar Perubatan Islam : “Menangani Histeria & Kerasukan Jin”. Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah, 5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tg. Malim, Perak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s