Tazkirah – Lailatul Qadar


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Aku merasakan begitu bersyukur ke hadratNya kerana mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Aku juga bersyukur kerana kini aku sudah mula sedar dan juga pintu hatiku ini telah dibuka oleh Allah SWT, kerana sebelum ini aku betul2 malas untuk menunaikan solat Sunat Tarawikh. Tapi kini ianya seakan tidak lengkap malamku jika aku ketinggalannya.

Malam ni, Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Shauki Othman, menceritakan tentang Lailatul Qadar … Sudah pasti kita semua tahu bahawa malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang dinantikan oleh semua mukmin dan mukminat … satu malam di mana penuh dengan rahmat, namun tidak semudah itu untuk kita bertemu denganNya hanya orang yang benar2 beriman dan bertakwa.

Tapi bagiku, itu semua adalah kehendakNya, jika Allah SWT berkehendakkan seseorang hambaNya itu menerima hidayah maka terimalah kita akan hidayahNya …. Di sini bukannya akuu ingin menceritakan atau menerangkan selanjutnya berkenaan malam Lailatul Qadar, kerana aku sendiri masih di dalam pembelajaran tapi aku ingin aku berkongsi dari apa yang aku dengari dan aku fahami dari Tazkirah sebentar tadi.

Menurut Ust. Shauki, malam Lailatul Qadar ada tertulis di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Qadar, dan dari apa yang diterangkan secara ringkas oleh beliau, ada maksud yang tersirat di dalam surah tersebut. Begini,

Surah Al-Qadar

Surah Al-Qadar

Dari apa yang kita dapat hayati dari surah di atas, adalah nyata bahawa Allah SWT telahpun berfirman bahawa Al-Quran telahpun diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Dan juga, pada malam tersebut jika kita beribadah, maka ianya adalah seumpama kita beribadah selama 1000 malam. Jika kita cuba teliti pada ayat yang ketiga, di sini Allah SWT berfirman, bahawa malaikat dan roh diturunkan bagi menyempurnakan segala urusan. Di sini, jika tidak silap aku, adalah selama ini dari apa yang kita ketahui bahawa pada bulan Ramadan, roh2 atuk nenek kita akan turun untuk menyaksikan apa yang dilakukan oleh waris2 mereka, namun mengikut pergertian dari Ust. Shauki adalah sebenarnya yang dimaksudkan roh ialah malaikat Jibril A.S yang diturunkan, maka betapa besarnya malam Lailatul Qadar sehinggakan malaikat Jibril A.S sendiri diturunkan. Oleh itu, kita selama ini terlalu mengikut pada ikutan-ikutan tanpa diperiksa maksud yang sebenarnya di dalam Al-Quran.

Menurut Ust. Shauki juga, jika kita mengambil sedikit masa dan membuat penyelidikan kepada Surah Al-Qadar, di dalamnya terkandung sebanyak 30 patah perkataan. Kita pernah terdengar perkataan “Malam 7 Likur”, di sini maksud “Likur” di dalam bahawa Jawa membawa maksud “20”, maka “Malam 7 Likur” adalah malam Ke-27, dalam di dalam Surah Al-Qadar terkandung 30 perkataan dan perkataan Qadar ada diulang sebanyak 3 kali, dan yang terakhir adalah pada kedudukan yang ke-27. Maka di sini, membawa maksud ada benarnya Malam Lailatul Qadar jatuh pada malam yang ke-27. Namun Nabi Muhammad SAW ada bersabda, bahawa malam Lailatul Qadar adalah 10 malam yang terakhir.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Moga kita akan mendapat rahmat Allah SWT di malam tersebut, bukan bermaksud kita hanya meningkatkan ibadah kita pada malam tersebut, tapi haruskan kita menanamkan satu nekad untuk kita berusaha pada hari2 yang berikut dan seterusnya.

Aku berharap moga kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT, dan juga agar kita semua kembali semula pada kitab suci kita, iaitu Al-Quran Nur Kareem … Ameen.

Nota: Aku memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dari apa yang tertulis di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s