Tazkirah – 15 Musuh Iblis / 10 Sahabat Iblis


Assalamualaikum,

Malam ni seperti biasa aku mengerjakan Solat Sunat Tarawikh di Surau Al Aslah, Bandar Tasik Kesuma. Surau di tempat tinggalku. Hari ini tampak makmum begitu ramai sekali, Alhamdulillah.

Sesudah empat raka’at, seperti biasa tazkirah disampaikan oleh Ustaz yang dijemput hadir. Hari aku kurang berupaya untuk mengingati nama Ustaz tersebut, namun aku merasakan bertuah kerana hari ini dapat aku berada di barisan saf yang pertama dan berada dibelakang imam. Tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz, bertajuk “15 Musuh dan 10 Sahabat Iblis”. Satu tajuk yang agak menarik…. kan?

Memang aku menantikan sesuatu yang begini, masakan kita ni manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dosa mahupun kecil atau besar, atau secara sengaja atau tidak sengaja. Pada mulanya Ustaz menceritakan serba sedikit berkenaan ibadah Puasa di bulan Ramadan kemudian beliau mengalihkan perhatian kepada tajuk sebenar.

Menurut Al Fadhil Ustaz, Iblis adalah satu makhluk yang begitu kuat beribadah kepada Allah SAW, sehinggakan Iblis diangkat menjadi ketua Malaikat, maka terjadinya para malaikat mengadu kepada Iblis kerana mereka takut mereka akan tersesat. Maka Iblis berdoa kepada Allah SWT moga2 semua para malaikat ini dijauhi dari tersesat, tapi Iblis terlupa untuk berdoa untuk dirinya sendri, maka semasa wujudnya Nabi Adam S.A, Iblis menjadi sombong dan enggan sujud pada Nabi Adam A.S dan dengan itu Iblis bersumpah akan menyesatkan seluruh umat manusia. Maka terjadinya kejadian di mana Iblis diminta oleh Allah SWT menemui Nabi Muhammad SAW dan menjawab semua pertanyaan yang diusulkan baginda pada Iblis. Iblis mendatangi Nabi Muhammad SAW sebagai seorang tua bertongkat, lantas menemui Nabi Muhammad SAW, dan baginda bertanyakan pada Iblis:

Rasulullah SAW, bertanya ….. “Man Anta?” (Siapakah kamu?)
Iblis menjawab, “Aku Iblis”
Rasulullah SAW, bertanya lagi…. “Mengapa kamu datang ke mari?”
Jawab Iblis, “Aku diperintahkan oleh Allah SWT agar datang kepadamu untuk menjawab pertanyaan apapun dari mu.”

Maka Rasulullah SAW, seraya bertanya lagi, ….. “Hai iblis! siapa sajakah musuhmu dari umatku?”
“15 orang” jawab Iblis… “iaitu”:

  1. Muhammad Rasulullah s.a.w
  2. Imam dan pemimpin yang adil.
  3. Orang kaya yang merendah diri.
  4. Pedagang yang jujur dan amanah.
  5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
  6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
  7. Orang Mukmin yang berkasih sayang.
  8. Orang yang sentiasa dan cepat bertaubat.
  9. Orang yang menjauhkan diri daripada segala yang haram.
  10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci (senantiasa berwudhu’)
  11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma.
  12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
  13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang.
  14. Orang yang hafaz al_quran serta selalu membacanya.
  15. Orang yang berdiri melakukan solat pada waktu malam sedang yang lain tidur.

Kemudian Rasulullah SAW, bertanya lagi, “Wahai Iblis, siapakah di antara umatku sahabat bagimu?”, lantas Iblis menjawab, “Ada 10 orang, iaitu:”

  1. Hakim yang tidak adil.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Pedagang yang tidak jujur
  4. Peminum arak.
  5. Penghasut kepada orang lain / Orang yang memutus hubungan silaturahim
  6. Orang yang beramal kerana ingin nama (riak).
  7. Orang yang memakan harta anak yatim / pemakan riba.
  8. Orang yang mempermudahkan solat / Orang yang melalaikan sholat.
  9. Orang yang tidak mahu berzakat.
  10. Orang yang sering berhayal (panjang angn-angannya)

“Mereka itulah sahabat dan saudaraku,” tambah iblis mengakhiri.

Moga kita memperbanyakkan amalan dan senantiasa berdoa kehadratNya moga kita tidak tergolong sebagai “Sahabat dan Saudara” kepada Iblis. Insya Allah.

Kewujudan Jin, Iblis dan Syaitan

KETIGA-TIGA makhluk ini ciptaan Allah SWT yang berurusan untuk mengganggu serta menyesatkan manusia. Ia dicipta daripada api seperti termaktub dalam al-Quran melalui firman:

Surah Ar-Rahman (55:15)

bermaksud: “Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.”

Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Firman Allah:

Surah Sad (38:81)

bermaksud: “Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat.”

Hakikatnya mereka berasal dari satu golongan kerana al-Quran juga menggunakan istilah jin, iblis dan syaitan. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya pernah mentafsirkan jin dengan makna iblis. Al-Quran menjelaskan ia asalnya kelompok malaikat (mengikut setengah tafsiran) yang ingkar perintah Allah. Kebanyakan ulama tafsir menyatakan iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri daripada yang beriman dan kafir. Ia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia. Allah berfirman:

Surah Al-'Araf (7:27)

bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.

Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah, Rektor Universiti Al-Azhar).

Antara peranan jahat Syaitan:

Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah:

Surah Al-Ma'idah (5:91)

bermaksud: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan.”

Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: “Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak.” (Ibnu Jauzi).

Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari).

Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah:

Surah An-Nisa' (4:60)

bermaksud: “Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.”

Menyeru kepada kejahatan dan menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan.. Firman Allah:

Surah Al-Baqarah (2:169)

bermaksud: “Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”

Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah:

Surah Az-Zukhruf (43:36)

bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”

Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah:

Surah Al-Haj (22:3)

bermaksud: “Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.”

Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas.

Nota: Artikel bertajuk Kewujudan Jin, Iblis dan Syaitan di ambil dari http://rohinsan.blogspot.com/2010/02/kewujudan-jin-iblis-dan-syaitan.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s