Passport Akhirat


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadratNya dengan memberi kesihatan dan juga kesempatan untuk meneruskan beribadah di bulan yang mulia ini. Seperti biasa, aku mengerjakan solat Sunat Tarawikh, dan pada malam ini Tazkirah bertajuk “Khusyuk”. Satu topik yang begitu menarik dan disampaikan oleh Ustaz Azman Halim.

Pada mulanya Ustaz Azman, memberi sedikit penerangan maksud Khusyuk, di mana setahu kita semua ertikata Khusyuk adalah penumpuan kita di dalam solat. Selalunya, kita semua akan memberi lebih perhatian di dalam solat Fardhu, tetapi kita lupa malah kita abaikan pabila kita menunaikan solat Sunat. Dan sepatutnya semasa kita megerjakan solat Sunat tak kira apa saja jenis solat Sunat yang dikerjakan hendaklah sama sepertimana kita mengerjakan solat Fardhu.

Ustaz Azman juga ada menekankan tentang beberapa perkara seperti semasa kita berwirid, maka hendaklah kita menyebut setiap wirid itu dengan betul dan bukannya seperti mana yang selalu kita lakukan sekarang. Sebagai contoh, semasa kita bertasbih, nescaya kita akan menyebutnya dengan cepat atau laju, seperti “Subhanallah”, seharusnya kita menyebutnya secara terang dan perlahan. Tidak dinafikan juga semasa kita mengerjakan Tahlil, semasa imam berratib iaitu “Lailahaillah”, pasti laju kan? Sepatutnya harus dipersebutkan dengan perlahan dan terang, maka barulah ianya memberi kesan dan diterima oleh Allah SWT.

Baik, apa yang menarik perhatianku adalah menurut beliau ada sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Nik Bakri Nik Mat, yang berjudul Perjalanan Ke Akhirat di mana bersama-sama buku ini disertakan sebuah “Passport” iaitu, “Passport Akhirat”. Apa yang menarik adalah di isi kandungan di dalam “Passport Akhirat”. Jika kita hayati setiap isi kandungan, nescaya kita akan menitiskan air mata kerana begitu jauh dan sukarnya perjalanan yang kita tempuh sebelum sampainya ke destinasi, iaitu Padang Mahsyar.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Contoh isi kandungan “Passport Akhirat”

Maklumat Peribadi

  • Nama: Manusia
  • Asal: Tanah
  • Tempat Lahir: Dunia
  • Bangsa: Adam
  • Tuhan: Allah SWT
  • Rasul: Nabi Muhammad SAW
  • Agama: Dinul Islam
  • Kitab: Al-Qurannul Karim
  • Panduan: As-Sunnah An-Nabawiyyah, Ijma’ & Qias
  • Akidah: Ahli Sunnah Wal Jammah
  • Rujukan: Ulama’ Pewaris Nabi
  • Pangakt: Hamba

Nama: Manusia

Pembawa Passport ni bernama manusia. Sejenis makhluk yang banyak lupa dan lalai. Makhluk ayng bersifat lemah dan kerdil. Namun Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat.

Manusia ini juga mesti sedar dia telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan muka bumi.

Tetapi sebaliknya yang berlaku ramai manusia yang cuai dengan amanah tersebut. Walau bagaimanapun manusia adalah makhluk yang mempunyai kelayakan untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT.

Aku rasakan, setiap seorang harus memilikinya sebagai peringatan untuk diri kita agar kita tidak lalai mengerjakan amanah yang telah diberikan kepada kita terhadap Allah SWT.

Nota: Image di atas di ambil dari http://naskahcintaku.blogspot.com/

3 thoughts on “Passport Akhirat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s