Surah Al-A’la


Assamualaikum,

Haish .. entah mengapa aku tak dapat melelapkan mata, mungkin sebentar petang tadi ada aku dipanggil oleh majikan aku berkenaan prestasi kerjaku, menurut beliau agak menurun. Ya, memang benar, ada sedikit penurunan di dalam prestasi kerja sejak kebelakangan ini, mungkin kerana aku terlalu penat. Sejak kebelakangan ini juga aku selalu lewat tidur. Banyak betul kerja yang harus aku buat, namun aku terima segala kata-kata beliau itu sebagai satu peringatan bagiku, dan akan aku buktikan pada beliau kemampuanku.

Sementara aku membuat kerja, aku mendengar beberapa ceramah dari seorang Ustaz yang betul-betul aku minati, Ustaz Kazim Elias. Bagiku cara beliau memberi ceramah begitu menarik dan betul-betul dapat membuatkan kita mendengar dan menhayati segala ceramah beliau. Apa yang begitu menarik adalah anak-anakku, iaitu, Syazwan dan Syahmie juga meminati ceramah beliau malah mereka bisa menghafal sesetengah ceramah beliau.

Ada juga beberapa ceramah beliau yang betul-betul menarik, dan semasa aku menulis aku sedang mendengar ceramah beliau yang bertajuk “Jaga Isteri”, iaitu berkenaan bagaimana harus seorang suami atau bakal suami harus menjaga isteri mengikut Al-Quran dan Hadith. Tapi sepanjang aku mendengar ada sesuatu yang beliau menyebut iaitu satu surah yang menceritakan bahawa Allah SWT mencelakakan seseorang itu jika dia diberi peringatan oleh seseorang yang lebih berpengetahuan seperti Imam atau Ustaz maka kita berpaling dan mengherdik maka menurut surah tersebut Allah SWT mencelaka seseorang itu. Seperti Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A’la:

Surah Al-A'la (87:9-12)

Maksudnya: “Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.”

Oleh itu, jika kita ditegur oleh Imam ataupun Ustaz mahupun seseorang yang arif tentang agama, masih seharusnya kita akur dengan kesilapan yang kita lakukan, kerana kita sendiri tidak dapat mengetahui kesilapan kita dan harus kita menerima teguran itu dengan fikiran yang terbuka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s