Doa Munajat – Akhill Hayy



Wahai Allah

Wahai Zat Yang Maha Agung KemulianNya
Dan Senantiasa Memiliki Ketinggian

Wahai Penguasa Khazanah
yang Tidak Akan Kehabisan
Dan Pencipta A’rashMu Yang Agung

Wahai Yang Memiliki Sifat Yang Sempurna
Dan Yang Menunaikan Segala Permintaan
Jika Kau Mengkehendaki
Maka Dengan Sekelip Matapun
Kau Boleh Mendatangkan Taufan
Yang Mana Lautanpun Malu Melihatnya

Dan Jika Kau Mengkehendaki
Seluruh Makhluk Ini
Kau Boleh Menempatkan
Tempat Yang Sebesar Zarah
Dengan Ucapan “Kun”

Sesuatu Yang Tiada
DiKau Boleh Wujudkan BagiMu
Tiada Suatupun Pekerjaan Yang Sukar, Ya Allah

Wahai Allah


Bersihkan Dan Hapuskanlah Kekotoran
Zahir Dan Batin Kami
Dengan Kesempurnaan, KeampunanMu
Dan Lautan KemaafanMu, Ya Allah

Kurniakanlah Kepada Kami Dengan
Pakaian Zuhud Dan Takwa
Mengkhidmati Makhluk Dan Menuruti Sunnah
Dengan Bersih Dan Nyata
Jadikalah Maksud Kehidupan Kami
Untuk Meninggikan Dan Mengharumkan
Agama Muhammad SAW

Jadikanlah Kami
Sebagai Mentari Ilmu
Dan Kau Jadikanlah Amalan-amalan
Dan Kebaikkan Kami, Sempurna
Yakni Menjadi Sumber Hidayah
Kepada Kami
Dan Orang-orang Yang Bertakwa Juga
Akan Memilih Jalan Amalan Soleh

Demi Sinar Kecemerlangannya
Dan Jadikanlah Kami
Seumpama Mata Air
Yang Mengairi Taman ISLAM
Di Musim Gugur
Sehingga Ke Hari Khiamat

Wahai Tuhan Semesta Alam
Dalam Kehidupan Yang Sesingkat Ini
Ambilah Kerja-kerja Dari Kami
Perkara Yang Perlu Dikerjakan Di Sini
Dan Peliharakanlah Kami, Ya Allah
Dari Perkara-perkara Yang Tidak Perlu Dikerjakan Di Sini

Bagi Hari-hari Dalam Kehidupan Kami
Yang Mana Telah Kami Laluinya
Dengan Lalai Dan Leka
Dan Jadikanlah Sesuatu Yang Dapat
Menggantikannya….

Wahai Ya Allah

Kurniakanlah Kami Dengan Kecintaan Terhadap Iman
Dan Hiaskanlah Ia Di Dalam Hati Kami
Campakkanlah Rasa Takut Di Dalam Hati Kami
Terhadap Kekufuran, Ya Allah
Terhadap Dosa Dan Terhadap Derhaka

Dan Jadikanlah Kami
Orang-orang Yang Memperoleh Hidayah
Dan Hamba-hamba Yang Bersyukur, Ya Allah
Supaya, Ketika Kami Mati Dan Di Dalam Kubur
Dan Di Hari Kiamat Nanti
Kami Bersuka-cita Dan Bergembira
Dan Jannatul Firdaus Menjadi Tempat Kami, Ya Allah

Wahai Allah

Jadikanlah Kami Sebagai Gunung Ilmu Dan Amal
Dan Di Hadapan Kekufuran Dan Kesyirikan Pun
Tidak Akan Dapat Meruntuhkannya
Dan Menjadi Pukulan
Bagi Menghapuskan Segala Bida’ah, Ya Allah
Dan Ambilkanlah Dari Kami
Sebarang Khidmat Untuk Membantu
Agama Muhammad SAW
Yang Akan Menjadi Sedakah Yang Berterusan
Dan Menjadi Sumber
Keselamatan Di Hari Kiamat, Ya Allah

Wahai Allah
Dan Aku Bukanlah
Ahli Jannatul FidausMu
Dan Tiada Kekuatanku
Mengatasi Api NerakaMu, Ya Allah
Maka Berikanlah Aku Taufik Untuk Bertaubat
Dan Ampunkan Dosa-dosaku
Ya Allah

Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Kerana Sesungguhnya Di Kau
Adalah Pengampun Segala Dosa-dosa Yang Besar
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s