Syawal 1431


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dah lama jugak aku tidak menulis.. katakanlah agak sibuk dengan persiapan AidilFitri dan juga kerja-kerja harian. Namun semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah…

Bagi aku, Syawal 1431 begitu bermakna dalam hidupku kerana ada beberapa perkara yang berlaku yang mana ada di antaranya tidak di duga. Tahun ini aku beraya di Semenyih, Selangor kerana tahun ini adalah giliran isteriku…Kami berdua sudah bersepakat pada awal perkahwinan lagi iaitu selang setahun, bermaksud tahun pertama perkahwinan adalah giliran isteriku dan tahun tahun kedua giliran aku.. hinggalah kini sudah hampir 13 tahun kami berumahtangga.. Jadi adil dan saksama…

Sepanjang Ramadhan ini, aku merasakan telah banyak perubahan di dalam diri ini.. antaranya aku kini lebih mendekati Allah SWT…aku lebih cenderung untuk mempelajari lebih dalam ilmu agama, ingin lebih mendalami ilmu Solat yang menjurus kepada cara-cara Nabi Muhammad SAW.. AKu begitu bersyukur kehadratNya kerana telah memberi hidayah kepadaku agar kembali ke jalanNya…

Namun ada seperkara yang begitu menarik perhatianku, memang benar ada orang mengatakan bahawa di bulan Ramadhan syaitan dan iblis diikat, namun ada salah satu tazkirah aku diperdengarkan bahawa kesemua hanya dilemahkan kuasa mereka, dan ianya terbukti dengan isteriku didatangi semula makhluk halus.. namun hanya sementara sahaja.. apa jelas nampak adalah keengganan isteriku mendirikan solat, enggan mengikutiku ke solat sunat Tarawikh, ada saja alasan yang diberikan sedangkan isteriku jarang sekali sedemikian. Malah beliau membohongi aku ketika aku bertanyakan samada beliau sudah bersolat, dan jawapannya “SUDAH”….

Aku hanya memerhati dari jauh sahaja, kerana aku sendiri tidak arif di dalam bab ini.. tapi aku bertekad, sepulangnya aku ke kampung akan aku bertemukan isteriku dengan sahabatku untuk berubat..

Pulangnya aku ke kampung halaman pada 15 September 2010 dan aku sekeluarga disambut oleh kedua ibubapa.. akhirnya terubat jua kerinduan aku kepada mereka… Pada hari pagi Jumaat, 17 September 2010 kami bersepakat untuk berkelah di tanah kelahiranku, Pulau Pinang… wah bukan main seronok lagi isteriku kerana beliau sememangnya gemar berjalan, makan angin.. aku amat bersyukur kerana kami sekeluarga begitu gembira… jelas kelihatan diwajah mak, bapak dan anak-anak ku…

Aku menghubungi sahabatku di kampung, beliau menetap di Kg. Boyan, Taiping… ingin benar aku menemui beliau… katakanlah keluargaku dan keluarga beliau sudah seperti adik-beradik… kami adalah penduduk pertama menjejakkan kaki ke kawasan perumahan yang dinamakan Taman Simpang….

Tapi seperti ada pelbagai halangan untuk aku kerumah beliau… ada saja yang menjadi penghalang.. namun aku masih tidak memikirkan apa-apa, mungkin secara kebetulan… sebelah paginya aku menghantar satu pesanan SMS kepada sahabatku untuk mengkonfimkan kedatangan aku pada sebelah malamnya… dan beliau menjawabnya sesudah Zohor, mungkin beliau sibuk…

pada ketika itu, isteriku sedang membaca surat khabar… aku sengaja memberitahu beliau bahawa sahabatku ingin bertemu dengan beliau.. secara tiba-tiba kelihatan jari kaki beliau sedang bermain-main.. aku tahu sebelum-sebelum ini jika jari kaki beliau bermain-main, nescaya pasti ada sesuatu pada diri beliau.. namun aku hanya mendiamkan diri dan terus bertanya kepada beliau:

Aku: “Kenapa?”… tanya aku
Isteriku: “tak de… aper2…”
Aku: “awat.. awak ada rasa apa-apa ka?”… tanya aku lagi..
Isteriku: “aah… rasa macam berdebar-debar, jantung ni macam laju sangat…”

aku terus mensyaki pasti ada suatu yang tak kena… aku terus beredar dan mendapati mak, dan aku menceritakan kepada mak lantas mak menasihati padaku walauapa sekalipun aku harus menemui sahabatku…

selepas makan malam, iaitu selesainya solat ‘Isya, aku dan anak-anak bersiap untuk ke rumah sahabat.. yang peliknya isteriku seperti tidak keharuan.. beliau sengaja memperlambatkan bersiap, bersolek tebal-tebal.. sehingga aku memarahi beliau:

Aku: “la…. tak siap lagi? nak makeup lama-lama buat apa! bukan nak pi parti, kita nak pegi rumah Ustaz…”

kelihatan isteriku seperti marah dengan kata-kataku.. beliau muncung..(biasala orang pompuan, kalu tegur sikit…)

sepanjang perjalanan, kelihatan isteriku seperti resah… aku hanya mendiamkan diri.. setibanya di rumah sahabat.. beliau baru sahaja selesai mengubati pesakit yang terkena sihir… aku dan sahabat bersembang-sembang di luar dan keluargaku terus ke dalam… tapi yang menarik perhatianku ialah sahabatku.. beliau seperti tahu ada sesuatu pada diri isteriku.. beliau tak lekang memandang isteriku…

ada aku menceritakan kepada beliau beberapa insiden yang berlaku pada isteriku.. sesudah selesai kami menjamu selera, aku dan sahabat keluar sebentar di anjung rumah untuk mengambil angin.. secara tiba-tiba sahabat bertanya kepadaku:

Sahabat: “Man, kalau aku check bini hang, dia mau tak?”… tanya beliau
Aku: “memang aku nak suruhpun… aku tengok dia lain macam sikit.. tadi mak mai pun dia kata dia rasa macam takut.. “…. jawab aku
Sahabat: “kalau macam tu.. jom.. kita tengok…”…

selang beberapa minit, kami masuk ke rumah.. terus sahabat bertanyakan pada isteriku…

Sahabat: “Sarah, kalau saya nak check awak boleh?”…
Isteriku: “Boleh, apa salahnya.. ”
Sahabat: “Jom, Aman.. hang ikut sekali…”

kami terus ke ruang tamudi sebelah dalam… dan isteriku diarah belunjur menghadap sahabatku… sahabat terus bertanyakan kepada isteriku:

Sahabat: “sarah, saya nak tanya… ada rasa sakit kepala, sakit-sakit badan, rasa macam muram, sakit belakang tengkok?”…
Isteriku: “ada, kadang-kadang rasa macam nak marah ja…
“… jawab isteriku

Sahabatpun memulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan ikuti dengan bacaan surah Ayatul Kursi… kelihatan isteriku begitu resah sekali.. dan sahabat memegang ibu jari kaki kanan.. dan tiba-tiba isteriku menjerit kesakitan… memang sah, ada penghuni yang tidak dikehendaki di tubuh isteriku… lantas sahabat bertanya kepadaku samada ingin meneruskan… dengan pantas aku menjawab.. silakan..

Sahabat sekali lagi mengulangi bacaan Ayatul Kursi.. dan tiba-tiba isteriku mendengus dengan kuat seraya ketawa kecil.. anak-anakku menjadi ketakutan…

Sahabat: “sapa ni? ni bukan sarah kan?“… tanya sabahat.. isteriku hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum.. sahabat meneruskan soalan..

Sahabat: “Sapa ni? baik bagitau!”
Isteriku: “aku dah bagitau kat laki dia dulu… sapa aku..”

Sahabat memandang aku, aku pun memberitahu sahabat bahawa pernah sekali aku berubat di Kajang.. dan aku menceritakan pada sahabatku.. ketika itu isteriku seperti terhoyong hayang.. sahabat terus bertanya lagi..

Sahabat: “pasai apa kacau sarah?”…
Isteriku: “aku suka kat budak ni, dia baik”..

dari jawapan itu aku mengesyaki makhluk yang ada pada tubuh isteriku adalah makhluk yang sama yang pernah aku berdialog suatu ketika dulu… aku menjadi hairan, bukankah aku pernah berubat dan menurut pengamal pertubatan mengatakan bahawa makhluk tersebut sudahpun keluar dari tubuh isteriku.. sahabat meneruskan lagi…

Sahabat: “pasai apa hang kacau dia, sapa hantaq hang, mana tuan hang.. hang ni Islam ka?…
Isteriku: “orang hantar aku, aku bukan Islam.. orang yang hantar aku tinggal di ********”…
(aku terpaksa merahsiakan kerana atas sebab-sebab tertentu, aku takut menjadi fitnah)…

Sahabat: “oh…. sapa tuan hang? orang yang hantar ni orang Islam ka?”
Isteriku: “orang penan.. asli…orang yang suruh hantar tu semayang tunggang terbalik…”
Sahabat: “baguih … semayang tunggang terbalik tapi syirik .. macam mana tu?”
Sahabat: “hang pernah dengaq apa itu Islam? hang tau Islam?”
Isteriku: “Ya…”
Sahabat: “hang pernah tengok orang berubat macam aku?”
Isteriku: “tak!”
Sahabat: “inilah yang dikatakan Islam, agama yang kuat, suci, bersih…yang tak kuat adalah hambanNya..”

Isteriku hanya tersenyum.. seperti mempermainkan kata-kata sahabat.. sahabat bertanya lagi..

Sahabat: “apa perjanjian dengan tuan hang? hang boleh balik ke tempat asal hang tak? hang makan apa?”
Isteriku: “tak de.. aku makan darah”
Sahabat: “ceh!!! hang jangan tipu aku.. jin tak makan darah, jin makan tulang dan asap!!!”

Tiba-tiba wajah isteriku berubah seperti marah dengan kata-kata sahabatku.. sememangnya ada aku terbaca dalam sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus yang menyatakan bahawa jin memakan tulang dan asap.. di sini bermaksud makhluk tersebut cuba mempermainkan sahabatku…

Sahabat: “La ni.. aku mau hang keluaq dari tubuh sarah… boleh tak?”
Isteriku: “aku nak pegi mana? aku nak pegi mana?” ..jawab isteriku
Sahabat: “mukabumi Allah ni.. luas.. hang aku hantar hang kat mana?”
Isterikut: “mana aku tau….”
Sahabata: “Sekali lagi aku tanya, hang pernah jumpa orang berubat macam ni…?”
Isteriku: “tak… yang lain tahu nak bunuh aku saja…”
Sahabat: “aku bukan macam tu.. tapi kalau hang nak aku boleh tolong hang, hang mau tak?”
Isteriku: “tolong apa?”
Sahabat: “baik.. la ni aku nak tanya hang, tuan hang sakit tak la ni?”
Isteriku: “aah…”
Sahabat: “tapi ada dia tolong hang… tak, kan…”
Isteriku: “aah…”
Sahabat: “baik… la ni aku tolong hang tapi dengan satu syarat.. boleh tak?”
Isteriku: “apa syaratnya..”
Sahabat: “la ni aku nak hang peluk agama Islam, aku tolong hang.. tapi bukan jadi hamba aku, jadi hamba Allah SWT… tau?”
Isteriku: “Ya..”
Sahabat: “Aku nak tanya satu lagi.. ada berapa ramai dalam tubuh sarah?”
Isteriku: “5…”
Sahabat: “kat mana hanmpa dok dalam tubuh sarah?”
Isteriku: “kat peranakan dia, sebab tu dah sebulan dia tak datang haid”

Tersentak aku mendengarnya.. aku dan sahabat saling memandang antara satu sama lain… lantas sahabat mengelengkan kepala.. dan meneruskan lagi..
Sahabat: “baik.. la ni aku mau semua masuk Islam.. boleh…?”
Isteriku: “jap nak tanya…”

Selang beberapa minit.. isteriku berkata….

Isteriku: “baik.. semua setuju.. tapi kau hantar la kami jauh-jauh.. jaga budak ni.. ”
Sahabat: “Hangpa ada kat mana dalam tubuh sarah? ”
Isteriku: “kat peranakan dia, kami makan peranakan dia…”

Terkejut aku dan sahabat mendengarnya.. sebegitu dahsyat sekali… sahabat meneruskan lagi… dengan bacaan surah Al-Fatehah dan Ayatul Kursi.. dan terus mengarah makhluk tersebut keluar dari tubuh isteriku… dan akirnya semua selesai.. hampir 11/2 jam..

Apa yang menjadi kemusyhkilan aku adalah mengapa ada orang yang sanggup berbuat sebegini, hanya kerana mengikutkan hawa nafsu… Adakah ini akhir zaman di mana lebih ramai orang mula menjurus kepada syirik, dengan menjadikan bomoh, pawang dan dukun sebagai sahabat demi untuk mencapai apa yang dicita….???? entah la…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s