Tak Bertamadun


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Sebenarnya, ada isteriku terbaca di dalam sebuah majalah (tak dapat aku menyiarkan di sini kerana hak cipta pelihara) yang menceritkan sebuah kisah benar yang berlaku pada seorang insan yang mungkin tidak masuk dek akal dan juga tidak diterima oleh kita umat Islam. Pertama kali aku mendengar dari isteriku, aku sendiri menjadi marah dan betul-betul merasakan begitu dekat betul akhir zaman.

Ceritanya begini…..

Ada seorang insan yang begitu lama tidak berjumpa dengan seorang rakan sekolah beliau, kali terakhir beliau berjumpa dengan sahabatnya adalah di bangku sekolah, semasa mereka berusia belasan tahun. Hendak ditakdirkan, beliau terserempak nama sahabat beliau di dalam sebuah laman sosial yang tidak asing lagi…. (FB)

Watak

Insan: Miss X
Sahabat: Miss Y

Terus Miss X menghubungi Miss Y dan mereka berjanji untuk bertemu. Maka mereka berjumpa di ibukota, keitka itu Miss Y membawa seorang teman lelaki. Sesudah mereka berbual mesra, Miss Y meninggalkan teman lelaki beliau, seraya di tanya oleh Miss X…

Miss X: “eh, boyfren kau macam mana, takan nak tinggalkan dia ja…..”
Miss Y: “alah takpe .. pandai la dia jaga diri, dah besar panjang … jom ikut aku…
Miss X: “kita nak pegi mana?”
Miss Y: “ikut kau pegi clubbing jap… aku janji tak lama, kejap jer…”

Lalu Miss X akur dengan pelawaan Miss Y, oleh kerana sekian lama mereka tidak berbual.

Miss X: “aku dengar citer kau dah kawen dengan orang kaya, betul ker?”
Miss Y: “mana kau dengar citer ni.. mana ada….”

Kemudian, terdengar deringan talipon, kelam kabut Miss Y menggeledah tas tangan beliau dan beralih jauh untuk menjawab panggilan tersebut. Lantas Miss X bertanya kepada Miss Y….

Miss X: “macam mana kita nak pegi.. dah pukul 12 tengah malam ni? kau drive ker?”
Miss Y: “tak yah susah-susah, nanti driver ambik, kita tunggu sekejap lagi sampai la tu…”
jawab Miss Y

Selang beberapa minit kemudian muncul dua buah kereta mewah; setiap kereta ada 2 lelaki sasa. Miss X menjadi bimbang, maklumlah dari awal lagi Miss Y seperti menyembunyikan status peribadinya.. Pelbagai persoalan bermain di kepala Miss X, apakah pekerjaan Miss Y? Apa sumber pendapatan Miss Y, sehinggakan kesemua perhiasan di tubuhnya mahal-mahal belaka?

Tanpa berlengah, Miss X hanya mengikuti segala gerak laku Miss Y. Setibanya di kelab malam, Miss Y membawa Miss X ke sebuah kawanan manusia yang berada di bawah samaran cahaya. Tiba-tiba ada suatu suara…

Lelaki: “Hai sayang…. You pegi mana? Kenapa You lambat? You tak mau temankan I minum? Marilah temankan I minum….”

Miss Y hanya membiarkan sahaja  lelaki tersebut merangkul pinggangnya dan membiarkan lelaki tersebut menggeselkan janggutnya di lehernya. Miss Y hanya ketawa kegelian, menolak manja sambil mengucup ciuman manja ke pipi lelaki tersebut.  Terpingnga Miss X melihatkan kelaku Miss Y. Kemudian mereka beredar ke satu sudut di mana lelaki tadi merembat menggomol gadis-gadis yang berada di situ. Lelaki tersebut bukan sekadar menggomol malah menyingkap skirt senteng sambil menjerit-jerit warna seluar dalam yang kelihatan. Miss Y hanya ketawa.

Miss X: “Babe … siapa lelaki tu?”
Miss Y: “Kalau kau nak tau, itulah suami aku… husband.. kau tau tak?”
Miss X: “Su…ami?!” …. Miss X seperti ternampak hantu kerana terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Miss Y.
Miss Y: “Hey .. come on la… ”
Miss Y: “Sorry .. ok.. cara kami memang macam gini .. understanding. I memang seorang isteri yang sporting …”

Miss X betul-betul terkedu dan menjadi kaku seketika mendengarkan penjelasan Miss Y. Belum habis kejutan yang beliau lalui, timbul pula satu lagi kejutan dari gaya hidup Miss Y.

Miss Y: “I sebenarnya tak kesah husband I nak menari dengan siapapun.. Bagi I, jadi isteri understanding lagi baik dari menjadi janda atau beristerikan lelaki yang miskin… Ni baru kes menari Babe .. belum citer pasal atas katil lagi ….”
Miss X: “apa maksud kau?”
Miss Y: “I pernah terserempak laki aku tidur dengan perempuan lain, bagi I inilah pelung untuk mencuba sesuatu yang baru…”
Miss X: “Kelainan yang macam mana?” … Miss X kelihatan binggung
Miss Y: “Alah …. yang tu pun tak paham… selalu kan kami berdua saja… nak jugak try yang baru, macam 2 lawan 1….”
sambil tersenyum sinis.

Kaku lidah Miss X mendengarnya .. seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Miss Y.

Miss Y: “kadang-kadang terbalik, 1 lawan 2… tapi selalunya husband aku bawa balik kawan, so… tetamu akan buka gelanggang, husband aku jadi penonton.. The best part is…husband aku join sekali.. You kena cuba ni… best tau….”

Miss X, bagaikan melayang nyawa mendengar kata-kata Miss Y, segenap pelusuk tubuh merasakan geli geleman dan jijik. Suami apakah yang membiarkan isterinya digauli oleh teman-teman sendiri …? Di sini, dapat di buat kesimpulan Miss Y sudah hilan pedoman, hilang arah hidup. Yang paling tidak  masuk akal apabila Miss Y membisik ke telinga Miss X,

“Life is short.. enjoy sementara ada”….

Wana’uzubillah .. dari cerita di atas, aku merasakan kini makin ramai yang telah hilang pedoman, hilang arah hidup… kesemuanya menjadi hamba Syaitan dan Iblis. Ini semua gara-gara kekayaan. Hati mereka telah dibutakan dengan kekayaan. Bukan aku bertujuan untuk memburukkan sesiapa ataupun menuding jari, tapi ini adalah kenyataan dan ianya berlaku disekiling kita. Namun tiada sesiapapun yang mampu mengahalangnya. Jika kita saksikan, banyak pusat-pusat hiburan diserbu oleh Jabatan Agama Islam Negeri, namun tetap banyak kes-kes sebegini berlaku. Adakah kita sudah tiba ke “Akhir Zaman”??

Begitu juga dengan kes-kes sihir, yang berluasa sekarang ini… ada beberapa bulan lepas aku mendapat berita bahawa seorang suami di sihir sehingga menemui ajal. Aku sendiri tidak faham mengapa masih ramai lagi yang menggunakan khidmat sihir hanya untuk memuaskan dendam dan amarah yang berbuku di hati. Hanya Allah SWT yang dapat mengungkapkan semua ini. Dia Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Berkuasa.

Semoga ALLAH swt mengampunkan segala dosa-dosa mereka yang sudah hilang di bawa arus kekayaan dan terlalu mengikutkan hawa nafsu, seperti firman Allah:

Surah Az-Zumar (39:53)

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Penulisan di atas diambil dari Majalah Eh! keluaran Oktober 2010
di dalam ruangan Kisah Benar (Kaya Tak Bertamadun)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s