Kenapa??


Assalamualaikum,

Dah lama juga aku tidak menulis, agak sibuk dengan kerja2 harian. Aku betul2 hairan dan masih mencari jawapan yang pasti bagi aku mengetahui apakah atau siapakah yang sering menganggu isteriku. Selagi lagi isteriku didatangi oleh makhluk halus, namun alku bersyukur kerana ada aku membeli sebotol air zam-zam yang telah dibacakan 3o juzuk al-Quran dan doa2 pilihan semasa aku menghadiri solat Sunat Tarawikh.

Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa2, tapi sepulangnya aku dari surau, selepas solat maghrib, aku merasakan seperti sesuatu yang tidak kena. AKu menjadi mengantuk dan betul2 kepenatan. Namun aku menidakkan dari berfikir sesuatu yang karut, mungkin juga aku kepenatan kerana menghadiri majlis pertunangan sepupu isteriku. Tapi dapat aku merasakan seperti sesuatu yang memang tidak kena dirumah. Anak2 ku seperti diam dan hanya bermain di dalam bilik mereka.

Tiba2 isteriku turun dari bilik atas dan menanyakan samada aku hendak makan malam atau tidak, aku berkatakan tidak kerana masih kenyang. Tapi wajah beliau seperti kemarahan. Sesudah beliau makan, isteriku terus naik ke atas dan masuk tidur. AKu bertanyakan kepada anak ke-3 ku, menurut Syahbil isterku sudahpun tidur. Sekali lagi aku menyangkal dari berfikirkan sesuatu yang tidak elok, mungkin isteriku juga keletihan.

Aku menonton tv untuk seketika, tapi di benak hati ini merasakan pasti ada sesuautu yang tidak kena pada isteriku, lantas aku mengambil keputusan untuk masuk tidur.. setibanya aku di pintu bilik kelihatan isteriku telahpun tidur. aku terus membiarkan sahaja dan terus mendapat talipon bimbit, kelihatan 5 SMS dan 1 “Missed Call”… owh.. rupanya ada mak dari kampung.. dalam salah satu dari SMS tersebut adalah dari isteriku, SMS tersebut:

“sori… saya nk tido dulu..saya rasa tak sedap… kaki rasa panas pastu rasa nak marah yang membuak2.. kalau ada apa2 kejutkan saya..”

setelah aku membaca SMS tersebut, terus aku mengejutkan isteriku, beliau seperti tidak dapat membuka mata beliau, beliau kelihatan seperti silau akan cahaya lampu bilik, aku dapat mengagak tentu ada sesuatu yang tak kena, berkali2 aku mengejut beliau baru beliau bangun namun seperti hayal.. aku menyuruh isteriku ke bilik air untuk membasuh muka beliau, sementara beliau di dalam bilik air aku terus ke dapur untuk mengambil air Tahfiz al-Quran.

lalu aku mencampurkan sedikit air tersebut dengan air masak biasa, lalu aku menyurh beliau meminumnya. pada mulanya beliau seperti tidak mahu memegang cawan tersebut namun aku paksa jua, sebelum beliau meminumnya aku menyuruh beliau berselawat terlebih dahulu, namun beliau seperti tidak mengendahkan, lalu terus minum akan tetapi beliau seperti tidak dapat meneguk air tersebut.

kelihatan kaki dan tangan beliau seperti kekejangan, namun aku tetap memaksa beliau meminumnya.. sambil aku berkata pada isteriku:

Aku: “Awak minum jer air tu, ingat Allah dalam hati, Dia Maha Esa, Maha Berkuasa ke atas segala makhluk di dunia ini, walau apa sekalipun kesemua kejadian adalah di atas kemahuanNya”…

dan akhirnya isteriku dapat juga menelan air tersebut, dan barulah kelihatan beliau seperti di dalam keadaan tenang. aku terus mengambil wuduk dan bersolat ‘Isyak..sesudah aku bersolat sekali lagi aku bertanyakan pada isteriku sadama beliau ok atau tidak? lantas beliau menjawab bahawa beliau merasakan amat berdebar2.. sekali lagi aku mengambil air Tahfiz dan dan mencampurkan dengan air masak, dan aku teringatkan pada kata2 sahabat ku iaitu bacakan surah Al-Fatehah dan selawat ke atas Nabi saw sebanyak 3 kali, sesudah itu aku berikan dapa isteriku..

sebentar tadi kelihatan beliau tidur dengan tenang, namun hanya untuk seketika, sedang aku melayari FB, kelihatan ibu jari kaki isteriku sedang bermain2.. kata aku pada diri ku, “Ish .. takan nak kena lagi ni..” terus aku memasang ayat2 suci al-Quran dari kumputerku, dan terus aku memilih surah Yaseen… barulah kelihatan beliau, relax …

entah la.. kenapa semua ini masih lagi terjadi di dalam keluargaku, apa salah keluargaku? apasalah isteriku? apa salah aku? sehinggakan perkara seperti ini sering berlaku… kadang2 aku menjadi seperti buntu dalam memikirkan apa yang terjadi..  tiba2 aku teringatkan pada sebuah buku yang aku beli berkenaan jin dan sihir, iaitu tulisan Dato’ Hj. Ismail Kamus.  Di dalam buku tersebut:

ABu Muhammad al-MUqaddasi di dalam kitabnya al-Kafi mengatakan:

Sihir itu adalah sesuatu jampi serapah yang memberi kesan kepada hati dan badan dan boleh membunuh dan memisahkan antara suami dan isteri. Sebagaimana firman Allah swt:

Surah al-Baqarah 2:102

Maksudnya:

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”

Lagi firma Allah swt:

Surah an-Nisa 4:51

Maksudnya:

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).”

Hubungan Syaitan dan Tukang Sihir

Seorang manusia tidak akan mampu menjadi tukang sihir melainkan apabila dia menjadi sahabat dan hamba kepada syaitan. Dengan itu, dia akan menjual dirinya kepada syaitan. Apa-apa jua perintah syaitan maka ia wajib dipatuhi. Dia juga akan memusuhi agama lebih-lebih lagi agama langit (samawi). Oleh itu, didapati ada tukang sihir yang mengoyak-ngoyakkan al-Quran, memijka al-Quran, meletakkan al-Quran di tandas untuk dikesatkan najis dengannya, menulis ayat al-Quran dengan benda najis dan sebagainya. Dia juga sentiasa melakukan perkara-perkara haram yang lain. Kesemua ini bagi mendapati keredhaan syaitan. Akhirnya syaitan akan bersedia menolongnya. Golongan itu sebagaimanayang disebut di dalam al-Quran:

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s