Insya Allah


Bismillahirrahman Nirrahim

Alhamdulillah, ketemu semula. Agak lama jua aku tidak menulis, begitu sibuk dengan tugasan harian dan juga sejak akhir2 ini banyak sungguh agenda, kepelbagaian sehingga tiada masa untuk menulis. Beberapa minggu yang lepas, meledak seorang penyanyi yang boleh diibaratkan seperti berdakwah dengan lagu2 yang mencirikan ketuhanan, memang tidak asing lagi Maher Zain. Seorang anak muda yang berasal dari Lubenon dan dibesarkan di Sweden.

Aku betul2 kagum dengan cara beliau, mungkin sesetengah orang akan menyatakan bagaimana seorang itu boleh berdakwah melalui lagu yang mungkin juga akan melalaikan kita. Namun bagiku, itu semua terpulang pada budi bicara sendiri. Pada aku, tidak salah selagi ianya tidak menyimpang dari Syariah Islam. Mungkin. Aku sendiri tidak pasti, ini adalah dari pandangan aku sendiri. Mungkin lepas ni kena buat “research” tentang berdakwah secara beliau.

Tapi jika secara logik, aku perhatikan dengan cara ini agak berkesan. Sebagai contoh, ahli keluargaku terutama anak-anakku, kelihatan sering mereka gemar mendendangkan lagu2 beliau. Dan adakalanya mereka ada bertanya padaku apakah maksud yang tersirat disebalik lirik tersebut, dan aku menyempurnakan hajat mereka dengan menerangkan setiap bait-bait kata lirik tersebut. Ada juga mereka memperdengarkan dendangan Ustaz Akhil Hayy dan secara tidak langsung, kini mereka boleh menghafal Asmaul Husna dengan lancar. Bukankah ini suatu yang bagus, jika tidak amat sukar bagi kanak2 untuk mereka menghafal Amaul Husna, pada zaman sekarang ini.

Di sini cuma sekadar ingin meluahkan apa yang aku fikirkan sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama. Berbalik pada Maher Zain, jika kita mendalami setiap lagu2 beliau, kesemuanya mempunyai cerita dan tauladan yang boleh kita amati bersama. Sebagai contoh lagu yang mendapat sambutan hangat, Insya Allah. Malah lagu ini dialih bahasa ke dalam 4 bahasa; Perancis, Arab, Turki dan Inggeris. Bayangan betapa ramai umat manusia yang mendengar lagu tersebut, mungkin juga terbukanya hati seseorang untuk memeluk Islam dengan mendengar nasihat dari lagu tersebut. Mungkin. Wallahu ‘Alam.

“Insya Allah”, bagiku sebuah lagu yang menceritakan atau lebih tepat mengajak kita agar tidak cepat berputus asa dan senantiasa mengingati pada Nya, Allah SWT. Dari apa yang aku amati pada video klip lagu tersebut memang tepat ianya lebih tepat mengajak kita supaya kembali kepadaNya. Memang jelas kelihatan sekarang lebih ramai atau banyak teman2 yang menge”Post” di laman Facebook menjurus kepada keTuhanan. Alhamdulillah, bagi mereka yang mengambil iktibar.

Aku memohon maaf jika penulisan aku kali ini agak kasar bahasanya, bukan niatku tapi sekadar ingin aku melepaskan apa yang terpekung di dalam dada ini. Aku sendiri masih lagi belum cukup ilmunya.  Seperkara lagi, aku sendiri seperti berada di dalam dilema, baru2 ini ada sesuatu yang berlaku pada diriku. Perkara tersebut cukup menyadarkan aku, aku berjanji untuk lebih mendekatiNya. Aku betul bersyukur kehadratNya. Alhamdulillah ..

Acap kali dikau kecundang
Dikala di dalam kekeliruan
Terasa diri kekosongan
Kegelapan Menyelubungi
Seperti pekat malam
Diri terasa usang

Usah putus asa, usah merasa kecewa
Allah senantiasa berada di sisi

Insya Allah, Kita ketemu jalannya

Setiap kesilapan, setiap dosa
Rasa seperti sudah tiada guna
Seakan tiada guna bertaubat
Kekeliruan, Keputusan secara melulu
Menghantui diri dan terasa hina

Usah putus asa, usa merasa kecewa
Allah senantiasa berada di sisi

Insya Allah, Kita ketemu jalannya

Kembalilah padaNya
Dia senantiasa berada di sisi
Tawakallah padaNya
Berdoalah, pohon kepadaNya

Ya Allah,

Tunjuki jalan yang lurus
Ketikaku di dalam kesesatan

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s