Sentuh Anak Yang Berhadas


Assamualaikum,

Baru-baru ini ada aku membeli sebuah buku yang berjudul “Mutiara Akidah & Ibadat” sebuah penulisan oelh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Iaitu sebuah buku yang menerangkan secara ringkas perkara-perkara yang wajib diketahui oleh muslim berkenaan akidah & ibadat. Banyak yang dapat aku pelajari dari buku ini.

Cuma di sini ingin aku berkongsikan sesuatu yang bagi aku adalah satu perkara yang mungkin kebanyakkan adri kita tidak tahu dan bagaimana caranya, iaitu apakah yang perlu dan boleh kita lakukan apabila ketika kita bersolat dan tersentuh anak kita yang berhadas.

Menurut mazhad Syafie, hukumnya tidak membatalkan solat. Imam an-Nawawi juga menegaskan di dalam Rawdah at-Tolibin dengan katanya,

“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak) tetapi benda suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka solatnya tidak terbatal”.

Alasan tidak membatalkan:

  1. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggung. Jika secara langsung, solat akan terbatal tetapi tidak wuduknya. Manakala, najis itu perlu dibasuh dan tidak perlu memperbaharui wuduk.
  2. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menganggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, itu tidak mengapa kerana mereka bukan najis tetapi hanya menanggung najis. Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak itu, iaitu mendukungnya atau belakang dipanjat semasa sujud atau duduk di atas riba ketika tasyahud akhir

Akan tetapi, jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk peristiwa ketika para sahabat bersolat bersama Nabi s.a.w dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka, “Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar kamu?”. para sahabat menjawab, “Kerana kami melihat kamu melakukannya.” Nabi menjawab, “Telah datang kepadaku malaikat Jibril a.s lalu memberitahu bahawa, pada seliparku teredapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu)” – Riwayat Abu Daud

Jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. Semoga kita mendapat satu ilmu yang baru di dalam perkara di atas. Mungkin ada sesetengah sudahpun mengetahui namun bagiku, tidak kesemua kita yang mengetahuinya.

Nota:

Penulisan di atas diambil dari buku Mutiara Akidah & Ibadat (penulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s