Demi waktu Dhuha


Assalamualaikum,

Sambil2 aku bersantai sesudah aku menunaikan solat ‘Isya, teringat pula aku pada sebuah buku yang aku baru beli iaitu “Formula Solat Sempurna” hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Sebenarnya dah agak lama aku menanti buku tersebut. Kerana dari sedikit keterangan mengenai buku tersebut membentangkan cara2 solat yang disunnahkan oleh Nabi s.a.w. Entah mengapa aku kini lebih suka membaca buku yang begitu menjurus kepada keagamaan?

Aku betul2 bersyukur kehadrat-NYA kerana benar2 telah membuka pintu hati yang telah sekian lama tertutup di dalam kejahilan. Malah kini aku betul2 merasakan banyak benar yang aku ingin mempelajari berkenaan Islam. Kadang2 aku terfikir, aku hanyalah beragama Islam tapi hanya pada nama, sebaliknya aku buta, tidak tahu menahu langsung dan kebanyakkan ibadah ayng aku cuba buat adalah berdasarkan ikut-ikutan dan tidak mengikuti sunnah Nabi s.a.w.

Sedang aku mentelaah buku tersebut, terlintas difikiranku, aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.a.w. Ada suatu ketika dahulu, aku benar2 mengalami zaman kemelesetan ekonomi. Aku dan isteriku terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki, menebalkan muka berhutang sana sini. Hinggakan ada yang bersuara, aku dan keluargaku ini macam tak pernah cukup jika dikira pendapatan yang aku dan isteriku terima. Namun aku dan isteriku hanya menebalkan muka dan memekakkan telinga.

TIba saat yang aku sendiri tidak menyangka akan terjadi dimana aku diberhentikan kerja, aku betul2 binggung pada ketika itu. Namun dengan kuasa Allah s.w.t yang maha Mengasihani, Maha Mengetahui aku telah ditemukan dengan Solat Sunat Dhuha. Pertama kalinya aku mendengar Solat Sunat Dhuha, aku cuba mempraktikkannya. Ada juga sahabatku memberitahu aku ada banyak hikmah disebalik Solat Sunat Dhuha, malah mak aku sendiri ada mengerjakannya. Dari apa yang aku perhatikan adalah dari segi kemurahan rezeki, ianya datang secara tidak semena-mena. Dan kini ianya telah menjadi satu rutin buat diriku dan juga menjadi satu amalan.

Solat Sunat Dhuha, adalah mempunyai satu keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t sepertimana firmanNya:

“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi, (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik), Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya, Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.” Surah Ad-Dhuha (93:1-5)

Malah ianya antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah s.a.w sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :

”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ).

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ).

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

Cara-cara Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8:00pagi hingga jam 11:00 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari 2 rakaat hingga 12 rakaat. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

  1. Niat dalam hati dengan berkata, “Sahaja aku Solat Sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala “
  2. Takbir
  3. Baca Doa Iftitah
  4. Baca Surah al-Fatihah
  5. Baca Surah As-Syams atau boleh dibacakan Surah Ad-Dhuha
  6. Takbir dan rukuk
  7. Iktidal dan bacaannya
  8. Sujud dan bacaannya
  9. Duduk dan Bacaannya
  10. Sujud dan bacaannya
  11. Bangun rakaat kedua dengan takbir.

Rakaat Kedua

  1. Baca surah al-Fatihah
  2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih atau boleh dibacakan Surah Al-Ikhlas
  3. Takbir dan rukuk
  4. Iktidal dan bacaannya
  5. Sujud dan bacaannya
  6. Duduk dan bacaannya
  7. Sujud dan bacaannya
  8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
  9. Salam Penutup

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki. Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah. Sesudah selesai memberi salam bacakan boleh dibacakan doa seperti berikut:-

Doa Solat Sunat Dhuha

Maksudnya:

“Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikkan ialah kecantikkanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kapada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

Surah Ad-Dhuha (mp3 format)

Surah Asy-Syams (mp3 format)

Sama-samalah kita menjadikannya sebagai satu amalan harian, insya Allah moga-moga kita mendapat keberkatanNya …

Sumber-sumber diperolehi dari:

http://solatsunatdhuha.blogspot.com/

Solat Dhuha Adalah Kunci Rezeki

al-quran.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s