Contoh Dosa Harta Seorang Pekerja


Assalamualaikum,

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, tentu kita semua pernah melakukan beberapa perkara yang bagi kita ianya adalah biasa tidak sama sekali menyangka ianya adalah satu dosa. Ada saya terbaca di dalam sebuah buku yang saya beli, iaitu “Formula Solat Sempurna” sebuah penulisan oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman.

Formula Solat Sempurna - Ust. Zaharuddin Abd. Rahman (Keluaran Telaga Biru)

Di dalam buku ini ada menerangkan cara-cara solat mengikut Sunah Nabi saw. Bagiku ia adalah sebuah buku yang patut dimilikikerana ada beberapa perkara yang mungkin kita sendiri tidak pernah terlintas atau telahpun melakukan kesilapan ada diterangkan didalam buku tersebut.

Namun di dalam bab terakhir, ada menceritakan punca kita tidak dapat khusyuk semasa bersolat, dan ada di antaranya yang ingin aku kongsi bersama adalah seperti tajuk di atas, dan berikut adalah contohnya:

  1. Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan lain-lain yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  2. Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.
  3. Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja. Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.
  4. Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan. Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.
  5. Rasuah dalam membuat pemilihan. Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan khas. Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam Islam.
  6. Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada satu syarikat yang dikenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada empat syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quoatation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
  7. Menaikkan harga. Seseorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM2000, lalu baki RM500 diambilnya. Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.
  8. Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut Islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B. Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam Islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan Islam.
  9. Tuntuan Palsu. Kakitangan membeli barangan keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas. Hukumnya adalah HARAM menurut Islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak membekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.
  10. Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu. Hukumnya adalah HARAM dalam Islam kerana PENIPUAN.
  11. Ambil Untung Sendiri. Pegawa diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM4000 sahaja. Bagi mendapat manafaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad saw. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jia ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikkan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

Nescaya ramai di antara kita ada melakukannya. Malah aku sendiri tidak terkecuali, namun jika ada, maka kita patut bertaubat dan memohon ampun dari Allah swt di atas segala dosa yang telah kita lakukan. Dari contoh dosa-dosa di atas adalah penyebab hati kita dimatikan dan hilanya khusyuk solat. Maka jauhilah.

Sumber bacaan: Formula Solat Sempurna (Ust. Zaharuddin Abd. Rahman)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s