Sedih


Entah, kenapa tiba2 aku merasakan begitu sedih… Sedih kerana semakin hari aku mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak teman2 ku menolak diri ini. Mungkinkah aku ini keterlaluan dalam menunaikan ibadat? Aku sendiri tidak dapat menilainya, sememangnya kita tidak dapat menilai segala kebaikan dan keburukan diri sendiri.

Teruatama keburukan, ini hanya terserlah di mata kaca orang sekeliling. Memang aku akur kadang2 aku agak keterlaluan dalam menunaikan ibadah, adakalanya ada aku terpakasa bergegas pulang ke rumah sekiranya ada ceramah/kuliyyah Maghrib. Katakanlah aku berkerja di Kuala Lumpur, yang mana segala pelusuk jalanaraya dipenuhi dengan kenderaan, nescaya akan berlaku kesesakan lalulintas.

Bukannya di sini aku ingin menunjuk2 atau riak, cuma aku merasakan selama ini aku di dalam kerugian, kerugian dengan masa dan usia yang telah Allah swt kurniakan kepadaku dengan terbuang dengan begitu sahaja. Namun aku bersyukur terhadap-Nya kerana telah menunjukkan aku jalan yang lurus. Cuma kini aku merasakan begitu sedih, kenapa mesti kita memandang jelak ataupun memandang sebelah mata jika seseorang itu ingin semula kembali kepada pencipta-Nya.

Telah lama aku perhatikan, sememangnya begitu. Disebabkan itulah ramai dikalangan kitqa yang telah lalai dan alpa dengan tujuan sebenar kita dilahirkan di dunia ini. Terutamanya tiang agama, dulu sememangnya aku langsung tidak peduli akan Solat, hinggakan ketika azan berkumandang, aku hanya membiarkannya sahaja. Kadang2 aku tertanya2 pada diriku sendiri, mengapakah dulunya aku tidak sebegini rupa?

Usia remajaku hanya dihabiskan pada keseronokan. Tidak langsung aku terfikir untuk menghamba diri pada-Nya. Aku betul2 merasakan aku berada di dalam kerugian. Semua ini berubah tatkala ada beberapa perkara yang berlaku pada diriku. Perkara yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Namun sekali lagi aku bersyukur kehadrat-Nya, kerana aku menginsafkan aku.

Kini aku mempunyai misi tersendiri, iaitu aku ingin menjadikan keluarga sebuah keluarga yang mendapat barakah dari-Nya. Aku akan cuba sedaya-upaya untuk mengubah setiap ahli keluarga agar kembali kepada-Nya. Insya Allah.

Seperkara yang aku begitu sedih ialah, laman web sosial (FB). Sudah tentu ramai yang menpunyai akaun, dan ramai yang sanggup bersengkang mata hanya untuk melayaninya. Tapi pernahkah kita terfikir, masa yang terluang di penuhi dengan sesuatu yang berguna. Maksudku seperti mengingati-Nya. Banyak ceramah2 dan kuliyyah yang aku dengari dan aku kunjungi, banyak yang dapat kita lakukan untuk mengingati-Nya.

Entahlah … bukan aku ingin berceramah, kerana diri ini juga belum cukup untuk menceramah pada orang. Cuma tatkala aku menbaca buku2 agama dan melayari laman2 web yang menjurus kepada keTuhanan, aku menjadi takut. Takut adakah diri ini sempat bertaubat kepada-Nya? Adakah taubatku ini diterima-Nya? Bagaimanakah keadaan aku di sana nanti? Di manakah tempatku di sana? Hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada-Nya dan juga kepada sesiapa yang membaca atau melewati laman blog ini. Jika aku ada terkasar bahasa atau melampui batasan. Bukan niatku untuk riak dan sombong, cuma aku menjalankan tugas sebagai seorang Muslim, mengingati sesama kita. Moga Allah swt memberi barakah kepada kita. Insya Allah …..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s