Adakah kita tergolong?


Asssalamualaikum,

Alhamdulillah, ingin aku memanjat kesyukuran kehadrat Allah swt. Akhirnya segala penat lelah aku kini tercapai jua cita2ku. Selama ini aku bersengkang mata memahirkan diri dalam bidang yang amat aku minati iaitu Web Design/UI Design, dan ianya terbalas jua. Baru seminggu aku memulakan jawatan baru di sebuah syarikat yang aku sendiri tidak pernah impikan untuk memegang jawatan tersebut.

Sebentar tadi sementara menunggu isteriku membeli makanan untuk makan malam, aku ternampak satu artikel yang begitu memeranjatkan aku, iaitu “Poster Lelaki Wali Perempuan“. Setelah aku membaca keseluruhan ceritanya, aku menjadi begitu sedih. Mengapa begitu jahilnya umat Islam sekarang ini yang begitu cepat percayakan dan sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hawa nafsu.

Adakah, mereka mengikut sahaja kata2 seseorang yang mengaku bahawa dirinya mempunyai kuasa untuk berhubung secara ghaib dengan seorang wali. Mengapa begitu sekali? Jika kita perhatikan, begitu senang sekali mereka tertipu sedemikian rupa, bayangkan tatkala Dajjal turun ke bumi. Wana’uzubillah ….

Entahlah, semakin hari semakin banyak perkara yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran berlaku. Adakah ini semua tanda2 akhir zaman? Adapun aku ketemui sebuah laman web yang membolehkan aku memuatturun satu fail yang bertajuk “40 Hadis Tentang Perisitwa Akhir Zaman”.

Jika diteliti kesemuanya tepat dengan apa yang kita lalui sekarang ini. Banyak perkara yang disabda oleh Nabi saw kita telah atau sedang berlaku di zaman ini.  Sebagai contoh :-

HADIS 13: ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yangbaik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”. (Riwayat Thabrani)

Jika kita renungkan hadis di atas, Rasulullah ada bersabda bahawasa tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang mnjadi punca kemarahan ibubapanya. Sebagai contoh, kebanyakkan remaja sekarang ini sudah tidak dapt dibendung lagi. Gejala sosial sekarang ini sudah seperti perkara biasa, jika kita perhatikan di ibukota, di dalam keadaan terang2 mereka melakukan maksiat, meneguk arak seperti meneguk Coca-Cola.

Di manakah perginya perasaan takut pada Allah swt? Siapakah yang perlu dipersalahkan. Aku sendiri kini di dalam ketakutan, kerana aku sendiri mempunyai 4 cahaya mata dan kesemua mereka adalah lelaki. Aku takut, aku takut mereka juga kan menjadi sedemikian jika tidak diberi perhatian dari sekarang. Baru2 ini ada terpampang di dada akhbar mengenai seorang anak yang sanggup ingin menolak ibu sendiri dari tingkat 14 kerana marah akan teguran ibunya.

Kemanakah perginya “Syurga di bawah telapak kaki ibu”? Adakah ianya hanya tinggal kata2. Kemanakah hilangnya kesucian seorang ibu, yang menanggung kesakitan, bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Tatkala aku membaca berita tersebut aku merasakan begitu sedih dan marah. Tergamak seorang ibu diperlakukan sedemikian rupa. Malah si ibu sanggup menarik balik laporan polis, demi sayangnya beliau terhadap anaknya.

Satu lagi tajuk di dalam himpunan hadis tersebut yang begitu meraik perhatianku adalah:-

HADIS 14: DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bilaia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatulubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian(pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atauorang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akanmencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”. (Riwayat Baihaqi)

Sememangnya, perkara2 yang di dalam hadis di atas berlaku di zaman ini. Kebanyakkan dari kita terlalu mengikut kata2 orang sekeliling kerana takut dihina, dicerca, diherdik namun adakah kita semua sedar bahawa itu semua adalah sementara, bagaimana pula dengan hinaan, cercaan dan herdikan Allah swt terhadap kita di hari pembalasan kelak. Yang mana lebih azab, di dunia atau di akhirat.? Aku juga ingin berpesan pada diriku, dan juga aku juga berpesan pada isteriku, biarkan mereka asalkan makan pakai kami sekeluarga cukup itu sudah memadai.

Jika diikutkan, kebendaan di dunia ini tidak pernah cukup, kesemua yang ada mesti ada saja kurangnya. Namun itu semua adalah sementara. Dari membuang waktu dan berkejarkan keduniaan hingga lupa akan fitrah kita sebagai manusia di muka bumi adalah lebih baik kita menghambakan diri pada-Nya. Kita semestinya mengimbangi di antara dunia dan akhirat. Itulah yang sering dipesan oleh sahabat2 ku.

Bukan niatku untuk berceramah mahupun berleter, cuma aku ingin berpesan kepada diriku dan kita semua agar kita tidak alpa dan lupa. Sebelum aku mengakhiri penulisan ini ingin mengucapkan Salam Aidil Adha, aku berkongsi bersama:-

Tujuh Wasiat Rasulullah Kepada Umatnya

“Dari Abu Dzar ra. Ia berkata : saya diberi wasiat oleh kekasihku iaitu Nabi Muhammad SAW dengan tujuh macam perkara iaitu :

  1. Mencintai orang-orang miskin dak mendekatkan diri kepada mereka.
  2. Memandang kepada orang yang keadaannya di bawah saya dan tidak memandang kepada orang yang berada di atas saya.
  3. Menyambung atau mempererat kekeluargaan sekalipun keluarga saya itu menjauhi saya.
  4. Memperbanyak ucapan “Laa HauLa Wa Laa Quwwata Illa BillaH (Tiada Daya dan Tiada Kekuatan Melainkan Dengan Pertolongan AllaH)”.
  5. Saya harus berkata yang hak atau benar sekalipun dirasakan pahit.
  6. Tidak boleh saya mengambil risiko menentang agama Allah terhadap celaan orang yang suka mencela.
  7. Jangan sampai saya meminta sesuatu kepada orang lain.”

(Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Adakah  kita tergolong di dalam hadis2 di atas, renungkanlah ….. Assalamualaikum wbt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s