Buat Kesedaran Bersama


Assalamualaikum,

Semasa di dalam perjalanan pulang, sempat aku berbual-bual mesra bersama isteriku. Apa yang menarik adalah beliau menceritakan bahawa semasa beliau menunggu kedatanganku untuk menjemput beliau sempat beliau bersama teman beliau membuka sebuah laman blog yang menunjukkan sepasang remaja Muslim, bercium di bibir jalan raya di sekitar KLCC. Ya! Pasangan MUSLIM, ISLAM!!!

Alangkah terkejutnya aku mendengarnya. Menurut isteriku, video tersebut tersebar di dalam FB oleh sebuah siaran radio yang terkenal di ibukota (nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Aku seperti tersentak dengan penjelasan beliau. Sekali lagi aku menanyakan kepada beliau mengenai kesahihan rakaman vidoe tersebut. Lantas beliau mengakuinya.

Setibanya aku di rumah, terus aku mencari video tersebut, dan memang benar. Aku begitu sedih dengan rakaman video tersebut. Di manakah arah remaja kita sekarang. Di manakah perasaan malu? Sanggup secara terang-terangan mereka berkelakuan sedemikian. Yang menjadikan lebih sedih adalah si gadis yang memulakannya. Malah rakan2 si teman lelaki siap bersorakan kegembiraan. Di sini di manakah letaknya air muka ibu bapa, jika diketahui oleh kedua-duanya.

Namun, persoalanku ini di sangkal oleh isteriku dengan tersebarnya sebuah berita mengenai ada ibubapa yang bersekongkong membenarkan anak gadis mereka tidur bersama teman lelakinya di rumah mereka sendiri. (Harian Metro 10/11/2010) Apakah yang sedang berlaku? Jika diselami dan diperhatikan, mungkin benar inilah petanda akhir zaman. Bagaimana jika ibubapa sendiri tidak dapat membezakan di antara halal dan haram.

 

Surah Luqman (31:33)

 

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.”

Sepekara ingin aku berkongsi adalah semasa aku keluar makan tengahhari tadi, seorang teman pejabatku ada bertanya kepadaku apakah ianya satu dosa jika seorang wanita Muslim tidak memakai tudung. Aku begitu terkejut dengan soalan beliau kerana beliau adalah seorang Cina. Lalu aku menerangkan kepada beliau mengenai dosa dan hukumnya. Apa yang memeranjatkan aku adalah dari jawapan yang keluar dari bibir beliau, beliau mengatakan jika ianya adalah satu dosa besar, mengapa mereka sanggup melakukan demikian, tidakkah mereka takut pada hukuman tuhan. Aku begitu malu dan aku hanya mampu mengangguk bersetuju dengan penjelasan beliau. Kini kerap aku mendapati kebanyakkan bukan Islam mempertikaikan tentang hukum agama yang lebih menjuruskan kepada pemakaian tudung, berpakaian seksi dan sebagainya.

Ianya seolah-olah seperti satu tanda tanya buat mereka, di mana sekarang ini terlalu ramai kaum Muslim yang kini sudah tidak lagi mengendahkan hukum agama, iaitu Halal Haram, Dosa dan Pahala. Aku betul2 sedih, dan malu, kerana aku sendiri adalah seorang Muslim. Dan soalan2 yang ditujukan adalah seperti tamparan hebat pada ku. Lantas di sini ingin aku berkongsi sesuatu di mana ianya juga buat diriku sendiri:-

Bacaan Talkin

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s