Zekr – Perisian Pembelajaran Al-Quran


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sebentar tadi selesainya tugasan aku, aku melayari internet dan aku terjumpa sebuah laman web mengenai perisian pembelajaran Al-Quran. Aku pun memuatturun dan mencuba perisian tersebut. Nama perisian tersebut adalah “Zekr” dan ianya sebuah projek “Open Source” ini bermakna ianya adalah percuma. Semasa aku mencubanya, aku merasakan ia adalah satu perisian yang agak menarik dan adalah elok jika kita dapat memilikinya. Dari segi “Interface” dan penggunaannya adalah sangat mesra pengguna.

Selain dari kita belajar mengaji secara elektronik, ia juga memuatkan beberapa fungsi yang menarik di mana kita dapat mencari maksud setiap ayat dan perkataan Arab di dalam terjemahan yang boleh kita memuatturun sendiri dari laman web tersebut. Pemprosessan enjin pencariannya agak cepat. Pengguna dapat memperdengarkan bacaan Al-Quran dari beberapa qariah yang terkenal seperti:-

  1. Saad Al-Ghamdi
  2. Abdul Rahman Al-Sudais
  3. Mohammed Siddiq Al-Minshawi
  4. dan boleh memuatturun qariah lain….

Sebagai contoh, di dalam kotak carian, pengguna ingin mencari apakah ayat/surah yang berkenaan dengan dosa:

Keputusan carian

Di sini juga aku ada sertakan beberapa “screenshots” sebagai contoh perisian tersebut:-

Laman Utama

Pilihan Surah

Pilihan Terjemahan

Pilihan Qari

Anda boleh mendapatkan perisian ini dari laman utama, atau dari link di bawah,

Zekr Package – Window X86/32bit (termasuk terjemahan Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia)

Zekr – Window X64

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s