Syarat-syarat & Teknik


Solat  re-touch

Image by ©Shaza79 via Flickr

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan pejabat, hanya tinggal satu lagi sahaja yang perlu diperbetulkan. Sambil aku berehat, aku mentelaah senaskah buku yang aku beli yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus. Bagiku ia adalah sebuah buku yang menerangkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh kita sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun isi kandungan buku tersebut boleh dikatakan sebagai asas untuk hidup bersyariat, namun bagiku ianya telah memberi serba sedikit ilmu bagi kami sekeluarga.

Di sini ingin aku berkongsi beberapa perkara atau syarat yang mana bagiku patut kita jadikan sebagai amalan.

Teknik Khusyuk Dalam Solat

  1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah. (yang paling afdal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supay tidak timbul kebimbangan dalam solat
  5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri
  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati
  8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup
  9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya
  10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita
  11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir
  12. Sebelum mengangkat takbir, membaca Surah Al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan unutk menjauhkan gangguan syaitan
  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat
  14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat
  15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud
  16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat
  17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

Image by ©mia sarah via Flicker

Syarat-syarat Berdoa

  1. Dalam keadaan berwuduk
  2. Dalam keadaan menutup aurat
  3. Menghadap kiblat
  4. Dalam keaddan khusyuk dan tawaduk
  5. Tidak tergesa-gesa
  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah
  7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW
  8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan
  9. Diakhiri dengan selawat dan salam
  10. Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu

Waktu Yang Baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan)
  2. pada hari Arafah (9 Zulhijjah keitka jemaah haji wuquf di Arafah)
  3. Pada bulan Ramadan
  4. Pada malam Jumaat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
  7. Pada tengah malam
  8. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)
  9. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
  10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
  11. Pada waktu sahur (sebelum fajar)
  12. Sesudah berwuduk
  13. Ketika orang azan untuk solat
  14. Antara azan dan iqamat
  15. Ketika orang mengucapkan iqamat
  16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
  17. Dalam pertempuran di medan perang
  18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu
  19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
  20. Ketika sedang membaca al-Quran
  21. Setelah tamat membaca al-Quran
  22. Ketika minum air zamzam
  23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)
  24. Pasa saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untun menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam
  26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
  27. Pada waktu turun hujan

Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah swt… Insya Allah…

Sumber bacaan: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato’ Ismail Kamus/Mohd Azrul Azlen Ab Hamid)

2 thoughts on “Syarat-syarat & Teknik

  1. Salam Ziarah; Syukran atas catatan nama saya mengenai surah Al Qiyamah…. teruskan apa yang baik….moga kita mendapat rahmat dariNya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s