Mana Lebih Dahulu, Jin atau Manusia?


Own Photograph

Image via Wikipedia

Assalamualaikum,

Sambil2 bersantai di rumah, aku mentelaah sebuku buku, iaitu, “Jin: Hakikat & Pengubatan” hasil penulisan Dato’ Hj Ismail Kamus. Aku begitu tertarik dengan tajuk iaitu “Mana Lebih Dahulu, Manusia atau Jin?”. mungkin di antara kita mungkin telah mengetahuinya, namun ingin aku berkongsi bersama di sini sebagai menambah ilmu kita bersama.

Mana Lebih Dahulu, Jin atau Manusia

Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan bahawa jin dicpta terlebih dahulu berbanding manusia.

Firman Allah:

Surah al-Baqarah : 34

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

Iblis termasuk di dalam kelompok jin, ini adalah berdasarkan peristiwa kenabian Nabi Adam a.s yang menunjukkan bahawa jin dicipta terlebih dahulu.

Fiman Allah:

Surah al-'Araf : 12

Maksudnya: “Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.””

Iblis enggan sujud ketika ia diperintahkan berbuat demikian disebabkan katanya api lebih mulia daripada tanah. Kononnya ia mengetahui tentang kelebihan api daripada tanah. Hal ini menunjukkan bahawa ia dicipta terlebih dahulu.

Firman Allah:

Surah al-Hijr :26-27

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”

Ini menunjukkan dengan nyata bahawa jin dicipta sebelum kejadian Adam a.s. Seperti firman Allah yang berikutnya:

Surah Adh-Dirayat :56

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Dalam ayat ini disebut perkataan JIN terlebih dahulu menunjukkan bahawa jinlah yang diciptakan terlebih dahulu. Yang menjadi perbincangan ialah berapa lamakah jarak di antara dua makhluk ini. Ibn Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah Wan Nihayah Juz 1 menagtakan jaraknya ialah selam 2 ribu tahun. Begitu juga al-Syibli di dalam kitabnya Akamul Marjan mengataka jaraknya ialah 2 ribu tahun manakala setengahnya mengatakan bahawa jaraknya selama 40 tahun.

Walau bagaimanapun, tempoh yang sebenar tidaklah diketahui kerana jarak yang disebutkan itu menurut itjihad belaka yang tidak terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah maka kita serahkan sahaja kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Sumber: JIN Hakikat & Pengubatan – Dato’ Ismail Kamus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s