2 Dalam 1


Assalamualaikum,

Entah mengapa, dalam banyak2 masjid telah aku bersolat, semuanya tidak sama apa yang aku rasakan sepertimana aku bersolat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tatkala aku bersolat di sana, seperti ada suatu aura yang sukar untuk digambarkan dengan kata2.

IMAG_0606Seperti mendapat satu ketenangan ketika bersolat di sana, dari mulanya berwuduk, kemudian menjejakkan kaki ke dalam dewan solat. Suasananya begitu tenang dan nyaman. Boleh dikatakan seperti berada di suatu tempat yang sungguh indah dan menyenangkan.

Boleh diibaratkan seperti berada di sebuah kepulauan yang begitu asyik dengan deruan ombak memukul pantai, angin laut yang dingin. Begitu sekali aku rasakan. Bukannya maksud aku di sini seperti mempromosikan Masjid Wilayah, tapi ingin aku kongsikan apa yang aku rasakan.

Boleh dikatakan, setiap kali aku ke sana, Imamnya pasti bertukar2 dan hampir kesemunya adalah di kalangan Imam Muda. Malah bacaan surah mereka begitu sedap sekali. Dari apa yang aku amati, kebanyakkan masjid2 terutamanya di KL dan Selangor, Imamnya adalah Imam Muda. Sepertimana aku menyempurnakan solat Jumaat tengahari tadi di Masjid As-Syakiri, Bandar Utama. Katib dan Imamnya juga muda, tak silap aku di dalam lewat 20an.

Kadang2 aku merasakan ada eloknya juga jika imam2 muda ini dipertengahkan, agar dapat memberi tauladan kepada generasi sekarang di mana kebanyakkan remaj2 kita sudah hanyut. Hanyut jauh entah ke mana. Seperti kejadian semalam semasa aku dalam perjalanan pulang dari kerja.

Di Sg Besi berhampiran dengan Balai Polis Sg Besi, jika kita melalui lebuh raya dari Kg Malaysia terdapat sebuah apatment yang bertentangan dengan stesen LRT Sg Besi. Kebanyakkan dari mereka akan melintasi lebuh raya ersebut untuk menuju ke stesen LRT Sg Besi, dan lebuh raya tersebut memang sangat sibuk ketika waktu puncak. Ada sorang remaja, sedang melintas dan tidak menghiraukan pengguna jalan raya. Nak dijadikan cerita ketika itu ada sebuah Proton Waja, sedang meluncur laju. Umur remaja tersebut masih panjang kerana pemandu tersbut sempat mengenakan brek, lalu beliau membunyikan hon.

Remaja tersebut dengan selambanya melambai tanda tangan, pasti anda tahukan simbol lucah terhadap pemandu tersebut. Lantas pemandu tersebut memberhentikan kendaraan beliau di bahu jalan, kemudain anda fikirkanlah apa yang terjadi.

Kenapa semakin lama, semakin ramai di antara remaja kita yang begitu kurang ajar. Seperti mereka ini sudah tidak punya adab dan kesopanan. Namun apa yang menyedihkan, ibubapa yang dipersalahkan. Kadang2 aku merasakan ada benarnya, kebanyakkan ibubapa memandang rendah dalam adab kesopanan anak2 mereka. Mereka membiarkan sahaja apa yang diperlakukan oleh anak2 mereka. Kadang2 seperti mereka merasakan megah jika anak2 mereka berperangai sedemikian.

Inilah yang menyebabkan kadang2 aku menjadi takut dengan telatah dan perangai anak aku sendiri. Mungkin juga pergaulan di antara mereka sendiri atau adakah ini semua adalah perkara2 yang menunjukkan bahawa kita berada di akhir zaman, Seperi hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun
mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.

Kini aku hanya mampu berdoa agar Allah s.w.t memelihara naka2ku dari semua ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s