Pembahagian Rasukan


Assalamualaikum,

Mungkin kita semua pernah mendengar mahupun mengalami peristiwa rasukan. Pelbagai cara dan ragam rasukan yang kita pernah dengan dan lihat, antaranya histeria, sampuk, terkena malah ada juga yang terkenan.

Namun semua itu adalah di antara kerja2 jin dan syaitan. Namun masih ada sesetengah daripada kita yang tidak percaya bahawasanya terdapat perkara sebegini. Bagi aku, aku sendri pernah berdepan dengan perkara sebegini dan juga aku sendri berinteraksi dengan “makhluk” tersebut.

rasukIanya terjadi pada isteriku, beberapa bulan yang lalu. Pada mulanya aku sendiri merasakan ianya adalah seperti satu perkara mainan, namun setelah beberapa kali ianya berlaku barulah aku sedar ianya adalaha benar. Sejak dari peristiwa tersebut pelbagai cara aku cuba untuk mengubati isteriku sehinggakan aku nyaris syirik ke Allah s.w.t.

Akhirnya aku bertemu dengan sahabat lama di kampung dan kini Alhamdulillah sudah ada banyak perubahan. Sejak dari peristiwa tersebut juga aku kini lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Merujuk kepada buku yang aku perolehi, hasil penulisan Dato’ Ismail Kamus, terbitan Telaga Biru, terdapat pembahagian rasukan dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Pembahagian Rasukan

  1. Secara menyeluruh, jin memasuki dan menguasai keseluruhan badan sehingga orang yang sakit itu melupakan dirinya baik dari segi kebersihan dan sebagainya. Dia suka duduk bersendirian, duduk di tempat gelap. berderkatan dengan kubur, tempat pembuangan sampah dan  berperangai yang ganjil seperti menjerit sekuat-kuat hati  (Histeria). Sekiranya dia seorang wanita maka nampak perbezaan yang sangat ketara. Kalau orang hendak meminangnya dia kelihatan berbentuk binatang atau kelihatan terlalu buruk.
  2. Secara khusus seperti jin memasuki sesetangah-setengah anggota sahaja seperti badan, mata, telinga, lengan atausebagainya tidak dapat diubati oleh doktor biasa.
  3. Secara berkala. Dia masuk dan mengganggu sekali-sekala dalam beberapa saat sehingga kita tidak tahu apa jenis penyakit. Maka caranya ialah selalu berwuduk dan membaca ayatul Kursi dan tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, al-Nas).
  4. Jin sentiasa berada di dalam jasad secara berpanjangan.

Otak Tempat Jin Bertapak

Jin apabila memasuki ke dalam jasad seseorang ia akan terus bertapak di dalam otak mereka menguasainya, sehingga mereka lupa akan segala-galanya.

Tanda-tanda Rasukan

  1. Tidak mahu tidur.
  2. Berdebar-debar.
  3. Perasaan tidak menentu.
  4. Mimpi berulang-ulang seperti kucing, najing atau ular.
  5. Mimpi yang menakutkan
  6. Berjalan sedangkan dia sedang tidur.
  7. Mimpi jatuh dari tenmpat tinggi.
  8. Mimpi manusia yang pelik.
  9. Mimpi diiringi ke kubur, tempat sampah atau jalan yang mengerikan

Tanda-tanda Sewaktu Sedar

  1. Selesema yang berpanjangan
  2. Malas berzikir dan malas sembahyang
  3. Sakit pada sesetengah anggota sehingga doktor tidak boleh mengubatinya
  4. Otak jadi lemah
  5. Tidak sedarkan diri.

Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih peka dengan perubahan sekeliling dan juga pada diri kita. Insya Allah…..

Sumber: JIN: Hakikat & Pengubatan (Dato’ Ismail Kamus – Telaga Biru)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s