Beribadat Melalui Teknologi


Assalamualaikum,

Dari tajuk di atas, mungkin ada di antara pernah terbaca beberapa artikel yang ditulis. Namun apa yang akan aku sampaikan di sini adalah amat berbeza. Pernah kita terfikir dengan pembangunan teknologi yang begitu pesat, perlbagai “Gadget” dicipta bagaikan cendawan yang tumbuh setelah hujan.

Pelbagai jenis dan platfom aplikasi yang dicipta bagi memudahkan pengguna untuk melayari internet, “chatting”, bersosial dan pelbagai lagi. dan semua ini dapat dimuatkan di dalam poket, tas tangan dan sebagainya. Tidak pernah atau terdetik di hati kita, jika ianya dipergunakan untuk beribadat.

Banyak yang dapat kita lihat ada di antara kita yang sanggup menghabiskan wang kerana ingin memiliki alat-alat canggih ini. Antaranya seperti BlackBerry, iPhone dan yang terbaru adalah iPad. Kesemua ini membolehkan pengguna memuat turun pelbagai aplikasi dan kebanyakkannya adalah percuma.

Ada sesuatu yang menarik perhatianku semalam, semasa aku ingin menunaikan Solat ‘Asar di surau tempat kerja, aku terpandang seseorang yang sedang membaca al-Quran. Kalau diikutkan tentulah tiada apa yang menarik bagi seseorang yang sedang membaca al-Quran kecuali jika bacaan sesedap bacaan Saad Al-Ghamzi ataupun Abdul Rahman al-Sudais.

Namun yang begitu menarik adalah beliau membaca al-Quran melalui iPad. Ye….iPad.. Inilah yang ingin aku sampaikan di sini. Sebenarnya saudara tersebut sememangnya rajin membaca al-Quran. Setiap kali aku ke surau untuk bersolat nescaya beliau akan ada di sana sambil membaca al-Quran. Terutama pada waktu makan.

IMAG_0657Banyak perisian-perisian di internet yang percuma boleh dimuatturun untuk kita beribadat namun hanya segelintir di antara kita yang begitu perihatin untuk memuatturunnya. Bahkan kita sanggup memuatturun benda-benda yang tidak berfaedah seperti video-video lucah, gambar-gambar perempuan berpakaian tidak senonoh dan sebagainya..

Ada juga di antara kita yang sanggup melanggan “Mobile Broadband” hanya semata-mata untuk melayari internet iaitu untuk bersosial, namun  kita tidak sanggup bersedekah ke jalan Allah. Tidak semestinya kita membaca al-Quran pada waktu yang tertentu, kita boleh membacanya apabila kita di dalam kelapangan, seperti  di dalam bas, komuter, sambil menunggu suami atau isteri, di stesen bas dan sebagainya. Nescaya kita akan berasa tenang dan Insya Allah kita akan dilindungi oleh-Nya.

Di sini aku sertakan beberapa “link” bagi memudahkan kita untuk memuatturun:

  1. Quran Recitation for Mobile Phones 2 for Symbian
  2. Quran Recitation for Mobile Phones – FREE
  3. Islamic Supplications/Dua/Prayers For Mobile Phones – FREE
  4. Mobile Qiblah Sun For Cell Phones – FREE
  5. Hadith Qudsi For Mobile Phones – FREE
  6. Azan Times for Worldwide Prayers For Mobile Phones 2.9 with full Features – FREE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s