Jenis Jin Dan Tugas


Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis, agak sibuk dengan pelbagai kerja harian. Agak kesenangan sikit malam ini, baru sahaj pulang dari menghadiri kuliyyah Maghrib lantas aku capai buku ayng sememangnya menjadi tempat unutk aku merujuk beberapa perkara berkenaan dengan kejadian mistik. Aku aku kongsikan bersama di sini…

Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.

‘Ifrit : Adalah golongan jin yang mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya:

Surah al-Naml : 39

Maksudnya: “Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.

Perkataan ‘Ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam al-Quran

Syaitan : Adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s. dan dia dikutuk dan dilaknat.

Al-Marid : Sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat. (Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali.

Surah al-Nisa : 117

Maksudnya: “Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka”

Surah al-Hajj : 3

Maksudnya: “Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.”

Surah al-Saffat : 7

Maksudnya: “Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka”

Al-Awamir : Kerana ia lama tinggal di rumah manusia, mereka tinggal di rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Mereka suka mengusik. Baginda Rasulullah s.a.w. melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amawan sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa. Diriwayatkan satu sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abi Said al-Khudri:

Maksudnya: “Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak tiga kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”

Oleh kita perlu ingat supaya tidak tergesa-gesa membunuhnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: “Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka.” (Riwayat Imam Bukhari)

Al-Arwah : Ialah sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Mengaenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain seperti:

 

Surah al-Baqarah : 253

Maksudnya: “Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril).”

Maka roh di sini diterjemahkan sebagai Jibril.

 

 

Surah Yusuf: 87

 

Maksudnya: “Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.”

Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.

 

Surah al-Waqi'ah : 89

Maksudnya: “Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.”

Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.

 

Surah al-Isra' : 85

 

Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

 

Roh di sini adalah makhluk sama ada roh manusia atau pun haiwan. Ataupun di dalam bahawa Melayu diterjemahkan sebagai nyawa.

 

Surah Sad : 72

 

Maksudnya: ” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “.

Maka pengertian roh di sini adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad Adam itu iaitu nyawa. Setelah kita lihat di dalam ayat-ayat yang disebutkan dan di dalam ayat-ayat lain ternyatalah tidak ada satu pun ayat yang mengatakan roh/arwah itu adalah jin. Sebagaimana diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: “Janganlah kamu menyumpah angin kerana ia adalah daripada rahmat Allah.”

Semoga penulisan ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan buat kita semua.

Sumber: JIN: Hakikat & Pengubatan (terbitan Telaga Biru – Dato’ Hj. Ismail Kamus)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s