Tanda Amal Tidak Diterima Allah


Bismillah, the first verse of the first "...

Image via Wikipedia

Assalamualaikum,

Sekian lama aku tidak menulis, agak sibuk kebelakangan dengan keshitana yang tidak berapa mengizinkan. Sebentar tadi dalam aku sedang mencari sesuatu, aku terjumpa sebuah buku yang agak lama juga perolehinya. Sebuah buku yang berjudul “Cerita Serta Doa Dari Hadith dan Al-Quran“. Tak silap aku buku tersebut aku perolehi dari kampung kepunyaan bapa ku.

Sambil  aku membelek2 buku tersebut, terserempak aku dengan tajuk, “Tanda Amal Yang TIdak Diterima Allah“. Sebuah tajuk yang menarik dan aku ingin berkongsi bersama, dan berbunyi sebegini:

Siapa yang melakukan empat macam kemudian ia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.

  1. Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.
  2. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya puasanya tidak diterima.
  3. Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
  4. Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.

Seorang hakim berkata:

Siapa yang mengaku tiga perkara di bawah, maka dia ditertawakan oleh syaitan:

  1. Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
  2. Siapa yang mengaku reda pada ALLAH s.w.t padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
  3. Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

Tanda seseorang itu telah tertipu ada tiga:

  1. Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya
  2. Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
  3. Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

Dan tanda orang yang mengharap kepada ALLAH s.w.t itu juga tiga:

  1. Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingati ALLAH)
  2. Lidahnya untuk berzikir
  3. Badannya untuk beramal.

Penghulu Segala Istighfar

بسم الله الرحمن الرحيم

Penghulu Istighfar

Penghulu Istighfar

Maksudnya: “Ya ALLAH, Engaku Tuhanku tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Engkau yang telah menjadikan ku. Hamba abdiMu, akan tetapi aku tidak mampu menunaikan janjiMu, dan janji prasetia kepada Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku tetap mengakui dengan kenikmatan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku, dan aku mengakui pula dosaku. Maka ampunilah aku, kerana tiada mengampun segala dosa melainkan hanyalah Engkau.”

Firman Allah s.w.t surah Muhammad, Ayat 31:

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Muhammad (47:31)

Surah Muhammad (47:31)

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”

3 thoughts on “Tanda Amal Tidak Diterima Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s