Zikir Munajat


Allah text

Image via Wikipedia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assamualaikum,

Syukur kehadrat-Nya, agak lama juga aku tidak menulis, bukannya apa nak cuba sedikit pembaharuan. Aku cuba berpindah ke Blogger, namun aku lebih cenderung dan arif dengan mengguna WordPress.

Adapun aku ada menerima sebuah email yang dikirimkan oleh sebuah laman blog yang selalu juga aku lawati, iaitu, http://www.doaharian.blogspot.com. Penulis telahpun menghantar sebuah file yang di dalamnya mengandungi zikir, iaitu Zikir Muanajat di mana ingin sekali aku mengkongikannya bersama.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat adinda penulis yang telah pulang ke Rahmatullah pada 29 Oktober 2009. Al-Fatihah….

Al-Fatihah

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Zikir Munajat

Zikir Munajat 1

Maksudnya: “Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar.
Diulang sebanyak 33 kali.

Zikir Munajat 2

Maksudnya: “Allah-Allah-Allah- Allah Ya AllahAllah Ya Allah -Allah Ya Allah-Allah Ya Allah Allah-Allah- Allah Ya Allah Allah-Allah- Allah Ya Allah Allah Ya Allah -Allah Ya Allah-Allah Ya Allah

Zikir Munajat 3

Maksudnya: “Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arash dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arash langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada Nya.

Zikir Munajat 4

Maksudnya: “Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain dihatiku selain daripada Allah, nur Muhammad S.A.W.
Diulang 5 kali

Zikir Munajat 5

Maksundnya: “Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah.
Diulang 10 kali

Zikir Munajat 6

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki, Tuhan yang haq. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai.
Diulang 5 kali

Zikir Munajat 8

Maksudnya: “Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.

Zikir Munajat 9

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Zikir Munajat 10

Maksudnya: “Kami memohon taubat kepada Mu Ya Allah, Kami kembali kepada Mu Ya Allah, Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang kami lakukan.
Diulang 3kali.

Zikir Munajat 11

Maksudnya: “Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan kami Nabi Muhammad, Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuang Nya.

Zikir Munajat 12

Maksudnya: “Telah pun muncullah bulan purnama ataskami, Dengan pujian-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan, Seruan Allah kami serukan.

 

Zikir Munajat 13

Maksudnya: “Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya beserta salam.
Diulang 2 kali

6 thoughts on “Zikir Munajat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s